RENDANG TOK ASLI

BAHAN-BAHAN:
  • 1kg daging
  • 10 ulas bawang merah | dikisar halus
  • 5 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 3sm lengkuas | dikisar halus
  • 3sm halia | dikisar halus
  • 5 batang serai | dikisar halus
  • 5 sudu cili giling | dikisar halus
  • Kunyit sedikit | dikisar halus
  • 2 helai daun kunyit | dihiris halus
  • 1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
  • 1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
  • 1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
  • 1kg santan pekat
  • 50gm gula Melaka
  • 3 sudu makan kerisik
  • 15ml air asam jawa
  • Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:
  • 2 batang kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 5 batang bunga cengkih
  • 6 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
6. Hidangkan dan sedia dinikmati.