Bubur nasi ni bukan sahaja boleh dihidangkan masa tak sihat je. Waktu sihat ni pun sesuai juga untuk anda nikmati. Lagipun lagi murah. Hanya dengan beberapa bahan ringkas, hidangan enak tersedia. Terasa nak makan bubur? Nah, min belanja 5 resipi mudah. Selamat mencuba!

 

1. BUBUR DAGING 

Koleksi Aneka Resipi Bubur Nasi Sedap & Mudah Untuk Hidangan Keluarga.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm beras
  • 250ml santan pekat
  • 200gm daging ] dihiris nipis
  • 1 labu bawang besar ] dihiris
  • 2 ulas bawang putih ] dihiris
  • 1 tangkai serai ] dititik
  • 1.25cm halia
  • 1.25cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 biji cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu teh serbuk rempah sup
  • 1/2 sudu teh halba
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 kiub pati daging
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 tangkai daun sup
  • 2 liter air
  • Bawang goreng secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Rebus beras bersama hirisan daging hingga beras kembang dan daging empuk.  Ketepikan.
  2. Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Angkat dan kisar.  Ketepikan.
  3. Di dalam kuali yang sama, tumis pula rempah kayu manis, biji pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan serai hingga wangi. Angkat dan ketepikan.
  4. Masukkan kesemua bahan yang dikisar, rempah yang ditumis, serbuk rempah sup, santan, pati daging, serbuk lada hitam, halba dan garam ke dalam periuk yang merebus beras dan daging tadi.
  5. Kacau dan masak sehingga 15 minit atau sehingga bubur agak memekat.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

2. BUBUR LAMBUK KACANG KUDA 

Ads

Koleksi Aneka Resipi Bubur Nasi Sedap & Mudah Untuk Hidangan Keluarga.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm beras
  • 125gm kacang kuda yang direndam selama 8 jam
  • 1 labu bawang besar ] dihiris
  • 2 ulas bawang putih ] dihiris
  • 1 tangkai serai ]dititik
  • 1.25cm halia
  • 1.25cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 biji cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu teh  serbuk rempah sup
  • 1/2 sudu teh halba
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 50gm ikan bilis
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 250gm santan pekat
  • 2 liter air
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 tangkai daun sup
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit bawang goreng
  • Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Rebus beras dan kacang kuda hingga kedua bahan ini empuk. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, ikan bilis hingga wangi. Angkat dan kisar bersama kesemua bahan.  Ketepikan.
  3. Menggunakan kuali dan minyak yang sama, tumis sebentar rempah kayu manis, biji pelaga, bunga lawang, cengkih dan serai. Angkat dan ketepikan.
  4. Masukkan kesemua bahan yang dikisar, rempah yang ditumis, serbuk rempah sup, santan, pati ikan bilis, serbuk lada hitam, halba dan garam ke dalam periuk yang merebus beras dan kacang kuda tadi.
  5. Kacau sebentar masaklah sehingga 15 minit atau sehingga bubur agak memekat.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Hidanglah dengan ditaburkan daun sup, daun  bawang dan bawang goreng di atas bubur lambuk yang telah siap dimasak.

 

3. BUBUR AYAM 

Koleksi Aneka Resipi Bubur Nasi Sedap & Mudah Untuk Hidangan Keluarga.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm beras
  • 1 ½ liter air
  • 1 keping dada ayam
  • 1labu bawang besar ] dihiris
  • 2 ulas bawang putih ] dihiris
  • 1.25cm halia ] dihiris halus
  • 1 kiub stok ayam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Sedikit bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dan beras di dalam periuk dan rebus beras hingga kembang. 
  2. Separuh dada ayam dipotong kecil-kecil dan separuh lagi digaul dengan garam dan serbuk lada hitam serta digoreng hingga masak dan dicarik-carik.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan isi ayam yang dipotong kecil hingga wangi.
  4. Setelah itu, masukkan kesemua bahan yang ditumis, stok ayam, garam, serbuk lada hitam, minyak bijan ke dalam periuk merebus beras tadi.
  5. Masak selama hingga 15 minit atau sehingga bubur agak memekat.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Taburkan daun bawang yang telah dihiris, hirisan daging ayam yang telah digoreng serta bawang goreng di atas bubur yang ingin dihidangkan.

 

4. BUBUR NASI MAKANAN LAUT 

Koleksi Aneka Resipi Bubur Nasi Sedap & Mudah Untuk Hidangan Keluarga.

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 200gm beras
  • 2 liter air
  • 200gm lala ] bersihkan
  • 200gm kupang ] bersihkan
  • 200gm sotong ] bersihkan dan potong kecil
  • 200gm udang ] bersihkan
  • 100gm sayur campur ] dihiris
  • 1 labu bawang besar ] dihiris
  • 2 ulas bawang putih ] dihiris
  • 1.25cm  halia ] dihiris
  • 1 tangkai daun bawang ] dihiris
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Bawang goreng untuk hiasan
  • Cili merah untuk hiasan
  • Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam sebuah periuk, masukkan air dan beras, rebus beras hingga kembang. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bahan yang ditumis, serbuk lada hitam, stok ikan bilis, garam ke dalam periuk bubur tadi. Gaul sekata.
  4. Masak selama lima minit atau sehingga bubur agak memekat. Akhir sekali masukkan lala, kupang, sotong dan udang , kacau sebentar dan segera tutupkan api.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Taburkan daun bawang, bawang goreng dan cili merah di atas bubur sebelum dihidangkan.

 

5. BUBUR SAYURAN BERKEJU

Koleksi Aneka Resipi Bubur Nasi Sedap & Mudah Untuk Hidangan Keluarga.

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm beras
  • 1 1/2 liter air
  • 200ml susu segar
  • 100gm isi ayam ] hiris kecil
  • 200gm daun bayam ] hiris halus
  • 200 gm brokoli ] potong kecil
  • 200gm sawi cina/jepun ] potong kecil
  • 100gm sayur campur ] potong kecil
  • 2 keping keju cheddar
  • 1 labu bawang besar ] dihiris
  • 2 ulas bawang putih ] dihiris
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 1 tangkai daun bawang ]dihiris
  • Bawang goreng untuk hiasan
  • Cili merah untuk hiasan

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Masukkan air dan beras di dalam periuk, rebus beras hingga kembang. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang besar dan bawang putih  hingga wangi.
  3. Setelah itu, masukkan bahan yang ditumis, isi ayam, brokoli, sayur campur, susu segar, keju cheddar, garam dan serbuk lada hitam ke dalam periuk bubur tadi. 
  4. Masak selama 15 minit atau sehingga bubur agak memekat dan akhir sekali masukkan daun bayam dan sawi. Kacau sebentar dan segera tutupkan api.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.
  6. Taburkan daun bawang, bawang goreng dan cili merah di atas bubur sebelum dihidangkan.

Info Chef:  Untuk yang vegetarian, bolehlah diabaikan isi ayam.

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI