Koleksi Aneka Resipi Apam Kukus Yang Sedap & Mudah Buat.

Share

Kuih Apam kukus adalah antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai tak kira usia. Walaupun dikategorikan sebagai kuih orang dulu-dulu, keenakan serta keunikan rasanya membuatkan ia kekal popular hingga kini. Nak buat pun mudah. Jom cuba. Bolehlah nikmati untuk minum petang atau sarapan esok.

 

 1. APAM GULA HANGUS

BAHAN-BAHAN

  • 190gm gula pasir
  • 180gm air
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji telur gred A
  • 10gm mentega atau majerin
  • 100gm minyak masak
  • 20gm susu pekat manis
  • 190gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

CARA MEMASAK:

  1. Masak gula hingga menjadi karamel, guna api sederhana dan kacau selalu. Bila karamel kelihatan berbuih, kecilkan api dan tuang air sedikit demi sedikit. Kacau rata, biar mendidih dan matikan api. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.
  2. Lenser acuan apam dengan minyak masak. Ketepikan.
  3. Dengan menggunakan ‘ hand whisk’, kacau mentega, telur dan minyak masak hingga berkrim. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam adunan mentega, kacau rata.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau rata. Tambah esen vanilla dan gaul sebati.
  5. Sudukan ke dalam acuan kira-kira 3/4 penuh.
  6. Setelah itu, kukus 15 – 20 minit bergantung pada saiz acuan yang anda guna.
  7. Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dihidangkan.

Info chef: : Penutup kukus hendaklah ditutup dengan tuala bersih bagi mengelakan air kukusan jatuh ke atas adunan.

 

2. APAM MEKAR AIS KRIM SODA

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji telur gred A
  • 290gm gula pasir
  • 1sudu teh ovalete
  • 240gm ais krim soda
  • 300gm tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Pewarna pink atau pewarna yang disukai

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum.
  2. Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati.
  3. Campurkan tepung gandum ke dalam  adunan telur dan pukul sehingga sebati.
  4. Titiskan esen vanilla ke dalam adunan dan sebatikan.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
  6. Sudukan adunan ke dalam cup sehingga 3/4  penuh.
  7. Kukus dengan api besar selama 12 minit.
  8. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Apabila sudah masukkan tepung ke dalam adunan, jangan kacau terlalu lama.

 

3. APAM PISANG

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji pisang berangan – potong kecil
  • 3/4 cawan gula – jika suka manis, guna 1 cawan
  • 2 biji telur gred B
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak
  • Acuan hijau kuih putri ayu secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Satukan pisang, gula, telur, soda bikarbonat, baking powder, tepung gandum dan garam ke dalam pengisar. Kisar selama 1 minit.

2. Tuang ke dalam bekas dan kaup balikkan adunan supaya smeua bahan sebati.

3. Sapu sedikit minyak pada acuan putri ayu dan tuang adunan tadi. Jika tiada acuan, boleh juga gunakan cawan kertas atau loyang.

4. Kukus selama 5 minit atau hingga apam masak. Jika guna acuan lebih besar atau loyang, waktu memasak perlu ditambah.

5. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Achik Ita Jsd Kelantan

 

4. APAM NASI

BAHAN KISAR:

  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula

BAHAN AYAK:

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 peket yis mauripan 11g

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan, perap 1 jam.
  2. Tuang dalam acuan yang disapu minyak.
  3. Kukus sehingga masak.
  4. Hidang dengan kelapa parut dicampur sedikit garam.

Kredit resipi & foto: Nurul Atika Moktar

 

5. APAM KAMPUNG GULA MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan nasi sejuk
  • 2 sudu besar tapai nasi
  • 1 cawan air gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir (ikut siapa suka manis boleh tambah )
  • 3 cawan air
  • 11gm yis
  • Kelapa parut putih (letakkan secubit garam)

CARA MEMASAK: 

  1. Kisar nasi, tapai nasi dan gula hingga hancur.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung beras dan yis.
  3. Selepas itu adunan yang dikisar tadi. Masukkan air gula merah dan kacau perlahan supaya adunan tidak bergentel
  4. Kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak sedikit pekat dan tidak cair. Ikut sukatan air yang sepatutnya.
  5. Sediakan bekas yang diletakkan sedikit minyak dan masukkan dalam acuan kesukaan anda. Jangan penuh sangat sebab akan berkembang.
  6. Panaskan kukusan dan kukus hingga masak dalam anggaran 25 minit.
  7. Hidangkan bersama kelapa putih yang diletakkan sedikit garam.

Kredit resipi & foto:Rohani Ronnie

 

6. APAM PISANG GEBU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan pisang emas yang dilenyek
  • 1 sudu besar susu manis
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecik baking powder
  • 1 sudu kecik soda bicarbonat

CARA MEMASAK:

1. (Adunan basah): Hanya guna blender, pukul telur dan gula sampai kembang (1 minit). Kemudian masukan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang 1/2 minit.

2. (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat.

3. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.

4. Masuk aduan dalam acuan sebanyak 3/4. Guna acuan apa pun boleh.

5. Kukus selama 30 minit. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakan air masuk ke dalam aduanan.

6. Apabila dah 30 minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2 minit baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.

Kredit resipi & foto: AtiQah Aziz

Published by
Nur