Nama Khairul Aming tidak perlu diperkenalkan lagi. Anak kelahiran Kota Bahru begitu sinonim dengan siri masakan Ramadannya yang viral bertajuk “30 Hari 30 Resepi”.
Dia berkongsi 30 jenis idea resipi sepanjang bulan Ramadan. Hari ini jenama @KhairulAming memperoleh jutaan pengikut merentas semua saluran sosial dan lebih daripada satu juta tontonan untuk kebanyakan video yang disiarkan.
Keperibadiannya yang bersahaja dalam menerangkan cara membuat resipi itu menarik perhatian ramai.
Tidak hairanlah Khairul Aming tercalon dalam kategori Creator of the Year dalam Anugerah Tik Tok Malaysia 2023 yang bakal berlangsung 27 Ogos ini. Tahniah Khairul Aming!
“Pengalaman pahit sepanjang menjadi content creator ialah tahun lepas bila saya kena Covid 19, seminggu sebelum Ramadan, ketika 30 hari 30 Resepi, tahun ke lima. Tak cukup nafas, batuk, tak cukup tidur, minggu pertama Ramadan yang paling penat untuk dilalui,”akuinya.
Bergelar Usahawan
Seperti kebanyakan pempengaruh, Khairul Aming memutuskan untuk turut menggunakan platformnya bagi menjalankan perniagaan.
Kejayaan siri Ramadannya mendorongnya untuk cuba menjual apa yang kini menjadi perencah terkenal dalam masyarakat Melayu tempatan, Sambal Nyet.
Pada Awal 2021, “Sambal Nyet Berapi” mendapat tempat di hati masyarakat yang juga pengikut tegar pempengaruh ini.
“Pada 2017, saya mulakan R&D sambal ini. Kami keep improve dari masa ke semasa kerana dulu kita masak guna kuali kecil sekarang kita masak berkawah-kawah besar di kilang pada setiap hari,”ceritanya.
Di akhir bicara Khairul Aming memberi bayangan ciri-ciri isteri pilihannya jika tidak masak pun tidak mengapa, dia sendiri pun boleh memasak untuk isteri.
Jika anda sedang mencari resipi yang mudah,boleh follow resepi yang dikongsi oleh Khairul Aming.Penyampaian videonya memikat hati, mudah diikuti dan mengikut peredaran masa.Ternyata membuka selera.
Jom kita tengok antara video yang menarik jutaan followers:
KERANG REBUS CICAH SOS THAI https://www.instagram.com/reel/CcE5_fMgBPA/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
KUEY TEOW LADNA https://www.instagram.com/reel/CcuG2MtgrCW/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
FRUIT COCKTAIL SODA https://www.instagram.com/tv/CdBHnxGAMOL/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
KEK BATIK GANACHE https://www.instagram.com/reel/CdAe-SBA7Co/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
SIZZLING MEE FOODCOURT https://www.instagram.com/reel/CcKDTp0g_er/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==
Kredit gambar: Instagram Khairul Aming
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official