Di musim panas begini, memang sedap kalau dapat berbuka dengan jus buahsejuk yang enak. Ada pelbagai resipi jus yang boleh dihasilkan sendiri secara homemade tanpa mengeluarkan kos yang mahal. Menerusi perkongsian Kak Wan dari blog Resipi Citarasawan, beliau kongsikan aneka resipi jusbuah enak yang mudah dan sedap yang boleh anda buat sepanjang bulan Ramadan ni. Selamat mencuba!
1. JUS JAMBU BANDUNG
BAHAN-BAHAN:
3 biji jambu batu pink ( pink guava)
3 sudu makan sirap gula
1 cawan air mineral
1 sudu makan jus limau nipis
Ketulan ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN: 1. Kisar jambu menggunakan slow juicer. 2. Masukkan ke dalam jug bersama sirap gula, air mineral dan jus limau nipis. 3. Tambah ais dan sedia untuk dinikmati.
2. JUS TEMBIKAI
Ads
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji tembikai tanpa biji
1 cawan air mineral
Gula – jika suka
Sedikit perahan jus limau nipis
Ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN: 1. Kisar tembikai, air dan gula hingga halus. Tuang ke dalam jug. 2. Tambahkan ais secukupnya dan perahan jus limau nipis. 3. Kacau dan sedia untuk dinikmati.
3. JUS MARKISA
BAHAN-BAHAN:
8 biji buah markisa
1/2 liter air mineral /ejuk
Sirap gula pekat secukupnya
Ketulan ais secukupnya
Daun pudina
Sirap gula: Masak 100gm gula pasir, 50ml air, 2 sudu makan jus limau kasturi dan sedikit pewarna hijau. Biar sejuk.
CARA PENYEDIAAN: 1. Belah buah markisa, korek keluar isinya. Campurkan air dan kacau hingga jusnya keluar. Tak perlu kisar atau tapis. 2. Masukkan sirap gula dan ketulan ais ke dalam gelas. Tuang jus markisa. 3. Masukkan daun pudina jika suka. Sedia untuk dinikmati.
4. JUS SODA HERBS
BAHAN-BAHAN:
1 botol besar air aiskrim soda
1 tin lainci – ambil buah sahaja
1 batang serai – titik sedikit
Beberapa tangkai daun pudina
1 biji lemon – hiris nipis
5 biji asam boi putih
Ketulan ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN: 1. Masukkan daun pudina, hirisan lemon, asam boi dan laici ke dalam jug. 2. Tuang air soda secukupnya diikuti ais. 3. Akhir sekali masukkan serai yang dititik. Sedia untuk dinikmati. Jika nak rasa lebih sedap, biarkan jus selama beberapa jam supaya rasa pudina dan serai bersatu.
5. MELON SODA SANGRIA
Ads
BAHAN-BAHAN:
Tembikai, cantaloupe & honeydew secukupnya
1 liter air soda sejuk
3 sudu makan madu
3 sudu makan jus limau nipis
2 biji limau nipis – potong bulat
Daun pudina secukupnya
Kiub ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Scoop buah tembikai, cantaloupe dan honeydew menjadi bebola kecil. 2. Atur buah ke dalam bekas plastik. Bekukan hingga keras. Jarakkan susunan buah supaya ia tidak melekat apabila beku. 3. Dalam jus besar, masukkan air soda sejuk, jus limau nipis dan madu. Kacau rata. 4. Masukkan ketulan buah tembikai beku, cantaloupe, honeydew, daun pudina dan hirisan limau nipis. 5. Tambahkan ais secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.
6. JUS CARROT SUSU
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 batang lobak merah
1 gelas air sejuk dari peti sejuk
2-3 sudu makan susu pekat manis
Ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN: 1. Kisar lobak merah bersama air sejuk hingga halus. Tapis. Jika menggunakan slow juicer tidak perlu tapis. 2. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan susu pekat manis. Kacau dan tambah ais secukupnya. 3. Sedia untuk dinikmati.
7. JUS EPAL ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
2 biji epal hijau
1 gelas air
Sirap gula secukupnnya
5 biji asam boi putih
Ketulan ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN: 1. Bersihkan epal, buang biji dan potong kecil. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus. Tapis. 2. Kemudian masukkan sirap gula, ais dan asam boi ke dalam gelas. Tuang jus epal. 3. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.
Sekarang, ada pelbagai jenis air dan jus yang boleh dibeli secara online atau di bazar Ramadan. Tapi harganya pun boleh tahan. Apa kata puasa kali ini korang cuba buat sendiri empat jenis air ni. Bahan mudah dan cara membuatnya juga senang. Dah tentu-tentunya anda semua boleh jimat dan puas hati berbanding membelinya.
AIR PELANGI BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar 800ml air 100gm gula pasir | boleh tambah atau kurang ikut kesesuaian rasa Pewarna merah, kuning dan hijau 100gm nata de coco Sirup coco pandan | boleh guna air gula biasa Selasih secukupnya |rendam Ais secukupnya
CARA MEMBUAT:
Masak agar-agar, gula dan air hingga mendidih.
Bagi menjadi 3 bagian kemudian beri pewarna merah, hijau dan kuning.
Setelah sejuk potong kecil agar-agar.
Cara menghidangkannya, masukkan agar berselang seli dengan nata de coco, siram dengan sirup gula.
Akhir selaki masukkan biji selasih dan ais secukupnya.
Air sedia dihidangkan.
Oleh : murlinafitri
WATERMELON LIMEADE BAHAN-BAHAN: 750gm tembikai | potong kecil 60gm air limau nipis 3 sudu makan gula | boleh tambah atau kurang Beberapa hirisan limau nipis Ais secukupnya
CARA MEMBUAT: 1. Campur air limau nipis dan gula. kacau rata.
2. Blender tembikai dengan air secukupnya, kemudian tapis jusnya. 3. Campurkan jus tembikai dengan campuran air gula. 4. Kacau rata dan tuang dalam gelas dan tambah ais. 5. Hias dengan hirisan limau nipis. By @jescookingdiary
Air halba ni dipercayai banyak khasiatnya untuk kesihatan kecantikan tubuh badan. Buatnya mudah aje hanya biji halba dan air. Anda boleh juga menambah halia, serai dan lemon juga jika suka.
Cara nak buatnya, hah senang aje, jom ikut resipi yang dikongsikan Farisha Sofea ini. Sebelum tu ketahui antara khasiat air halba ini. Pun begitu bergantung juga dengan keserasian masing-masing. Mungkin ada yang tak kenal biji halba ni, ramuan ini digunakan untuk memasak Nasi Dagang.
Sebelum tu jom ketahui,di antara khasiat air halba , ia dipercayai mempunyai banyak kebaikannya untuk tubuh badan yang sihat dan cantik:
CARA MEMBUAT: 1. Rebus halba , halia dan serai bersama 3 cawan air sehingga mendidih . 2. Biar seketika sehingga sedikit suam . 3. Kemudian tapiskan dan perahkan 1/2 biji lemon . 4 Kacau sebati. 5. Siap sedia untuk diminum
CARA MEMBUAT : 1. Rebuskan halba bersama 1 cawan air sehingga mendidih . 2. Tapiskan . 3. Biarkan seketika sehingga sedikit suam , barulah diminum . 4. Boleh juga ditambahkan madu atau pun lemon jika suka . 5. Dah boleh minum
Ha, ini dinamakan minum bukan sebarang minum. Tapi minum untuk menjaga kesihatan tubuh. Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat, Platinum Holistic Wellness Centre, Norazizah Ruslan memberikan resipi minuman kesihatan yang mudah disediakan.
Menurutnya, minuman sihat ini bukan sekadar menghilangkan dahaga tapi juga berkhasiat. Malah tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan, pengawet dan perasa tiruan. Minuman ini diperkaya dengan herba.
TEH MASALA
BAHAN-BAHAN
500 ml air
1 helai daun pandan (disimpul)
1 ketul halia sebesar ibu jari kaki
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
5 uncang teh
2 susu besar gula perang
1/2 cawan susu segar
CARA MEMBUAT
1. Rebus air bersama daun pandan, halia, pelaga, bunga cengkih dan lada hitam sehingga betul-betul mendidih.
2. Tutup api dan masukkan uncang teh. Biar terseduh 10 minit.
3. Buangkan daun pandan dan uncang teh.
4. Masukkan susu dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
5. Sedia diminum.
KHASIATNYA: Bantu buang angin dalam badan, lancarkan darah dan mengeluarkan peluh.
TEH HIJAU CHIA SEED
BAHAN-BAHAN
1 sudu teh chia seed
500 mls air
1/2 cawan kismis
1 uncang teh hijau
100 mls air sejuk.
CARA MEMBUAT
1. Rendam chia seed dalam air sejuk hingga kembang. Ketepikan.
2. Masukkan air dan kismis dalam periuk. Rebus sehingga air tinggal separuh. Matikan api.
3. Rendam teh hijau dalam air rebusan tadi sehingga kembang.
4. Buang uncang teh dan satukan dalam campuran chia seed.
5. Boleh hidang suam atau sejuk.
KHASIATNYA: Bantu masalah sembelit, lancarkan buang air besar dan kesan antioksidan.
CENDOL ALOE VERA
BAHAN-BAHAN
1 pelepah aloe vera
1 helai daun pandan (disimpul)
4 helai daun pandan (diperah jusnya)
1/2 cawan gula melaka (dimasak dengan 1 cawan air)
3 cawan santan
Kiub ais secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Aloe vera dibuang kulit. Dipotong kecil-kecil dan direbus dengan daun pandan sehingga lembut.
2. Toskan dan direndam dengan air perahan daun pandan. Ketepikan.
3. Satukan isi aloe vera, air gula melaka, santan dan ais.
4. Sedia untuk dihidangkan.
KHASIATNYA: Bantu membersihkan usus dengan lembut. Santan adalah lemak yang baik.