Koleksi Resipi Aneka Nasi Goreng Mudah & Sedap Untuk Sarapan.

Share

Kadangkala pening kepala memikirkan apa menu untuk disajikan buat anak-anak dan suami masa sarapan. Apa kata anda cuba pelbagai jenis resipi nasi goreng yang RASA kongsikan ini. Lebih mudah kerana menu ni memang ringkas dan sedap. Masa dan tenaga juga boleh dijimatkan. Selamat mencuba!

 

1. NASI GORENG BIASA

BAHAN-BAHAN:

  • 175gm nasi putih
  • 2 ulas bawang putih – ketuk
  • 3 sudu makan cili boh
  • 1 biji telur
  • 100gm isi ayam – potong nipis
  • 100gm udang – bersihkan
  • 100gm sotong – hiris
  • 100gm sawi – potong
  • 100gm kubis cina – potong
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau.
  2. Pecahkan dan masukkan telur, garam , isi ayam, sotong, udang, hirisan sawi dan kubis cina. Gaul seketika.
  3. Setelah itu masukkan nasi gaul hingga rata.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

2. NASI GORENG CINA  

BAHAN-BAHAN:

  • 175gm nasi putih
  • 2 ulas  bawang putih – ketuk
  • 1 biji telur
  • 100gm isi ayam – potong nipis
  • 100gm isi udang – bersihkan
  • 100gm isi sotong – hiris nipis
  • 50gm sayur campur
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk.
  2. Masukkan telur, garam , isi ayam, udang dan sotong serta sayur campur.
  3. Setelah itu masukkan nasi gaul hingga rata.
  4. Sedia dihidangkan panas-panas.

 

3. NASI GORENG SEAFOOD

BAHAN BAHAN:

  • 175gm nasi putih
  • 2 ulas bawang putih – diketuk
  • 4 biji cili padi ( bahan A )
  • 1 sudu rempah sup ( bahan A )
  • 1 sudu rempah kurma ( bahan A )
  • 1 biji telur
  • 100gm isi ayam – potong nipis
  • 100gm udang – bersihkan
  • 100gm sotong – hiris
  • 100gm kacang hijau
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

 

CARA MEMASAK :-

  1. Kisar bahan A hingga halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih yang telah diketuk dan Bahan A yang telah dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan telur, garam , isi ayam, udang dan sotong serta kacang hijau.
  4. Masukkan nasi gaul hingga rata.
  5. Sedia dihidangkan.

 

4. NASI GORENG AYAM  

BAHAN-BAHAN:

  • 175gm nasi putih
  • 2 ulas  bawang putih – ketuk
  • 3 sudu cili boh
  • 1 biji telur
  • 100gm sawi – potong
  • 100gm kubis cina – potong
  • garam secukupnya
  • 1 ketul ayam ( paha / dada )
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK

  1. Untuk memasak nasi goreng; Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau.
  2. Masukkan telur, garam, sawi dan kubis cina.
  3. Masukkan nasi gaul hingga rata. Angkat dan ketepikan.
  4. Untuk memasak ayam, panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi goreng.

 

5. NASI GORENG CILI API

BAHAN-BAHAN:

  • 175gm nasi putih
  • 2 biji bawang putih – ketuk
  • 4 biji cili padi – ketuk
  • 1 biji telur
  • 100gm isi ayam – hiris nipis
  • 100gm udang – bersihkan
  • 100gm sotong – hiris nipis
  • 50gm sawi – hiris
  • 50gm kubis panjang – potong
  • 1 biji cili merah – potong
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili api
  2. Masukkan telur, garam , sawi, kubis panjang, isi ayam, udang dan sotong.
  3. Masukkan nasi, gaul hingga rata dan taburkan sedikit serai dan cili merah sebagai hiasan.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan dengan salad dan timun berserta sup kosong.

 

 

Published by
Nur