Di musim panas begini, memang sedap kalau dapat berbuka dengan  jus buah sejuk yang enak. Ada pelbagai resipi jus yang boleh dihasilkan sendiri secara homemade tanpa mengeluarkan kos yang mahal. Menerusi perkongsian Kak Wan dari blog Resipi Citarasawan, beliau kongsikan aneka resipi jus buah enak yang mudah dan sedap yang boleh anda buat sepanjang bulan Ramadan ni. Selamat mencuba!

 

1. JUS JAMBU BANDUNG

Koleksi Resipi Jus Buah Homemade Sedap Penyejuk Badan
BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji jambu batu pink ( pink guava)
  • 3 sudu makan sirap gula
  • 1 cawan air mineral
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • Ketulan ais secukupnya

CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar jambu menggunakan slow juicer.
2. Masukkan ke dalam jug bersama sirap gula, air mineral dan jus limau nipis.
3. Tambah ais dan sedia untuk dinikmati.

 

2. JUS TEMBIKAI

Koleksi Resipi Jus Buah Homemade Sedap Penyejuk Badan
BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 biji tembikai tanpa biji
  • 1 cawan air mineral
  • Gula – jika suka
  • Sedikit perahan jus limau nipis
  • Ais secukupnya

CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar tembikai, air dan gula hingga halus. Tuang ke dalam jug.
2. Tambahkan ais secukupnya dan perahan jus limau nipis.
3. Kacau dan sedia untuk dinikmati.

 

IKLAN

3. JUS MARKISA

Koleksi Resipi Jus Buah Homemade Sedap Penyejuk Badan
BAHAN-BAHAN:

  • 8 biji buah markisa
  • 1/2 liter air mineral /ejuk
  • Sirap gula pekat secukupnya
  • Ketulan ais secukupnya
  • Daun pudina

Sirap gula: Masak 100gm gula pasir, 50ml air, 2 sudu makan jus limau kasturi dan sedikit pewarna hijau. Biar sejuk.

CARA PENYEDIAAN:
1. Belah buah markisa, korek keluar isinya. Campurkan air dan kacau hingga jusnya keluar. Tak perlu kisar atau tapis.
2. Masukkan sirap gula dan ketulan ais ke dalam gelas. Tuang jus markisa.
3. Masukkan daun pudina jika suka. Sedia untuk dinikmati.

 

4. JUS SODA HERBS

Koleksi Resipi Jus Buah Homemade Sedap Penyejuk Badan
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1 botol besar air aiskrim soda
  • 1 tin lainci – ambil buah sahaja
  • 1 batang serai – titik sedikit
  • Beberapa tangkai daun pudina
  • 1 biji lemon – hiris nipis
  • 5 biji asam boi putih
  • Ketulan ais secukupnya

CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan daun pudina, hirisan lemon, asam boi dan laici ke dalam jug.
2. Tuang air soda secukupnya diikuti ais.
3. Akhir sekali masukkan serai yang dititik. Sedia untuk dinikmati. Jika nak rasa lebih sedap, biarkan jus selama beberapa jam supaya rasa pudina dan serai bersatu.

 

5. MELON SODA SANGRIA

Koleksi Resipi Jus Buah Homemade Sedap Penyejuk Badan
BAHAN-BAHAN:

  • Tembikai, cantaloupe & honeydew secukupnya
  • 1 liter air soda sejuk
  • 3 sudu makan madu
  • 3 sudu makan jus limau nipis
  • 2 biji limau nipis – potong bulat
  • Daun pudina secukupnya
  • Kiub ais secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

1. Scoop buah tembikai, cantaloupe dan honeydew menjadi bebola kecil.
2. Atur buah ke dalam bekas plastik. Bekukan hingga keras. Jarakkan susunan buah supaya ia tidak melekat apabila beku.
3. Dalam jus besar, masukkan air soda sejuk, jus limau nipis dan madu. Kacau rata.
4. Masukkan ketulan buah tembikai beku, cantaloupe, honeydew, daun pudina dan hirisan limau nipis.
5. Tambahkan ais secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.

IKLAN

 

6. JUS CARROT SUSU

Koleksi Resipi Jus Buah Homemade Sedap Penyejuk Badan
BAHAN-BAHAN:

  • 1 batang lobak merah
  • 1 gelas air sejuk dari peti sejuk
  • 2-3 sudu makan susu pekat manis
  • Ais secukupnya

CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar lobak merah bersama air sejuk hingga halus. Tapis. Jika menggunakan slow juicer tidak perlu tapis.
2. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan susu pekat manis. Kacau dan tambah ais secukupnya.
3. Sedia untuk dinikmati.

 

7. JUS EPAL ASAM BOI

Koleksi Resipi Jus Buah Homemade Sedap Penyejuk Badan
BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji epal hijau
  • 1 gelas air
  • Sirap gula secukupnnya
  • 5 biji asam boi putih
  • Ketulan ais secukupnya

CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan epal, buang biji dan potong kecil. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus. Tapis.
2. Kemudian masukkan sirap gula, ais dan asam boi ke dalam gelas. Tuang jus epal.
3. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: FB Kak Wan & Blog Resipi Citarasawan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI