Sajian pengat memang sedap lebih-lebih lagi jika menggunakan santan segar. Pekat, manis dan berlemak. Hmm…memang tak puas rasanya. Lebih istimewa lagi jika disediakan menggunakan resipi tradisional. Malah bahan yang digunakan pun mudah diperolehi. Asasnya hanyalah santan, gula melaka, sagu dan daun pandan yang dimasak bersama ubi kayu, labu, keladi dan nangka. Memang sedap! Jom cuba.

1. PENGAT UBI KAYU BERSAGU

Koleksi Pengat Tradisional Yang Sedap & Menyelerakan

 

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm ubi kayu
  • 1 liter air
  • 200gm santan pekat – beli online DISINI
  • 1 ketul gula Melaka – beli online DISINI
  • 2 sudu besar gula pasir atau secukupnya – beli online DISINI
  • 100gm sagu mata ikan – beli online DISINI
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam – beli online DISINI

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
  2. Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat.
  3. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Info chef: Untuk kuah pengat yang cantik, sentiasa kacau agar santan tidak berketul.

2. PENGAT LABU

Koleksi Pengat Tradisional Yang Sedap & Menyelerakan

 

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm labu
  • 1 liter air
  • 200gm santan pekat
  • 1 ketul gula Melaka
  • 2 sudu besar gula pasir atau secukup nya
  • 100gm sagu mata ikan
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam

 

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Rebus labu bersama air secukupnya, gula melaka dan daun pandan hingga labu empuk.
  2. Setelah itu, masukkan gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
  3. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Info chef: Jangan masak labu terlalu lama untuk menggelakkan ia terlebih lembik.

3. PENGAT KELADI

Koleksi Pengat Tradisional Yang Sedap & Menyelerakan

 

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm keladi
  • 1 liter air
  • 200gm santan pekat
  • 1 ketul gula Melaka
  • 2 sudu makan gula pasir atau secukupnya
  • 100gm sagu mata ikan
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam periuk, masukkan air bersama keladi. Rebus Keladi bersama daun pandan hingga empuk.
  2. Masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam secukup rasa dan santan. Kacau sebati.
  3. Masak sehingga kuah agak memekat.
  4. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Info chef: Rendam sagu mata ikan sehingga kembang dengan sedikit air untuk menghasilkan sagu mata ikan yang benar-benar jernih apabila masak.

IKLAN

4. PENGAT NANGKA

Koleksi Pengat Tradisional Yang Sedap & Menyelerakan

 

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ulas nangka yang dihiris
  • 1 liter air
  • 100gm gula pasir atau mengikut selera
  • 200gm santan pekat
  • 100gm sagu mata ikan
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam

 

CARA MEMASAK:

  1. Masak air, nangka, gula, daun pandan hingga menggelegak.
  2. Setelah itu masukkan sagu mata ikan, garam dan santan. Masak selama 5 minit atau sehingga kuah agak memekat.
  3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Manis bubur terpulang kepada selera masing-masing. Jika mahu kurang manis, ubahsuai jumlah gula mengikut citarasa.

 

IKLAN

Anda mencari PERIUK KACA? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Cara Mudah Buat Dadih Homemade Yang Sedap & Tak Perlu Guna Dadih Segera

Nikmatnya Kalau Dapat Makan Puding Oreo Sejuk-Sejuk. Hanya Guna 4 Bahan!

Koleksi Resipi Agar-Agar Yang Mudah Tapi Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI