Di zaman semua bahan naik harga dan mahal ni, ada baiknya kita berjimat cermat dalam apa-apa urusan seharian. Begitu juga dengan masakan. Jika anda seorang yang gemarkan lauk pauk ringkas, koleksi resipi di bawah ini boleh dicuba. Walaupun hanya menggunakan ikan sardin, keli, telur dan sayur-sayur kampung, anda masih boleh hasilkan lauk pauk yang hebat dan enak. Jom cuba!

1. SAMBAL KERING IKAN SARDIN

Koleksi Resipi Bajet Yang Boleh Masak Dengan Kos Bawah RM15.

BAHAN-BAHAN

  • 500gm ikan sardin segar – bersihkan dan potong dua
  • 15 tangkai cili kering – kisar
  • 5 ulas bawang merah – kisar
  • 4 ulas bawang putih – kisar
  • 1 batang serai – kisar
  • 1 biji bawang besar hiris
  • Sedikit air asam Jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
  3. Keluarkan sedikit minyak, tumis pula bahan kisar.
  4. Masukkan gula, garam dan hirisan bawang besar.
  5. Bila sambal menjadi garing dan kehitaman, masukkan ikan.
  6. Tutup api dan gaul rata dan sekata rasa.
  7. Angkat dan hidangkan.

INFO CHEF: Selain ikan sardin boleh juga guna ikan lain yang saiznya kecil.

 

2. IKAN KELI BERLADO

Ads

Koleksi Resipi Bajet Yang Boleh Masak Dengan Kos Bawah RM15.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ikan keli – lumur dengan garam dan kunyit
  • 30gm cili api merah
  • 200gm cili merah
  • 100gm bawang besar
  • 2cm belacan
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan keli yang telah dilumur dengan garam dan kunyit hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar kasar cili api, cili merah, bawang besar dan belacan. Ketepikan.
  3. Untuk membuat sambal; menggunakan minyak yang sama tadi, tumis bahan kisar bersama asam keping hingga garing dan terbit bau.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tumis sehingga bahan tumisan masak sepenuhnya.
  5. Tuangkan sambal ke atas ikan yang telah digoreng.
  6. Sedia dinikmati.

INFO CHEF: Boleh tambah kuantiti cili padi jika mahu lebih pedas.

 

3. KURMA TELUR

Koleksi Resipi Bajet Yang Boleh Masak Dengan Kos Bawah RM15.

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur- rebus & kupas kulit
  • 150gm rempah kurma – bancuh dengan air
  • 1 labu bawang besar – belah 6
  • 1 biji cili merah – belah dua
  • 1 biji kentang – belah 4
  • 500ml santan
  • 3 ulas bawang merah – kisar
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis dan bawang yang telah dikisar tadi. Biarkan ia garing seketika.
  2. Masukkan pes rempah kurma bersama kentang, kacau sebati.
  3. Masukkan santan dan biarkan ia mereneh hingga kentang empuk.
  4. Kemudian masukkan hirisan cili merah, bawang yang telah dibelah, kacau dan biar mendidih seketika.
  5. Masukkan telur, kacau seketika dan tutup api.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

4. KARI TELUR

Koleksi Resipi Bajet Yang Boleh Masak Dengan Kos Bawah RM15.

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 5 biji telur – rebus
  • 150gm rempah kari – bancuh dengan air
  • 5 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah – kisar
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • 2 biji terung bulat – belah empat
  • 1 tangkai daun kari
  • 375gm santan
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bawang putih dan bawang merah kisar bersama daun kari. Biar hingga naik bau.
  2. Masukkan pes rempah kari dan kacau hingga sekata.
  3. Masukkan terung dan masak hingga terung layu.
  4. Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  5. Masukkan  telur dan biarkan mendidih.
  6. Tutup api dan sedia dinikmati.

 

5. PUCUK UBI GORENG IKAN BILIS

Koleksi Resipi Bajet Yang Boleh Masak Dengan Kos Bawah RM15.

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm pucuk ubi kayu rebus
  • 150 gm ikan bilis – kisar kasar
  • 7 ulas bawang merah – kisar kasar
  • 4 ulas bawang putih – kisar kasar
  • 10-15 tangkai cili padi – kisar kasar
  • Garam dan gula secukupnya
  • 150ml minyak masak

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan pucuk ubi, gaul rata di atas api sederhana.
  3. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Kecilkan api dan terus kacau sehingga pucuk ubi agak kering.
  5. Setelah cukup rasa angkat dan hidangkan.

INFO CHEF: Untuk lebih rasa bilis boleh tambah lebih ikan bilis.

 

6. PERIA TUMIS IKAN BILIS

Koleksi Resipi Bajet Yang Boleh Masak Dengan Kos Bawah RM15.

BAHAN-BAHAN:

  • 4-5 biji peria katak – hiris nipis.
  • 150gm ikan bilis – kopek
  • 150ml santan pekat
  • 4 ulas bawang merah – kisar
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • 10 tangkai cili padi – kisar
  • 1 sm kunyit hidup – kisar
  • Sedikit air asam Jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Ramas peria bersama garam kasar dan sedikit cuka makan. Cuci dan tos.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan  peria, kacau rata.
  4. Akhir sekali masukkan santan pekat, garam gula dan air  asam secukupnya.
  5. Kecilkan api kacau rata sehingga timbul minyak.
  6. Angkat dan hidang.

INFO CHEF: Tujuan peria diramas dengan garam dan cuka adalah untuk mengurangkan rasa pahit.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI