Donut memang sedap lebih-lebih lagi jika ianya gebu dan seakan cair di mulut. Fuhhh..Sekeping je tak cukup. Kalau buat kuih ni banyak-banyak, boleh je simpan sejukbeku. Anda nak cuba buat sendiri untuk hidangan suami dan anak-anak? Boleh cuba resipi di bawah ini.
1. DONUT BAKAR ( DONUT MILKY GEBU)
BAHAN-BAHAN:
- 500g tepung high protein
- 1 pek mauripan (11g)
- 3 sudu besar susu tepung
- 3 sudu besar gula castor
- 50gm marjerin (suhu bilik)
- 200ml susu segar (boleh gantikan dgn air suam)
- 50ml whipping cream
- 1 sudu besar shortening (saya guna k-fine)
- 1 sudu teh garam halus
- 1 biji telur
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan ke dalam mixer. Adun sebati sehingga doh licin. Masa terpulang pada kekuatan mixer masing-masing. ( Saya mix selama 20 minit dengan kelajuan rendah ke sederhana).
- Rehatkan doh selama 15 minit. Bila doh dah kembang, tumbuk-tumbuk buangkan angin. Uli sedikit. Kemudian tekap doh menggunakan acuan donut.
- Rehatkan doh yang telah ditekap sehingga naik 2 kali ganda. Jangan terlalu kembang.
- Panaskan oven dan bakar donut pd suhu 170C selama 7 min. (Kaedah ni sama mcm nak buat donut frozen) untuk matikan yis dan untuk mendapatkan permukaan donut yang licin.
- Akhir sekali goreng donut dengan minyak yang panas dan api perlahan. Terbalikkan donut 2 kali sahaja untuk dapatkan lingkaran putih keliling donut.
- Untuk topping, boleh salut dengan gula + susu tepung ATAU topping ala big apple.
Bahan Coklat Ganache:
- 1 cawan whipping cream
- 230gm choclate berlys @ apa-apa coklat masakan
- 1 sudu makan mentega
CARA-CARA:
- Panaskan whipping cream hingga berasap naik mcm wap-wap
- Kemudian masukkan coklat yang telah dipotong halus. Kalau pakai jenis ‘coins’ lagi Kacau sebati sehingga larut. Kemudian masukkan mentega. Kacau sebati. Padamkan api.
- Untuk hiasan, terpulang nak tabur coklat chips, kekacang atau manik-manik ikut citarasa memasing.
Kredit resipi & gambar: Sharifah Norshida Al Sagoff
2. DONUT LABU GEBU
BAHAN A:
- 500gm tepung gandum cap BUNGA ROSE
- 50gm gula halus ( bole lebihkan jika nak manis + labu pun dah manis)
- 20gm susu tepung
- 1/2 sudu besar baking powder
- 10gm instant yis
>>( Campurkan 1/2 cawan air suam + 1 sudu besar gula dan instant yis. Sebatikan sehingga yis aktif dan berbuih)
BAHAN B:
- 2 biji kuning telur
- 3gm Ovallate
- 2 sudu besar susu pekat
- 1/2 cawan labu yg dikukus Dan dilenyek sehingga halus biarkan sejuk.
- 150gm air sejuk dari peti ais.
>> Isi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg lembut . Jangan isi air sekali gus nanti doh terlalu lembik. Bila doh tak melekat ditangan berhenti isi air. ( saya GUNA MIXER. KALAU ULI DGN TANGAN GUNA AIR SUAM )
BAHAN C:
- 50gm shortening / marjerin
- 5gm CREAM SUPER ( yg tak ADA boleh abaikan )
BAHAN D:
- 5gm garam
CARA MEMASAK:
- Gaul rata bahan A hingga sebati.
- Masukkan bahan B + air sikit demi sedikit. Jangan isi sekali gus nanti doh lembik. Bila dah menjadi doh, berhenti isi air.
- Masukkan bahan C dan adun rata. Masukkan juga bahan D dan gaul sebati .
- Uli sampai doh menjadi licin dan elastik. ( saya guna mixer dalam 30 minit lebih kurang)
- Matikan mixer dan uli dengan tangan selama 3 minit. Tak perlu perap .
- Timbang doh 40gm setiap satu dan bulatkan sehingga habis adunan. ( uli sikit sehingga permukaan doh licin )
- Tutup adunan dengan kain selama 15 minit.
- Selepas 15 minit, tekan doh dan leperkan sedikit dengan tapak tangan. Pastikan tapak tangan disapu dengan sedikit tepung gandum.
- Lubangkan adunan donut dengan NOZZLE atau penutup botol dan tutup dengan kain sehingga doh naik 2 kali ganda (lebih kurang 30 minit.)
- Panaskan minyak dan goreng donut dengan api perlahan. Angkat dan toskan.
Kredit resipi & gambar: Anita Daniels
3. DONUT ALA BIG APPLE
BAHAN-BAHAN:
- 800gm tepung roti
- 200gm tepung gandum
- 20gm garam
- 120gm gula halus
- 20gm yis
- 2 biji telur
- 2 sudu besar susu pekat
- 480ml air + ais ketul
- 15gm improver
- 80gm marjerin
- 70gm shortening
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan kering kecuali garam dan putar sederhana.
- Kemudian masukkan telur berselang seli dengan susu dan air.
- Apabila dah jadi doh masukkan garam, shortening dan marjerin. Putar doh hingga licin selama 25 minit.
- Rehat 5 minit.
- Timbang doh 45gm, bulatkan doh dan rehatkan doh sekali ganda naik kemudian tekan lubang di tengah. Goreng dgn api sederhana. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihias.
TOPPING:
- 300gm Milk coklat beryls @ white choc beryls
- 2 sudu Cocoa butter @ shortening @ marjerin
CARA-CARA:
- Cairkan coklat dan masukkan butter ikut kepekatan yang kita nak. Boleh hiaskan ikut kreativiti masing-masing.
Kredit resipi & gambar: Nurul Ashila Ahmad Sobri
4. DONUT TANPA TELUR
Bahan A:
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 paket yis
- 1 cawan air suam
Bahan B:
- 4 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar marjerin
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil tepung penaik (baking powder)
Cara-cara:
- Satukan bahan A, dan tinggalkan biar kembang dan buih naik lebih kurang 10 minit.
- Satukan bahan B, ramaskan sampai jadi macam serbuk roti.
- Masukkan bahan A ke dalam adunan B, gaul dengan tangan sampai menjadi satu doh besar.
- Tutup bekas tersebut dengan kain lembab, dan biarkan selama 45 minit hingga sejam.
- Setelah direhatkan, tumbuk doh bagi keluar angin. Kemudian mula la mencanai ikut bentuk yang anda suka.
- Biarkan seketika supaya kembang sedikit dalam 10-20 minit.
- Sedia untuk digoreng ke dalam minyak yang banyak dan api yang sederhana. Goreng dan balik-balikkan sehingga bertukar warna keemasan (or kehitaman? Hehehe).
- Salutkan donut dengan gula halus / serbuk cinnamon / coklat / topping yang anda gemari, atau lubangkan bahagian dalam donut dan paipkan filling kegemaran anda
Kredit resipi & foto: ‘Aishah Jauhara
5. DONUT PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 15 helai daun pandan – kisar dengan 2 cawan air suam. Tapis dan ketepikan
BAHAN BANCUHAN MAURIPAN:
- 1 cawan air kisaran pandan diatas
- 2 sudu makan gula
* Kacau bagi gula larut. - Masukkan 1 paket mauripan – biar berbuih naik
(Masa ni pastikan air kisaran pandan tu suam ya,kalau tidak mauripan tak naik/berbuih banyak)
BAHAN TEPUNG:
- 500gm tepung gandum
- 2 sudu makan marjerin
- 2 sudu makan susu pekat manis
- 2 sudu makan minyak masak
- 1/2 sudu makan Shortening
- Garam secubit
(Gaul semua bahan supaya sebati)
CARA MEMASAK:
- Masukkan bancuhan mauripan ke dalam adunan tepung.
- Uli doh dan masukkan baki air daun pandan sikit demi sikit.
- Kalau doh lembik masukkan tepung sikit. Kalau doh keras masukkan air lagi.
(Masa ni kena agak-agak. Kalau doh lembut dan tak melekit di tangan ok dah jadi.) - Perap doh 1 jam. Tumbuk-tumbuk dulu bagi keluar angin.
- Lepas tu bulat-bulatkan doh. Susun dalam dulang yang ditabur tepung. Biar 15 minit.
- Tekan doh bagi leper dan buatkan lubang di tengah guna penutup botol.
- Biar doh naik lagi dalam 15 – 20 minit. Sedia digoreng. Salut gula sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nada Ishak
Tercari-cari AIR FRYER yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Pasti puas hati.
Nak lebih banyak resipi KUIH MUIH mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI