Koleksi Masakan Melayu, Rempah Ratus Penyedap Rasa.

Share

Rempah ratus menjadi agen penambah perisa dan penyedap rasa masakan termasuklah dalam masakan Melayu. Ditambah pula dengan gabungan bahan mentah tempatan seperti santan dan daun kari, serai kunyit dan lengkuas dan cili, keenakan menjadi lebih terasa seperti dalam lapan resipi yang RASA kongsikan ini.

 

KETAM KARI CILI

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor ketam | bersih dan potong dua
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 1 sudu makan air asam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya| menumis dan meng

BAHAN KISAR:

  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 2 biji buah keras
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:
1.Gaulkan ketam dengan garam dan serbuk kunyit, ketepikan.
2.Panaskan minyak, goreng ketam hingga kemerahan kulitnya. Angkat dan ketepikan.
3.Keluarkan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan air asam, kacau rata.
4.Setelah pecah minyak, masukkan ketam yang telah digoreng, gaul rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5.Tutup api, ketam sedia dihidang panas-panas

INFO CHEF: Udang juga enak dimasak dengan menu ini.
…….

GULAI DAGING TETEL BERSAMA NANGKA MUDA
BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging tetel | potong kecil dan rebus hingga empuk
  • 300gm nangka muda | potong dadu dan rebus empuk
  • 1 litter santan kelapa
  • 3 sudu makan rempah gulai daging
  • 2 sudu makan pes cili
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 2 batang serai | titik
  • 3cm lengkuas | titik

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
2.Kemudian masukkan bahan kisar kacau lagi.
3.Setelah pecah minyak, masukkan campuran rempah gulai dengan serbuk cili yanag dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
4.Setelah garing masukkan daging yang telah direbus tadi, gaul rata dan masukkan santan.
5.Tambahkan sera, lengkuas dan asam gelugor.
6.Biarkan gulai terus mereneh di atas dapur.
7.Apabila daging empuk, masukkan nangka.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
9.Setelah cukup masak, tutup api dan gulai sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Selain nangka, anda boleh tukar campuran sayur seperti pisang muda, rebung atau betik muda.
……………..

ASAM PEDAS BEREMPAH TENGGIRI & SAWI JERUK
BAHAN-BAHAN:

  • 4 potong ikan tenggiri papan | cuci bersih dan toskan
  • 1 pokok sawi jeruk | cuci bersih dan hiris kecil-kecil
  • Daun kesum secukupnya
  • 1/2 cawan air asam Jawa
  • 4 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan kerisik
  • 2cm halia | titik
  • 2cm lengkuas | titik
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR HALUS:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1/2 sudu teh lada hitam biji
  • 1/2 sudu makan ketumbar biji
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1/2 sudu teh jintan putih

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
2.Kemudian masukkan pes cili kisar, lengkuas dan halia yang dititik.
3.Terus kacau hingga pecah minyak, baru masukkan air asam dan sedikit air.
4.Setelah mereneh masukkan sawi jeruk dan ikan.
5.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6.Akhir sekali masukkan daun kesum, kecilkan api biarkan mereneh hingga timbul minyak.
7.Setelah cukup rasa, tutup api dan asam pedas sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Selain ikan tenggiri, anda boleh gantikan dengan ikan Pari atau ikan Parang.
………….

KARI MAMAK IKAN JENAHAK

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ikan Jenahak
  • 4 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan halba campur
  • 1/2cawan air asam Jawa
  • 250ml santan kotak
  • 8 ulas bawang merah | hiris
  • 5 ulas bawang putih | hiris
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN ISIAN:

  • 5 biji bendi
  • 2 biji terung panjang
  • 2 biji tomato
  • 2 biji cili hijau
  • 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
2.Tumiskan bahan hirisan bersama halba campur dan daun hingga wangi.
3.Seterusnya masukkan pula campuran rempah dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
4.Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
5.Setelah mereneh, masukkan ikan, diikuti dengan santan yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan kari terus menereh.
6.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7.Setelah timbul minyak, masukkan bahan isian. Biarkan 2-3 minit.
8.Tutup api dan kari sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Anda juga tukar ikan kepada ikan merah atau pun bawal untuk resipi ini jika suka.
……………….

ACAR NANAS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji nanas | buang mata dan hiris kecil
  • 2 biji cili merah | hiris memanjang
  • 2 biji cili merah | hiris memanjang
  • 10 ulas merah kecil | belah dua
  • 5 ulas bawang putih| hiris
  • 2cm halia muda | hiris memanjang
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 sudu teh biji sawi
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu makan cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:
1.Panaskan air dalam periuk, kemudian celur nanas seketika, Angkat dan tos.
2.Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
3.Kemudian tambahkan udang kering, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk kunyit.
4.Tumis hingga pecah minyak.
5.Masukkan biji sawi, hirisan cili merah, cili hijau dan nanas.
6.Gaul rata, dan perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
7.Setelah cukup rasa dan masak, tutup api.
8.Sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Jika ingin pedas, boleh tambahkan dengan hirisan cili padi.
……

SUP BEREMPAH TULANG
BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg tulang | cuci bersih dan toskan
  • 3cm halia | titik
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 1 batang serai
  • 1 sudu makan rempah kurma
  • 1 sudu makan rempah sup
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN PENUMIS:

  • 8 ulas bawang merah | hiris
  • 5 ulas bawang putih | hiris
  • 3 cm halia muda | hiris memanjang

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 6 kuntum bunga cengkih

BAHAN HIASAN:

  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit bawang goreng

CARA MEMASAK:
1. Masukkan tulang dalam periuk bersama air, serai, halia dan bawang putih yang telah dititik. Rebus sehingga empuk.
2. Kemudian, panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan hirisan bersma rempah penumis hingga wangi.
3. Masukkan rempah kurma dan rempah sup yang dicampur bersama dan dibancuh dengan sedikit air.
4. Setelah pecah minyak masukkan rebusan tulang bersama airnya sekali.
5. Biarkan mereneh, tambahkan asam gelugor dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Selepas mereneh lebih kurang 10 minit dan cukup rasa, tutup api.
7. Taburkan hirisan daun bawang, daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

INFO CHEF: Jika anda suka pedas boleh tambahkan hirisan cili di dalam sup atau hidangkan bersama sambal kicap.

 

PENYELARAS: SHIDA YASIN
PHOTO : NORYANTI SAHARUDIN

Published by
Mastura Abu Kassim