Masakan harian tidak semestinya yang susah. Lauk yang simple pasti menjadi rebutan. Biasanya untuk hidangan makan tengah hari atau malam lebih gemar satu lauk berkuah dan bergoreng sudah memadai. Lagi ringkas dapat hidangan nasi goreng sudah lengkap untuk hidangan. Apa yang penting ia boleh mengenyangkan perut. RASA bariskan menu harian yang pasti keluarga menyukainya.

Himpunan Resipi Harian Mudah Dan Jadi Kegemaran Ramai
KARI AYAM
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas dan wangi
Anggaran kos: RM18

  • BAHAN-BAHAN:
  • 5 ketul ayam
  • 1 biji kentang potong 4
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • Rempah 4 sekawan (buah pelaga, bunga lawang, cengkih & kayu manis)
  • 1 inci halia
  • 1 biji buah tomato
  • 1 biji lada merah dibelah dua
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 helai daun pandan
  • ½ cawan santan
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang.
2.Masukkan rempah 4 sekawan.
3.Agak bawang telah wangi dan keperangan masukkan rempah yang telah digaul sedikit dengan hirisan bawang.
4.Masukkan daun kari & daun pandan.
5.Masak sehingga pecah minyak.
6.Masukkan kentang.
7.Masukkan ketulan ayam.
8.Tambahkan sedikit air dan renehkan sehingga ubi empuk dan ayam masak.
9.Masukkan bahan perasa.
10.Masukkan santan.
11.Masak sehingga kuah agak pekat.
12.Siap untuk di hidangkan.

INFO: Santan di dalam masakan ini boleh digantikan dengan kerisik. Boleh menambah kerisik bersama santan. Penggunaan kerisik dapat membuatkan kuah kari menjadi lebih pekat beraroma dan lazat.

Himpunan Resipi Harian Mudah Dan Jadi Kegemaran Ramai
UDANG MASAK SOS TIRAM

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas dan wangi
Anggaran kos: RM18

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor udang segar
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Bawang Holland dipotong bulat
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 sudu teh gula
  • Garam dan serbuk perasa

CARA MEMASAK:
1.Udang digaul dengan kunyit dan sedikit garam.Goreng sehingga garing.
2.Masukkan hirisan bawang dan halia.
3.Masukkan sos tiram dan sedikit sahaja air.
4.Gaul hingga sos sebati dengan udang.
5.Masukkan asam keping.
6.Masukkan gula. Sesuaikan rasanya.
7.Angkat dan taburkan hirisan bawang Holland.
8.Siap untuk dihidangkan.

 

Himpunan Resipi Harian Mudah Dan Jadi Kegemaran RamaiSOTONG MASAK ASAM

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: tumis dan reneh
Jenis masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas dan wangi
Anggaran kos: RM15

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor sotong saiz besar dikelar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 4 tangkai cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1 biji kentang potong bulat nipis
  • Hirisan bawang Holland
  • ½ mangkuk air asam jawa
  • Bahan perasa, garam & gula
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1.Di dalam kuali, goreng hirisan kentang sehingga garing dan ketepikan.
2.Di dalam minyak yang sama, tumis semua bawang dan halia.
3.Masukkan air asam jawa.
4.Sesuaikan rasa garam & gula.
5.Masukkan sotong dan masak seketika.
6.Setelah masak, masukkan hirisan kentang goreng tadi dan gaul rata.
7.Masukkan tomato dan cili padi.
8.Masukkan daun sup dan daun bawang.
9.Sedia untuk dihidangkan.

INFO : Untuk mengelakkan isi sotong menjadi liat, sotong hendaklah dimasak tidak terlalu lama.

Himpunan Resipi Harian Mudah Dan Jadi Kegemaran Ramai
NASI GORENG CILI KERING

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan: Hidangan utama
Keistimewaan: Pedas menyelerakan
Anggaran kos: RM 8.00

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 5 tangkai cili padi
  • 5 tangkai cili kering
  • 4 keping lobak masin
  • ½ genggam ikan bilis
  • 1 biji telur
  • Bahan perasa, garam & gula
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak. Goreng ikan bilis dan ketepikan.
2.Goreng lobak masin dan ketepikan.
3.Cabai kering direndam di dalam air panas terlebih dahulu dan ditumbuk kasar.
4.Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah.
5.Setelah naik bau, masukkan cili kering yang ditumbuk tadi.
6.Masukkan cili padi .
7.Masukkan telur dan gaul sehingga telur agak garing.
8.Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula.
9.Masukkan nasi dan gaul hingga sebati.
10.Masukkan ikan bilis dan lobak masin yang digoreng tadi. Gaul lagi sehingga sebati. 11.Siap untuk dihidangkan.

Himpunan Resipi Harian Mudah Dan Jadi Kegemaran Ramai
BUBUR NASI DAGING

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas dan wangi
Anggaran kos: RM10

BAHAN-BAHAN :

  • 4 ketul daging dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 inci halia*
  • Rempah 4 sekawan*
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam*
  • 4 tangkai cili padi
  • 1 biji tomato
  • Hirisan daun bawang & daun sup
  • 1 biji ubi kentang dipotong 4
  • 1 biji lobak merah dipotong baji
  • Bahan perasa, garam & gula
  • Bawang goreng
  • 1 mangkuk beras

CARA MEMASAK 1:
1.Di dalam periuk, masukkan beras bersama bahan bertanda *.
2.Masak sehingga beras lembut menjadi seperti bubur.
3.Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
4.Setelah itu, masukkan kentang, lobak merah, cili padi, tomato.
5.Sesuaikan rasa dengan garam dan gula.
6.Akhir sekali masukkan hirisan daun sup dan bawang.
7.Taburkan bawang goreng.
8.Siap untuk dihidangkan.

ATAU
CARA MEMASAK 2:
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang, halia dan serai.
2.Masukkan air anggaran untuk kuah sup.
3.Masukkan kentang.
4.Masukkan tomato dan hirisan cili padi.
5.Setelah kentang empuk, masak seketika. Sesuaikan rasa.
6.Taburkan hirisan daun bawang & daun sup.
7.Sedia untuk dihidangkan.

INFO: Satu lagi kaedah membuat bubur nasi adalah dengan cara nasi dikisar halus bersama kuah sup yang telah dimasak terlebih dahulu.Kaedah ini lebih menjimatkan masa tetapi rasanya tidak sesedap bubur nasi yang direbus sehingga menjadi bubur.

Himpunan Resipi Harian Mudah Dan Jadi Kegemaran Ramai
NASI GORENG SARDIN

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan: Hidangan utama
Keistimewaan: Pedas menyelerakan
Anggaran kos: RM 8.00

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 5 tangkai cili padi
  • 1 tin sardin
  • 1 biji telur
  • Bahan perasa, garam & gula
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak.
2.Tumis bawang merah dan bawang putih.
3.Masukkan cili padi.
4.Masukkan sardin berserta sosnya.
5.Hancurkan isi ikan sardin dan kacau rata.
6.Pecahkan telur, masak hingga garing.
7.Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula.
8.Masukkan nasi dan gaul hingga sebati
9.Goreng sehingga nasi menjadi berderai.
10.Siap untuk di hidangkan.

IKLAN

 

Himpunan Resipi Harian Mudah Dan Jadi Kegemaran Ramai
SUP SOTONG BERSERAI

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas dan wangi
Anggaran kos: RM15

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ekor sotong saiz besar dikelar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 4 tangkai cili padi
  • 1 biji tomato
  • Hirisan daun bawang & daun sup
  • 1 biji ubi kentang dipotong 4
  • 1 biji serai dititik
  • Bahan perasa, garam dan Gula
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang, halia dan serai.
2.Masukkan air anggaran untuk kuah sup.
3.Masukkan kentang.
4.Masukkan tomato dan hirisan cili padi.
5.Setelah kentang empuk, masukkan sotong. Masak seketika, Sesuaikan rasa.
6.Taburkan hirisan daun bawang & daun sup.
7.Sedia untuk dihidangkan.

INFO: Selain sotong, masakan sup ini juga sesuai untuk udang dan juga ketam.

 

Himpunan Resipi Harian Mudah Dan Jadi Kegemaran Ramai
TELUR MASAK KICAP CILI PADI

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas
Anggaran kos: RM8

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • Hirisan bawang besar
  • 4 tangkai cili padi
  • 1 biji tomato
  • Kicap pekat manis
  • Hirisan daun bawang
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1.Telur digoreng mata kerbau dan ketepikan.
2.Panaskan minyak, tumis hirisan bawang.
3.Masukkan cili padi dan hirisan tomato.
4.Masukkan kicap pekat manis bersama sedikit sahaja air.
5.Masukkan telur mata tadi, tumis sehingga telur mesra bersama kuah kicap.
6.Masukkan bawang besar.
7.Angkat dan taburkan daun bawang.
8.Siap untuk dihidangkan.

IKLAN

Himpunan Resipi Harian Mudah Dan Jadi Kegemaran Ramai
IKAN BILIS LADA BERSAMA PETAI

Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Pedas
Anggaran kos: RM15

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 1 biji kentang dipotong dadu
  • 1 genggam cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 keping asam keping
  • 3 tangkai petai dihiris bersama kulit
  • Bahan perasa, garam & gula
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1.Kisar cili padi dan bawang merah.
2.Goreng ikan bilis dan ubi kentang sehingga garing.
3.Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan blender.
4.Masukkan asam keping.
5.Masukkan bahan perasa, garam & gula.
6.Tumis sehingga sambal garing.
7.Masukkan petai.
8.Masukkan ikan bilis dan ubi kentang yang telah digoreng tadi.
9.Siap untuk dihidangkan.
Masakan ini tidak perlu lagi ditambah garam dan gula kerana rasanya sedia terdapat daripada kicap yang digunakan.

INFO: Petai yang dipotong bersama kulit perlu direndam di dalam air suam terlebih dahulu bagi mengelakkan petai berasa kelat semasa proses memasak.

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini 

Kredit: Rozel Linda

Foto: Azfarina Sulaiman

BOLEH LIHAT RESIPI INI UNTUK IDEA MEMASAK:

Rendang Ayam Style Negeri Sembilan, Siap Ada Pegaga Tau

Rendang Maman Ayam Kampung Padu Rasa

Kukkra Curry Resipi Sedap, Inilah Kari Ayam Nepal Tanpa Santan.

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.dailymotion.com/video/x8c7ka6

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI