Koleksi Kuih Kaswi Memang Sedap,Gerenti Tak Cukup Satu

Share

Petang begini mula terbayang kuih muih yang enak. Tambah pula cuaca seakan mendung. Sejak kuih kaswi gedik jadi viral, hampir setiap hari menu ini lalu lalang di fb.

Kalau ikut yang cara viral, kenalah pakai acuan khasnya. Memang berebut orang nak beli acuan ni. Stok di kedai pun boleh habis. Bolehlah beli secara atas talian acuan viral ni.

Sebenarnya secara asas kuih kaswi ni dimasak guna loyang jer, macam opah kita buat dulu. Rasa lemak-lemak manis ditambah kelapa parut memang lengkap minum petang korang.

Tak kisahlah nak buat guna acuan apa, yang penting rasanya kuih kaswi, bukan kuih lain. Jomlah kita masuk dapur sediakan bahan-bahan nak buah kuih ni.

 

KASWI BERAS PULUT HITAM

BAHAN-BAHAN KASWI:

 

BAHAN TOPPING SANTAN:

CARA MEMASAK:

  1. Campur semua bahan kaswi dalam bekas bersesuaian.
  2. Kacau-kacau sampai semua bahan sebati dan gula larut.
  3. Tapis adunan supaya tiada tepung yang berketul.
  4. Ambil acuan dan oleskan minyak.
  5. Tuang adunan kuih dan kukus selama 15 minit.
  6. Untuk buat topping santan, satukan santan, tepung jagung @ tepung beras dan juga garam. Sebatikan dan masak sekejap.
  7. Susun kuih dalam pinggan, tuang santan dan tabur bijan yang telah disangai. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Surina Abadi

KASWI PANDAN

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMBUAT:

  1. Campur tepung gandum, tepung ubi, gula kemudian masukkan air daun pandan. Masukkan air kapur dan kacau lagi. Jika mahu lagi senang, kisar semua bahan ini dan kemudian tapis.
  2. Panaskan periuk kukus air sampai mendidih.
  3. Sapukan acuan dengan minyak. Tuang adunan ke dalam acuan.
  4. Kukus selama 15-20 minit. Pastikan tudung pengukus dibalut dengan tuala kecil supaya wap air tidak masuk dalam adunan.
  5. Selepas masak, sejukkan dulu baru keluarkan dari acuan.

  1. Sementara itu, gaulkan kelapa putih dan garam. Kukus seketika lebih kurang 3 minit. Bolehlah gaulkan dengan kuih kaswi yang sudah siap dimasak tadi. Hidangkan.

Sumber kredit: Siti Hadirah

 

KUIH KASWI / KOSUI GULA MERAH

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum beli online disini
1/2 cawan tepung ubi beli online disini
1 sudu air kapur (secubit kapur + sesudu air kapur yang siap dibancuh) beli online disini
1 cawan gula merah beli online disini
1 helai daun pandan
3/4 cawan gula pasir beli online disini
5 cawan air
Kelapa parut – ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam garam

CARA MEMASAK:
1. Larutkan gula pasir dan gula merah dengan 2 cawan air. Masak atas api sekejap untuk hancurkan gula. Letak daun pandan untuk aroma. Bila gula telah larut, biarkan sejuk.
2. Dalam bekas berasingan, campurkan tepung gandum, tepung ubi dan air kapur bersama 3 cawan air. Sebatikan.
3. Kemudian masukkan air gula yang dimasak tadi. Kacau sebati dan tapis.
4. Guna adunan ke dalam loyang bersaiz 8×8.
5. Kukus adunan kuih selama 30 – 40 minit.
6. Bila Kuih Kaswi telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

  1. Gaul kelapa parut bersama sedikit garam. Kemudian kukus sekejap supaya kelapa tahan lama dan lambat basi.

  1. Gaulkan potong Kuih Kaswi bersama kelapa parut. Sedia untuk dinikmati.

TIP UNTUK POTONGAN KUIH KASWI YANG CANTIK

  • Tunggu kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.
  • Potong guna pisau plastik yang telah disapu dengan sedikit minyak.

Kredit resipi & foto: NorDiana Mat Desa

KASWI DURIAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan tepong gandum
  • 1/2 cawan tepong ubi
  • 1/2 cawan isi durian dan guna santan cair atau air.. Blend jadikan 1 cawan
  • 1/2 cawan gula pasir dimasak guna 1 cawan air. + daun pandan
  • 1 sudu teh air kapor

CARA MEMASAK:

  1. Bila air gula dah suam, kisar semua..
  2. Saya guna acuan kecil sebab nak cepat masak. Guna loyang pun boleh.
  3. Kukus selama 20minit.Guna loyang 40minit.
  4. Dah sejuk boleh keluarkan kaswi dari acuan. Gaul dengan kelapa parut.

Kongsi resipi: Badariah Abdrahman

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri