Mak-mak kita dulu suka masak nasi goreng sebab nak menyelamatkan nasi sejuk daripada terbiar basi. Selalunya mak akan masak nasi goreng menggunakan lebihan nasi malam tadi. Kalau mak masak, mesti sedap walaupun campak-campak je kan?
Hari ini RASA ingin kongsikan empat resipi nasi goreng yang pasti membuat anda tak sabar nak makan. Rahsia yang menyedapkan lagi rasa nasi goreng adalah penggunaan sos ikan dan sos tiram. Tak percaya? Cubalah.
Nasi Goreng Nanas
BAHAN-BAHAN
30 ml minyak masak untuk menumis
10 gram bawang putih (dikisar)
20 gram bawang merah (dikisar)
20 gram cili padi (dikisar)
20 gram cili besar merah (dikisar)
40 gram isi ayam
10 gram sos ikan
10 gram sos tiram
Semangkuk nasi putih
40 gram nanas (dipotong dadu kasar)
20 gram sawi cina
Ads
CARA MEMBUAT
1) Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan cili merah. Biarkan garing.
2) Masukkan isi ayam bersama sos ikan dan sos tiram. Kacau rata dan biarkan isi ayam separuh masak.
3) Masukkan nasi. Masukkan nanas bersama sawi cina. Kacau rata selama tiga minit. Tutup api dan sedia dihidang.
Nasi Goreng Cina
BAHAN-BAHAN
30 gram minyak masak untuk menumis
30 gram bawang putih (dikisar)
2 bji telur ayam
100 gram sayur campur
Serbuk lada sulah
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
Semangkuk nasi putih
Ads
CARA MEMBUAT
1) Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih yang telah dikisar.
2) Pecahkan telur ayam dan kacau sehingga hancur. Masukkan sayur campur, serbuk lada sulah, sos ikan, sos tiram dan kacau sebati. Biarkan selama seminit
3) Masukkan nasi. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan sedia dihidang.
Nasi Goreng USA
BAHAN-BAHAN
30 gram minyak masak untuk menumis
30 gram bawang putih dikisar
2 bji telur ayam
100 gram sayur campur
Sedikir serbuk lada sulah
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
40 gram udang
40 gram sotong
Semangkuk nasi putih
Ads
CARA MEMBUAT
1) Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih.
2) Pecahkan telur ayam dan kacau hancur. Masukkan sayur campur, serbuk lada sulah, sos ikan, sos tiram, udang dan sotong. Kacau sebati. Biarkan selama seminit.
3) Masukkan nasi. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan sedia dihidang.
Nasi Goreng Petai
BAHAN-BAHAN
30 gram minyak masak untuk menumis
30 gram bawang putih dikisar
50 gram ikan bilis
2 papan petai
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
Semangkuk nasi putih
CARA MEMASAK
1) Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih. Masukkan ikan bilis dan petai. Kacau sebati.
2) Tuang sos ikan dan sos tiram. Biarkan selama seminit.
3) Masukkan nasi dan kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan boleh dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jom masak nasi goreng untuk sarapan. Nasi goreng memang mudah dan cepat disediakan. Enak dihidang panas-panas dan dimakan bersama cili jeruk. Sesuai sangat untuk hidangan orang bujang atau berkeluarga, yang tak pandai masak pun gerenti boleh buat punya.
1. NASI GORENG TOM YAM KAW
BAHAN-BAHAN:
250gm nasi putih
4 ketul ayam | dipotong kiub
½ sudu teh rempah tom yam
1 sudu makan minyak masak
1 ulas bawang merah
2 biji cili merah | diketuk
½ biji limau nipis
20gm hirisan timun
20gm hirisan lobak merah
10gm tauge | hiasan
1/2 biji tomato | hiasan
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga kekuningan. 2. Masukkan ayam dan biarkan lembut seketika. 3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Kacau rata. 4. Masukkan hirisan lobak merah, timun serta nasi. Gaulkan rata. 5. Masukkan rempah tom yam, cili merah dan perahkan jus limau nipis. Gaulkan hingga rata. 6. Hidangkan bersama tauge dan hirisan tomato.
Anda boleh juga menumiskan rempah tomyam hingga garing dan kemudian barulah dimasukkan nasi putih dan biarkan hingga nasi masak.
2. NASI GORENG TAUHU & KACANG BUNCIS
BAHAN-BAHAN:
3 mangkuk nasi
100gm kacang buncis
2 ketul tauhu | goreng sedikit
4 ulas bawang merah | hiris nipis
3 sudu makan udang kering | tumbuk kasar
3 biji telur
1 batang lobak merah | hiris
1 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
UNTUK HIASAN:
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu. Kacau sekata.
Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.
3. NASI GORENG UDANG
BAHAN-BAHAN
6 ekor udang bersaiz besar
3 cawan nasi putih
5 tangkai cili kering | dikisar halus
2 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
Secubit belacan | dikisar
1 biji telur
1 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan udang dan gaul hingga masak.
Pecahkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan nasi dan juga kicap. Kacau lagi hingga rata.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Padam api dan sedia untuk dinikmati.
4. NASI GORENG KAMBING
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
4 batang kacang panjang | hiris halus
5 biji cili padi merah | hiris halus
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan kicap pekat
2 ulas bawang putih | ketuk
1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN PERAPAN KAMBING:
150gm daging kambing | potong dadu kecil
2cm halia | kisar halus
2 ulas bawang putih | kisar halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh air asam Jawa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
5. NASI GORENG AYAM KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Kunyit:
100 gm isi dada ayam | gaul dengan garam dan kunyit
Sedikit hirisan kacang buncis
Sedikit hirisan lobak merah
1/2 biji bawang besar | hiris
1 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan cili padi dan merah
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Bahan Nasi:
1 mangkuk nasi putih
1 biji telur ayam
1 sudu makan sos tiram
Sedikit minya masak untuk menumis
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Panaskan minyak, goreng isi ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
LANGKAH 2 :Kemudian tumiskan bawang merah, putih, cili hingga wangi, diikuti sayuran.
LANGKAH 3: Masukkan semula isi ayam yang telah digoreng tadi dan perasakan dengan sedikit sos tiram.
LANGKAH 4: Untuk sediakan nasi goreng. Panaskan sedikit minyak pecah telur dan hancurkan.
LANGKAH 5: Masukkan nasi, diikuti dengan sos tiram.
LANGKAH 6: Gaul rata hingga cukup rasa dan hidangkan bersama ayam kunyit tadi.
Bubur nasi merupakan antara makanan kegemaran masyarakat Cina dan sering dijadikan sebagai menu sarapan pagi. Malah, anda juga boleh menikmati hidangan ini sebagai sajian makan malam.
Sama seperti nasi putih biasa, bubur nasi ini enak dinikmati dengan pelbagai jenis hidangan sampingan. Biasanya ia dihidangkan bersama ikan bilis goreng, lobak jeruk, sawi asin, kacang goreng dan sebagainya. Memang best!
BUBUR NASI BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
250gm beras |di cuci bersih
1 liter air
Secubit garam
BAHAN-BAHAN KANGKUNG GORENG BELACAN:
2 ikat kangkung
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
10 biji cili padi merah atau hijau
Garam secukupnya
Gula secukupnya
1 kiub ikan bilis
125ml air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tanak nasik seperti biasa hingga menjadi bubur putih.
Bubur ini dinikmati bersama jeruk asin, telur masin dan ikan kering.
Untuk menyediakan Kangkung Belacan, potong sayur kangkung dan cuci bersih.
Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, belacan, dan cili padi sehingga lumat.
Ambil dua batang serai dan ketuk. Asingkan seketika.
Tumiskan cili dan bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar terlebih dahulu. Tumis sehingga naik baunya.
Tambahkan air jika terlalu kering. Masukkan kiub ikan bilis, garam dan gula.
Masukkan kangkung dan gaul rata. Biar kangkung sedikit lembut dan segera tutup api.
Angkat dan nikamti bersama bubur nasi tadi.
IDEA LAUK YANG SESUAI DINIKMATI BERSAMA BUBUR NASI
Nasi impit homemade sememangnya lagi sedap daripada ketupat segera. Kalau ikut cara orang dulu dulu untuk menyediakan nasi impit ini, nasi lembik perlu disediakan terlebih dahulu.
Kemudian nasi lembik ini akan dilenyek dan ditekan. Nasi impit ini juga perlu dibiarkan mampat beberapa lama kemudian barulah boleh dipotong. Sememangnya cara ini memakan masa yang lama.
Tapi sebenarnya ada cara yang lebih mudah untuk membuat nasi impit ini. Lagi menarik keluar seketul macam dalam gambar. Caranya dikongsi oleh Wan Ros Ina Lina.
Tip ini menggunakan pressure cooker. Tapi buat yang tiada periuk ini boleh cuba menggunakan rice cooker biasa.
Caranya
Sediakan beras 1 cawan dan air 3 cawan (beras biasa bukan basmathi)
Basuh beras bersih-bersih dan masukkan air.
Masukkan ke dalam pressure cooker.
Tekan butang congee /soup. Kemudian boleh tinggalkan untuk buat kerja lain.
Jangan guna periuk steel, masak nasi dalam periuk non stick supaya senang untuk terbalikkan nasi impit nanti. Barulah nasi impit keluar seketul cantik tak melekat.
Bila nasi sudah masak, satu tip untuk keselamatan jangan release wap. Biarkan wap keluar sendiri.
Lepas beberapa minit barulah buka penutup pressure cooker.
Angkat periuk kemudian tekan nasi biar padat. Guna senduk kayu saja, tekan biar padat dan nampak kemas.
Kemudian biarkan nasi impit sejuk, tak perlu alihkan ke bekas lain.
Bila sudah betul-betul sejuk, baru terbalikkan. Kemudian bolehlah dipotong.
Selagi masih panas /suam jangan keluarkan dan jangan potong, biar dulu beberapa jam.
Siap! Boleh makan dengan kuah kacang atau sambal ikan
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!