Masih belum ada idea nak masak hidangan apa untuk tengahari ni? Pelbagai resipi lauk pauk yang menyelerakan ini boleh membantu kamu menyediakan hidangan tengahari dengan mudah! Rasai kelazatan air tangan En. Megat dari  HS Nada yang berkongsi menu sedap yang boleh kamu cuba!

 

DAGING LADA HITAM

Koleksi 6 Resipi Lauk Pauk Tengahari Yang Membuka Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging lembut  | rebus hingga empuk dan hiris nipis
  • 2 sudu makan lada hitam | kisar
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3biji bawang besar |  2 biji kisar dan 1 biji lagi dihiris
  • 5 ulas bawang putih | kisar
  • 4cm halia | kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk perasa jika perlu
  • 4 sudu makan minyak masak

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan  bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan  lada hitam, sos tira, hirisan daging dan  hirisan bawang, kacau rata.
  3. Tambah sedikit air jika terlalu kering.
  4.  Seterusnya masukkan kicap manis, garam dan gula secukup rasa.
  5.  Kacau rata seketika, angkat dan sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF:  Jika daging empuk, anda tidak perlu rebus daging.

……………

 

KERABU PERUT ALA KAMPUNG

Koleksi 6 Resipi Lauk Pauk Tengahari Yang Membuka Selera!

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1/2 kilo perut putih | cuci bersih dan rebus
  • 2 biji tomato | dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 4 batang serai |dihiris nipis
  • 10 tangkai cili api | dihiris nipis
  • 1  batang timun | buang biji dan potong dadu
  • 3 biji limau kasturi
  • Garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan

 

CARA MEMASAK:

  1. Hiris kecil memanjang perut yang telah direbus.
  2. Masukkan dalam mangkuk  bersama dengan bahan hirisan lain.
  3. Dalam mangkuk lain, campurkan garam, gula, jus limau nipis dan sos ikan. Gaul rata.
  4. Tuangkan dalam mangkuk bahan hirisan. Gaul rata.
  5. Setelah cukup rasa kerabu sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF:  Jika suka anda boleh tambah hirisan bunga kantan, daum kesum dan serai.

……….

 

SAMBAL KICAP HATI

Koleksi 6 Resipi Lauk Pauk Tengahari Yang Membuka Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm hati lembu|  cuci bersih dan rebus
  • 1 biji bawang besar |hiris
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besara
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi
  • 1 batang serai
  • 2cm halia muda

 

CARA MEMASAK:

  1. Hiris nipis hati, kemudian ketepikan.
  2.  Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang, dikuti bahan kisar.
  3. Setelah naik bau dan pecah minyak, masukkan hati.
  4. Kacau rata dan masukkan kicap cair dan kicap pekat.
  5.  Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah cukup rasa, tutup api.
  7. Sambal hati sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF:  Jika suka boleh campurkan kentang dalam sambal hati ini.

……………..

 

AYAM GORENG BERCILI

Koleksi 6 Resipi Lauk Pauk Tengahari Yang Membuka Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg ayam | potong sederhana
  • Sedikit garam  dan serbuk kunyit.

BAHAN SAMBAL:

  • 1 biji bawang besara
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2cm halia
  • 15 biji cili padi
  • 3 biji cili merah
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

 

CARA MEMASAK:

  1.  Gaulkan ayam dengan garam  dan serbuk kunyit., ketepikan.
  2.  Panaskan minyak, goreng ayam (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  4. Tumis, bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan air asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api, masukkan ayam dan gaul rata.
  7.  Tutup api, ayam sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF:  Daging juga sesuai dimasak dengan menu ini.

………….

Ads

 

GULAI KETING

Koleksi 6 Resipi Lauk Pauk Tengahari Yang Membuka Selera!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg keting | rebus
  • 750ml santan
  • 5 helai daun limau purut
  • 4 batang serai | titik
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia | hiris
  • 3cm lengkuas | hiris
  • 4cm kunyit hidup
  • 20 biji cili padi
  • 3 biji cili merah

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisara hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan keting yang telah direbus dan dipotong kecil.
  3. Gaul rata dan masukkan santan, serai dan daun limau purut.
  4.  Biarkan mereneh hingga keting empuk.
  5.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api dan biarkan mereneh hingga timbul minyak.
  7. Setelah cukup rasa dan keting empuk. Tutup api.
  8. Gulai sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Jika ingin cepat masak, boleh rebus dahulu keting,  sehari sebelum masak.

…………..

 

BEBOLA  DAGING

Koleksi 6 Resipi Lauk Pauk Tengahari Yang Membuka Selera!

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 300gm daging kisar
  • 50gm tepung jagung
  • 1 /2 sudu  the mixed spices
  • Secubit serbuk kayu manis
  • Secubit serbuk lada hitam
  • Secubit serbuk lada sulah
  • Sedikit garam
  • 1 biji telur | saiz C

BAHAN GORENG:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan serbuk perasa ayam
  • 1/2 sudu teh garam halus

 

CARA MEMASAK:

  1.   Campurkan semua bahan dalam mangkuk, uli sebati.
  2. Bentukkan bulat-bulat.
  3.  Panaskan air dalam periuk, masukkan bebola yang telah siap tadi.
  4. Setelah timbul, angkat dan toskan.
  5. Gaulkan rata semua bahan gorengan. Kemudian gaulkan bebola di dalamnya.
  6. Panaskan minyak,  goreng bebola tadi hingga keperangan.
  7. Angkat dan toskan.
  8.  Hidangkan bebola daging dengan sos cili.

 

INFO CHEF: Anda boleh tukar daging kisar dengan isi ayam kisar.

 

RESIPI OLEH:  MEGAT HAMIZAN BIN MEGAT SHARUL AMIR.   HS NADA SDN BHD, NO 2, WISMA NADA, JALAN 11, SELAYANG, 68100, BARU CAVES, SELANGOR, JALAN 11B, SELAYANG BARU, 68100 BATU CAVES, SELANGOR.

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI