Koleksi 5 Menu Ketam, Mewah Ni Untuk Menu Open House.

Share

Ketam masak apapun tetap sedap, memang rugi korang yang tak makan ketam. Selain sedap, ketam juga sangat mudah dan cepat masak. Sebab tulah  seafood bercengkerang ini sangat disukai ramai dan harga pun boleh tahan. Korang yang nak cuba ini ada lima cara masak ketam yang sedap, senang  dan simple.

KETAM GORENG BERCILI

 BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor ketam | dicuci bersih.
  • 4 tangkai cili merah | dikisar
  • 1 biji bawang besar | dikisar
  • 3 ulas bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 batang serai |dikisar
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu teh air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng ketam, kemudian ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
  4. Masukkan pes cili, cili merah kisar dan sos cili, kacau hingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
  6. Kecilkan api, masukkan ketam. Gaul rata dan tutup api
  7. Sedia dihidangkan.

KETAM TIGA RASA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ketam | dibersihkan
  • 1 biji tomato | didadu kecil
  • 1 biji bawang besar |didadu kecil
  • 1 pokok daun ketumbar |dihiris halus
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

BAHAN KISAR KASAR:

  • 3 tangki cili merah
  • 5 tangkai cili padi
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 2cm halia

 CARA MEMASAK:

  1. Ketam yang telah dibersihkan gauL bersama garam dan serbuk lada sulah secukupnya.
  2. Panaskan minyak, goreng ketam hingga cengkerang bertukar warna kemerahan. Ketepikan.
  3. Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan secukupnya untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar kasar hingga naik bau dan masukkan bahan dadu, sos cili, jus limau nipis, gaul rata.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kemudian masukkan ketam. Gaul rata dan taburkan hirisan daun ketumbar di atasnya.
  6. Sedia dihidangkan.

 

KETAM KICAP BERSOS CILI

 BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ketam saiz XL | dipotong  dan bersihkan
  • 5 ulas bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 2.5cm halia muda | dikisar
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap pekat manis
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

 CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili kering. Kacau hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos cili, sos tiram dan air asam jawa, kacau lagi.
  3. Masukkan ketam, perasakan dengan kicap, garam dan gula secukup rasa.
  4. Masak sehingga ketam bertukar warna kemerahan dan kuah agak pekat,

KARI KETAM TUMIS DARAT

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor ketam | bersihkan dan toskan
  • 4 ulas bawang merah | kisar kasar
  • 3 ulas bawang putih | kisarkasar
  • 2.5cm halia | kisar kasar
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • Sedikit rempah penumis | kulit kayu manis, pelaga dan bunga lawang
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 150ml susu rendah lemak
  • 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

 CARA MEMASAK:

  1. Cuci bersih ketam kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan daun kari, biarkan seketika.
  4. Kemudian masukkan rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan air asam jawa, susu rendah lemak dan diikuti ketam. Terbalik-terbalikkan ketam sehingga masak.
  6. Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Angkat dan hidangkan.

KETAM KUKUS HALIA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ketam saiz XL
  • 4cm  halia  muda | dihiris memanjang
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 4 ulas bawang putih | dititik
  • 2 batang serai | dititik
  • 1 batang seleri | dihiris menyerong
  • 5 biji cili padi | dititik
  • 1 sudu teh lada hitam | dikisar kasar
  • 1 biji limau nipis | diambil jusnya sahaja
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit minyak

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ketam, kemudian letakkannya di dalam bekas untuk dikukus. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan hirisan dan titik.
  3. Tuangkan di atas ketam, kemudian tuangkan juga jus limau kasturi, taburkan garam dan gula secukupnya.
  4. Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 10 minit, angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang dan sup.

 

 

Published by
Norasida Myasin