Koleksi Aneka Resipi Nasi Bersama Lauk Pauk Sedap Sempena Aidiladha

Share

Masih tercari-cari menu utama seperi nasi untuk hidangan di hari raya Aidiladha? Seksi 6 set resipi menu nasi dengan padanan pelbagai lauk pauk ini diharapkan boleh membantu anda  merancang menu untuk tetamu istimewa di Hari Raya.  Sangat mudah, enak dan menjadi pilihan ramai. Selamat mencuba!

 

 

1. SET NASI DAGING

 

1. NASI DAGING

BAHAN-BAHAN:

Rempah Penumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis daun pandan bahan rempah penumis.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar, serbuk kurma dan sup, tambah sedikit air dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air rebusan daging dan susu cair bersama tomato puri dan kacau lagi.
  4. Setelah air mendidih masukkan beras dan daging, perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Masak seperti nasi biasa lebih kurang 15-20 minit.

 INFO CHEF: Selain beras basmathi, anda juga boleh menggunakan beras Siam.

 

2. DAGING BAKAR

BAHAN-BAHAN:

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 3cm kunyit hidup
  • 4 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Potong daging kepada beberapa bahagian. Cuci bersih dan toskan.
  2. Gaulkan bahan kisar bersama daging hingga sebati.
  3. Perapkan sekurang-kurangnya satu jam.
  4. Kemudian bakar (semasa membakar sentiasa balik-balikkannya).
  5. Setelah masak, hiris nipis.
  6. Sedia dihidangkan bersama Air Asam dan Nasi Daging.

3. AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:

  • 3cm belacan | bakar – beli online disini
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 biji limau nipis | jus sahaja
  • 2 biji tomato | potong dadu
  • 2-3 ulas bawang besar | hiris  nipis
  • 4-5 biji cili padi  |hiris nipis
  • 3 biji cili merah  | hiris nipis
  • 3-4 biji cili hijau | hiris nipis
  • Sedikit gula dan garam

CARA MEMASAK:

  1. Bancuhkan belacan dengan jus limau nipis dan air asam jawa.
  2. Masukkan kesemua bahan hirisan yang lain.
  3. Tambahkan sedikit garam dan gula, gaul rata.
  4. Air Asam sedia dihidangkan.

 

2. SET NASI TOMATO

 

1. NASI TOMATO

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras basmathi | rendam 30 minit, tos
  • 1 liter air
  • 1 cawan susu cair – beli online disini
  • 2 helai daun pandan
  • 1 cawan puro tomato
  • 3 sudu minyak sapi
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu makan serbuk perasa ayam
  • Garam secukup rasa

BAHAN HIRIS:

  • 3cm halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih

BAHAN PENUMIS:

  • 4 kuntum bunya cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam periuk, tumiskan bahan hirisan bersama rempah penumis hingga wangi.
  2. Masukkan puri tomato, air, susu cair, serbuk perasa ayam dan garam secukupnya.
  3. Seterusnya masukkan beras dan daun pandan.
  4. Tutup periuk dan masak seperti nasi biasa.

 

2. AYAM KURMA

 BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | potong sederhana, bersihkan dan tos
  • 4 sudu makan rempah kurma
  • 2 cawan santan
  • 2 biji kentang | belah empat
  • 2 biji tomato | belah dua
  • 2 biji cili hijau | belah dua, buang biji
  • 2 biji cili merah | belah dua, buang biji
  • 2 biji bawang besar | belah empat
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN HIRIS:

  • 6 ulas bawang merah | hiris
  • 4 ulas bawang putih | hiris
  • 3cm halia | hiris
  • 2 batang serai | hiris

BAHAN PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan hirisan bersama bahan penumis hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kurma yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, kacau rata sehingga ayam layu.
  4. Seterusnya masukkan santan, air asam, kentang, biarkan mereneh dan isi ayam empuk.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Akhir sekali setelah cukup rasa, masukkan bawang besar dan hirisan cili.
  7. Selepas dua minit, tutup api. Angkat dan hidangkan.

 INFO CHEF: Selain santan anda boleh tukar dengan susu cair.

 

3. NANAS TUMIS

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji nenas  | potong kecil
  • 5 ulas bawang merah | hiris
  • 4 ulas bawang putih | hiris
  • 3cm halia
  • 1 sudu makan udang kering
  • 1 sudu makan biji sawi
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan gula  secukup rasa
  • Sedikit air
  • Sedikit minyak untuk menumis

REMPAH PENUMIS

  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang  kulit kayu manis

CARA MEMSAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
  2. Seterusnya masukkan udang kering dan potongan nanas. Kacau hingga rata baru masukkan sedikit air.
  3. Taburkan serbuk kunyit dan biji sawi dan perasakan dengan garam serta gula secukupnya.
  4. Angkat dan hidangkan.

INFO CHEF: Anda juga boleh gunakan nanas dalam tin jika suka.

 

3. SET NASI MINYAK

 

1. NASI MINYAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras basmathi | rendam 30 minit & toskan
  • 6 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu mentega
  • 1biji bawang besar | kisar
  • 4 ulas bawang putih | kisar
  • 2cm halia | kisar
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu makan serbuk perasa ayam
  • 1/2cawan kismis | goreng
  • Garam secukup rasa

Rempah Penumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan mentega dalam periuk, tumiskan bahan penumis bersama daun pandan hingga wangi, kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga naik bau.
  2. Masukkan beras yang telah direndam tadi, kacau rata. Masukkan air dan susu cair serta serbuk perasa ayam dan garam secukupnya.
  3. Biarkan seketika tutup periuk dan biarkan masak lebih kurang 20 minit.
  4. Sebelum angkat masukkan kismis yang telah digoreng menggunakan mentega.
  5. Kacau rata, dan tutup semula. Biarkan dalam 5 minit lagi.
  6. Nasi sedia dihidangkan bersama

 

2. KARI DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging | potong dadu
  • 300ml santan pekat
  • 200 ml air
  • 3 sudu makan serbuk kari daging
  • 3 sudu makan air asam
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas

BAHAN PENUMIS:

  • Rempah penumis | kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
  • 1 biji bawang besar | hiris halus
  • 2 batang serai | hiris halus
  • 2 tangkai daun kari

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis rempah penumis, hirisan bawang besar, serai dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar,tumis hingga pecah minyak dan masukan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika lagi.
  3. Seterusnya masukkan daging, kacau hingga daging berubah warna. Tambahkan air, dan biarkan daging mereneh.
  4. Apabila daging empuk masukkan santan, air asam, garam, gula dan perasa secukupnya.
  5. Kacau dan biarkan kari mereneh lebih kurang lima minit atau hingga timbul minyak.
  6. Tutup api dan hidangkan.

 

3. ACAR IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm isi ikan masin kurau | potong dadu kecil
  • 200gm buah-buahan jeruk | toskan air
  • 10 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 20 biji cili padi kampung | buang tangkai
  • 3 sudu makan cuka masak
  • 1 sudu makan gula perang/Melaka
  • 2 sudu makan gula pasir
  • Garam secukup rasa
  • 1/4cawan air
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 2 sudu makan  cili kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3cm halia
  • 2 inci kunyit hidup

BAHAN REMPAH:

  • 1 sudu teh ketumbar biji
  • 1sudu teh jintan kasar
  • 1 sudu teh jintan halus
  • 3/4 sudu teh halba
  • 1 sudu teh biji sawi

CARA MEMASAK:

  1. Isi ikan masin dicuci dan rendam sekurang-kurangnya satu jam (tukar air rendaman setiap 20 minit). Kemudian toskan.
  2. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan minyak.
  3. Panaskan kuali, goreng bahan rempah tanpa minyak dengan api kecil dan sentiasa kacau sehingga wangi.
  4. Kemudian kisar (gunakan kisar kering) atau tumbuk hingga halus. Ketepikan.
  5. Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali. ). Tumis bahan kisar dan masak hingga garing. Kemudian tambahan  bahan rempah yang telah dikisar. Kacau rata dan masak sekejap.
  6. Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan.
  7. Kacau dan masukkan ikan masin yang telah digoreng, bawang merah, bawang putih dan cili padi.
  8. Gaul rata. Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula.
  9. Matikan api, dan boleh hidangkan bersama nasi putih.

 

4.  SET NASI BRIYANI

 

1. NASI BRIYANI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
  • 2 sudu makan rempah beriani | bancuh dgn sedikit air
  • 4 biji buah tomato  | potong dadu
  • 100 gm daun pudina
  • 100 gm daun ketumbar
  • 1 liter air
  • 200ml susu cair
  • 4 sudu makan minyak sapi
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan kacang gajus  | bakar
  • Pewarna kuning  |bancuh dengan sedikit air
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS:

  • 5 ulas bawang merah | hiris
  • 3 ulas bawang putih  |hiris
  • 2cm halia  | hiris halus
  • 2cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji  buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bahan penumis hingga wangi.
  2. Masukkan rempak briani yang telah dibancuh dengan sedikit air, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
  4. Seterusnya masukkan air dan susu cair. Biarkan mendidih sebentar.
  5. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi yang berisi beras yang ditoskan tadi bersama daun ketumbar dan pudina.
  6. Masak seperti nasi biasa. Apabila nasi sudah kering, titiskan pewarna kuning dan biarkan nasi masak sepenuhnya.

 

2. KAMBING BRIYANI

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg daging kambing   | potong  ikut cita rasa
  • 4 biji kentang | kupas dan belah empat
  • 2 biji bawang besar | belah empat
  • 2 biji cili merah |  belah 2 tapi tak putus
  • 2 biji cili hijau | belah 2 tapi tak putus
  • 2 sudu makan bawang goreng
  • 2 pokok daun ketumbar
  • 1 cawan susu cair/segar
  • 1 biji lemon
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 sudu makan rempah briani
  • 2 sudu makan gula Melaka
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 1 biji tomato yang masak ranum
  • 3 biji cili hijau

BAHAN TUMIS:

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
    5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian campurkan dengan minyak sapi, tumis hirisan bawang besar hingga layu. Kemudian masukkan bahan tumis dan masak hingga wangi.
  2. Masukkan rempah briani yang telah disatukan dengan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan daging kambing, hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Biarkan mereneh hingga daging lembut.
  4. Masukkan kentang, kerisik dan belahan bawang besar.
  5. Perah lemon dalam susu cair, kacau sebati dan masukkan kambing briani.
  6. Apabila kentang empuk. Perasakan dengan gula Melaka dan garam secukupnya.
  7. Akhir sekali tambah cili merah dan cili hijau. Biarkan mereneh seketika sebelum dimatikan api.
  8. Hias dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

INFO CHEF: Untuk menghilangkan bau daging kambing, gaulkan daging kambing dengan satu sudu makan tepung gandum dan perap 20 minit. Kemudian cuci bersih dan toskan.

 

3. ACAR TUMIS

BAHAN-BAHAN:

  • 2 batang timun, | buang biji dan potong memanjang
  • 1 batang lobak merah | hiris memanjang
  • 2 biji cili merah | buang biji dan hiris memanjang
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan serbuk kari daging
  • 2 cm halia hiris memanjang
  • 2 sudu makan cuka
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh biji sawi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN-BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan halia, kacau seketika.
  2. Masukkan bahan kisar, rempah kari dan serbuk kunyit tumis hingga kekuningan.
  3. Seterusnya masukkan bawang merah dan bawang putih (biarkan sebiji-sebiji), timun, lobak merah, cili merah, kacau rata.
  4. Kemudian tambahkan cuka, garam, gula dan biji sawi secukupnya.
  5. Jika perlu tambah air, tambahkan sedikit sahaja.
  6. Gaul rata, angkat dan sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Untuk kekalkan keranggupan timun dan lobak merah rendamnya dengan air kapur. Kemudian cuci dan toskan sebelum ditumis.

 

5. SET NASI HUJAN PANAS

 

1. NASI HUJAN PANAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras bahmathi | rendam 30 minit dan toskan
  • 1 liter air
  • 200ml susu cair
  • Pewarna merah, kuning dan hijau
  • Daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu makan mentega
  • 2 sudu makan minyak masak

BAHAN PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

BAHAN HIRISAN:

  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan cairkan mentega dalam periuk.
  2. Tumiskan bahan penumis dan hirisan hingga kekuningan dan wangi.
  3. Masukkan beras, air, susu dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan dalam periuk elektrik dan masak seperti nasi biasa.
  4. Bila air nasi sudah kering dan hampir masak. titiskan pewarna merah, hijau dan kuning. Biarkan seketika.
  5. Apabila nasi sudah masak gemburkan nasi untuk memberikan nasi dengan warna warni.

 

 2. AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong sederhana
  • 1 biji bawang Holland | hiris bulat
  • 2 pokok daun bawang | potong 3cm
  • 1/2batang lobak merah | hiris memanjang
  • 2 batang serai | hiris
  • 6 biji tomato ceri
  • 3 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu teh pes asam jawa
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya  | untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ayam kemudian gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis (lebih kurang tiga sudu makan).
  4. Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan masukkan pes cili hirisan bawang besar dan serai. Kacau hingga pecah minyak.
  5. Masukkan pes asam jawa, sos tomato dan sos cili, kacau lagi.
  6. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
  8. Sebelum angkat,masukkan tomato ceri, hirisan lobak merah dan daun bawang.
  9. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan nasi tomato.

 

3. PAJERI NANAS

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 biji nanas manis | potong separa bulat
  • 2 sudu makan  kerisik
  • 4 sudu besar rempah daging
  • 1 sudu makan udang kering |dikisar kasar
  • 1 cawan pati santan – dicampur dengan 2 cawan air
  • 2 sudu makan gula perang
  • 2 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih

BAHAN HIRIS:

  • 3 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3cm halia

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 3cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis dan bahan hirisan. Tumis hingga naik bau.
  2. Seterusnya masukkan bahan kisar, udang kering dan pes kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  3. Kacau lagi hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan santan dan terus kacau.
  5. Pdengan garam dan gula secukupnya, biarkan terus mereneh.
  6. Setelah kuah pekat masukkan nanas dan kerisik.
  7. Kacau dan biarkan mereneh atas api kecil.
  8. Setelah kuah agak pekat dan timbul minyak, tutup api.
  9. Pajeri sedia dihidangkan.

 

6.  SET NASI ARAB AYAM KABSAH

 

1. NASI ARAB

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras basmathi | rendam 30 minit dan toskan
  • 1 liter air
  • 200ml  yogurt
  • 200gm daging | hiris nipis
  • 2 sudu makan rempah Nasi Arab
  • 1/2 cawan minyak zaitun
  • 2 biji bawang besar | belah empat
  • 2 biji tomato | belah empat
  • 2 biji cili hijau | potong dua
  • 2 helai daun bay
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 200gm daging | hiris nipis

BAHAN KISAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm halia

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 2 keping kulit kayu manis,
  • 2 kuntum bunga lawang,
  • 6 biji buah pelaga
  • 8 kuntum  bunga cengkih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau lagi. Diikuti dengan rempah nasi arab yang dibancuh dengan sedikit air.
  3. Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan daging. Kacau lagi.
  4. Seterusnya masukkan beras, air, yogurt, hirisan bawang, tomato, daun bay, daun ketumbar dan garam secukupnya.
  5. Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa lebih kurang 15-20 minit.
  6. Nasi sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Untuk rasa yang lebih sedap anda boleh asapkan nasi arab  dengan cara bakar seketul arang hingga menjadi bara, letakkan di atas foil dan masukkan dalam periuk nasi, dan tuangkan sedikit minyak zaitun di atas. Biarkan asam terperangkap dalam periuk.

 

2. AYAM KABSAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam saiz sederhana | potong lapan
  • 3 biji bawang besar | potong dadu
  • 3 biji tomato | potong dadu
  • 1 sudu makan tomato puri
  • 2 sudu makan rempah Kasbah
  • 3 cm halia | kisar
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 4 keping kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga
  • 2 helai daun bay
  • 1/2 sudu teh garam masala
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

 CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan semua bahan di dalamnya.
  3. Masak di atas api sederhana, biarkan hingga ayam masak.
  4. Toskan ayam sebelum dihidangkan bersama nasi Arab.
  5. JIka suka boleh juga panggang ayam ini sebelum dihidangkan jika ingin lebih garing.

INFO CHEF:  Air rebusan ayam ini jangan dibuang simpan untuk dimasukkan dalam nasi arab .

 

3. SALAD SALATA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 batang timun | buang tengah ,potong dadu
  • Tomato | buang biji, potong dadu
  • 1 batang lobak merah | potong dadu
  • 2 biji cili merah | cincang
  • 1 pokok daun ketumbar | hiris
  • Garam, gula dan cuka secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan hirisan dalam mangkuk.
  2. Kemudian campurkkan gula garam dan cuka dalam mangkuk lain.
  3. Kacau rata dan secukup rasa.
  4. Tuangkan dalam bahan hirisan dan gaul rata.
  5. Sedia dihidangkan

INFO CHEF: Jika tidak mahu cuka boleh gunakan yogurt kosong untuk salad ini.

 

4. SOS NASI ARAB

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji cili hijau
  • 10 biji cili hijau
  • 2 biji tomato
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 1 tangkai daun pudina
  • 1 biji lemon | ambil jusnya sahaja
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kesemua bahan dalam mesin pengisar, kisar hingga hancur.
  2. Rasakan garam dan gulanya., jika ada kurang tambah.
  3. Sos sedia dihidangkan dengan Ayam Kabsah dan Nasi Arab.

INFO CHEF:  Jika  anda tambah yogurt atau mayones dalam sos ini.

 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur