Hidangan aneka kek pelbagai rasa dan rupa pastinya mengujakan tetamu yang datang beraya. Mana tidaknya, semua yang dihidang kelihatan sedap dan memikat selera. Selain lauk daging, pastikan hidangan tidak dilupa di pagi Aidiladha nanti. Lebih istimewa, resipi-resipi kek ini adalah perkongsian blogger tersohor; Malina Lina Pg.

Koleksi Resipi Kek Mudah, Sedap & Tahan Lama Untuk Tetamu Yang Datang Beraya.
Puan Malina Lina Pg & suami.

Resipi yang dikongsi memang mudah, ringkas dan tentunya menyerikan lagi hari raya  anda. Selamat mencuba!

 

1. BLENDED ORANGE CUPCAKES

Koleksi Resipi Kek Mudah, Sedap & Tahan Lama Untuk Tetamu Yang Datang Beraya.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred B
  • 2 cawan tepung gandum (*)
  • 1 sudu makan baking powder (*)
  • 1-2 titik pes lemon

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan bertanda (*) dan ayak bersama. Ketepikan.
  2. Cuci buah limau, belah dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi menjadi kepingan kecil bersama kulitnya sekali.
  3. Masukkan potongan limau ke dalam pengisar bersama minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus dan tambah sedikit pes lemon.
  4. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  5. Tuangkan ke dalam soufflé cup atau loyang yang telah dialas. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit atau sehingga masak. Suhu dan masa berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.

 

2. CARAMEL CHEESECAKE

Koleksi Resipi Kek Mudah, Sedap & Tahan Lama Untuk Tetamu Yang Datang Beraya.

BAHAN A (GULA HANGUS):

  • 4 sudu makan gula kastor

BAHAN B (PUDING KARAMEL):

  • 6 biji kuning telur
  • 200gm susu cair 
  • 70gm air
  • 1 sudu teh esen vanilla

BAHAN C :

  • 4 biji putih telur
  • 50gm gula kastor
  • 1/4 sudu teh cream of tartar

BAHAN D:

  • 500gm krim keju
  • 150gm gula kastor
  • 40gm mentega
  • 4 biji kuning telur

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Masak gula dari bahan A dalam loyang 8 inci hingga keperang-perangan. Ketepikan.
  2. Satukan bahan B dan gaul hingga sebati. Tuang sambil dinapis ke dalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.
  3. Kemudian, pukul bahan C hingga pekat dan bertanduk.
  4. Pukul bahan D kecuali kuning telur hingga lembut dan licin. Masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan adunan putih telur (bahan C) yang dipukul ke dalam adunan keju (bahan D) tadi. Pukul sebati selama 1 min. LiNa Pg guna kaedah kaub balik dengan spatula sahaja.
  6. Bakar guna teknik water bath selama 1 1/2 jam pada suhu 150C .Bila kek masak, rehatkan selama 1/2 jam baru terbalikkan.
  7. Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam baru dihidangkan. Kek sedap dimakan sejuk.

 

3. KEK MENTEGA

Koleksi Resipi Kek Mudah, Sedap & Tahan Lama Untuk Tetamu Yang Datang Beraya.

BAHAN-BAHAN:

  • 227gm mentega tulen (pure butter)
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan gula kastor
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cawan susu segar/susu cair

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 150C selama 15 minit.
  2. Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan adunan kelihatan pucat.
  3. Kemudian tambah telur sebiji demi sebiji hingga habis.Telur terakhir pukul selama 4 minit. Masukkan esen vanilla.
  4. Masukkan tepung selang seli dengan susu segar.Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dioles dengan mentega atau dialas dengan kertas minyak.
  6. Bakar suhu 150C selama 40 minit sehingga kek masak. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar masing-masing.

 

4. KEK GULA HANGUS

Koleksi Resipi Kek Mudah, Sedap & Tahan Lama Untuk Tetamu Yang Datang Beraya.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur gred A
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan mentega  
  • 1/2 cawan susu pekat manis

CARA MEMASAK:

  1. Masak gula dalam periuk hingga cair kemudian masukan 1 cawan air pelahan-lahan. Kacau hingga gula cair. Masukkan mentega. Sejukkan sebentar.
  2. Satukan tepung gandum, soda bikarbonate dan baking powder. Ayak & ketepikan.
  3. Pukul telur menggunakan pemukul tangan. Kemudian masukkan susu ke dalam telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan nampak pekat.
  4. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Kemudian tuang gula hangus ke dalam adunan tepung. Kacau rata.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8×8 yang telah digris terlebih dahulu. Tekstur adunan memang cair.
  6. Rehatkan adunan selama 10-15 minit supaya soda bikarbonat bertindak balas. Sementara itu boleh panaskan ketuhar pada suhu 150C selama 10 minit.
  7. Bakar kek menggunakan api bawah selama 30 minit dan selebihnya guna api atas bawah sehingga kek betul-betul masak. (LiNa Pg bakar selama 40 minit)

 

5. MUFFIN COKLAT CHIPS MUDAH

Koleksi Resipi Kek Mudah, Sedap & Tahan Lama Untuk Tetamu Yang Datang Beraya.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 3/4  cawan tepung gandum
  • 1/4  cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan susu segar /susu cair
  • 1 biji telur | pukul sikit
  • 1/3 cawan minyak atau mentega yang dicairkan
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Cip coklat secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan garam. Ayak dan ketepikan. Gaulkan dengan gula.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telur, esen vanilla dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi, kacau rata. Guna pemukul tangan sahaja. Masukkan cip coklat. Gaul rata. (simpan sedikit cip coklat untuk tabur atas muffin)
  4. Sudukan aduanan ke dalam cawan muffin dan taburkan sedikit coklat cip di atasnya.
  5. Bakar suhu 159C selama 20 minit atau hingga masak (suhu bergantung kepada ketuhar masing-masing.)

 

6. KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE

Koleksi Resipi Kek Mudah, Sedap & Tahan Lama Untuk Tetamu Yang Datang Beraya.

BAHAN A:

  • 250gm krim keju
  • 60gm gula halus
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu makan air
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 1 sudu makan tepung gandum

CARA-CARA:

  1. Pukul krim keju bersama gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dengan air, jus lemon dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati. Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK):

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit garam
  • 1/2 cawan air panas didih
  • 1/2 cawan susu segar/susu cair
  • 1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/2 sudu kecil baking powder

CARA-CARA:

  1. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan serbuk koko. Ketepikan.
  2. Pukul telur di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang. Setelah kembang masukkan esen vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas, susu dan minyak.
  4. Kemudian masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi. Gaul sebati.
  5. Bahagikan pada dua bahagian. Biarkan sebentar.

CARA MEMASAK

  1. Sapukan sedikit minyak atau mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
  2. Tuang separuh adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  3. Buka aluminium foil dan tuang adunan krim keju diatasnya. Tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  4. Kemudian tuang separuh lagi adunan coklat, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit hingga kek benar-benar masak.
  5. Setelah kek betul-betul sejuk, boleh potong dan hidangkan.

 

7. KEK KASTAD PANDAN

Koleksi Resipi Kek Mudah, Sedap & Tahan Lama Untuk Tetamu Yang Datang Beraya.

BAHAN-BAHAN (SAIZ 9 INCI ):

  • 1 biji kek span pandan | resepi dibawah

BAHAN (A):

Ads
  • 180gm gula kastor
  • 500ml air daun pandan
  • 10gm serbuk agar-agar

BAHAN (B):

  • 400ml santan pekat
  • 100gm tepung hoen kwee hijau
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • Secubit garam
  • Hiasan – 1 cawan kelapa kering (jika suka)

CARA MEMASAK:

  1. Kek span dibahagikan kepada 2 bahagian. Ketepikan.
  2. Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Kacau hingga gula hancur.
  3. Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. Masukkan adunan ini ke dalam adunan (A).
  4. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. Sediakan acuan bulat atau petak. Guna jenis loose tin atau ikut bentuk kek span.
  6. Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. Tuangkan 1/3 adunan kastad ke atas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya.
  7. Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad. Hentakkan acuan 3 kali di atas meja supaya kastad padat dibahagian bawah. Biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk.
  8. Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan. Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda.

 

BAHAN KEK SPAN PANDAN:

  • 150gm tepung superfine
  • 150gm gula kastor
  • 5 biji telur A
  • 1 sudu makan ovalette
  • 80ml air daun pandan
  • 80ml minyak / mentega cair
  • 1 sudu teh pes pandan
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Sedikit pewarna hijau

CARA MEMASAK:

  1. Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
  2. Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 1 minit atau sehingga aduan kek benar-benar ringan.
  3. Tuangkan minyak atau mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
  5. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150C.
  6. Bila dah masak, keluarkan dari ketuhar dan telangkupkan atas redai kek selama lebih kurang 5 minit. Ia bertujuan untuk mengelakkan kek mengecut.
  7. Kemudian sisip sekeliling kek dan keluarkan dari loyang.

 

8. KEK MINYAK

Koleksi Resipi Kek Mudah, Sedap & Tahan Lama Untuk Tetamu Yang Datang Beraya.

BAHAN-BAHAN (SAIZ 9 INCI):

  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • ¾ cawan susu pekat
  • 1 sudu makan ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • Perasa nanas / pisang
  • Pewarna pilihan
  • 1 sudu teh esen vanilla

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar suhu 170C.
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.
  3. Oles loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  5. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk menjadikan adunan bergaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan tepung gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Corakkan ikut kreativiti.
  8. Bakar pada suhu 165C selama 50 minit menggunakan api atas bawah.
  9. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

 

9. KEK VELVET KUKUS LAPIS HAWFLAKES

Koleksi Resipi Kek Mudah, Sedap & Tahan Lama Untuk Tetamu Yang Datang Beraya.

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 5 biji telur gred A yang sejuk (dari peti ais)
  • 225gm gula halus
  • 220gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder | diayak bersama tepung gandum
  • 1 sudu makan ovalette
  • 150ml susu cair
  • 1/2 sudu teh garam
  • 100ml minyak jagung/masak
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Pewarna merah, kuning dan hijau secukupnya
  • Hawflakes/asam manis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih. Loyang disapu minyak dan dialas dengan baking paper. Ketepikan.
  2. Ayak tepung dan baking powder. Kemudian campur kesemua bahan- bahan di dalam mangkuk pengadun kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
  3. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan gaul dengn senduk atau spatula hingga sebati.
  4. Bahagikan adunan kek kepada 6 bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.
  5. Tuangkan adunan yang telah diwarna ke dalam loyang. Ratakan adunan pertama dan susun hawflakes secukupnya dipermukaan.
  6. Kukus selama 5-7 minit dalam kukusan yang telah dipanaskan dulu. Pastikan lapisan kek telah masak, barulah dilapis dengan lapisan seterusnya.
  7. Buat hingga habis lapisan seterusnya, susun hawflakes dan kukus. Untuk lapisan yang akhir, kukus selama 20 minit supaya kek masak keseluruhannya. (Untuk lapisan terakhir LiNa Pg kukus selama 40 minit.)
  8. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian terbalikkan di atas redai kek supaya sejuk.

 

10. SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE (SMECC)

Koleksi Resipi Kek Mudah, Sedap & Tahan Lama Untuk Tetamu Yang Datang Beraya.

BAHAN-BAHAN 🙁 LOYANG SAIZ 6-7 INCI)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko 
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh coffee emulco atau chocolate emulco
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan minyak jagung/mentega cair
  • 1 sudu teh cuka/ jus lemon

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 150C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan lapik dengan baking paper. Jika ingin menggunakan cawan kertas pun boleh.
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar.
  3. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata.
  4. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanilla dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan pemukul tangan. Pastikan adunan tidak berketul.
  5. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus kacau sehingga sebati.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40-50 minit atau hingga masak. Suhu dan waktu memasak mungkin berbeza bergantung kepada ketuhar masing masing.

 

Kredit resipi & foto : Malina Lina Pg

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI