Alangkah enaknya menikmati minum petang bersama keluarga tercinta. Aneka hidangan yang ada dijual di pasar malam seperti putu mayam, taufu fa dan apam balik antara pilihan yang harus anda cuba. Boleh je buat sendiri. Tidak sesukar mana dan bahan-bahannya pun senang diperolehi. Pasti anak-anak dan suami anda teruja.
1. APAM BALIK
BAHAN-BAHAN:
Adunan kulit:
150gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbornat
1/2 sudu teh yis kering
1 biji telur
2 sudu makan gula halus
240ml air
Sedikit pewarna pilihan
Bahan Inti:
100gm kacang tanah | digoreng dan dikisar
50gm gula
100gm jagung dalam tin
Sapuan:
Sedikit marjerin
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan untuk kulit apam dan kacau sebati. Perapkan adunan selama tiga hingga lima jam.
Panaskan kuali tidak melekat. Sendukkan adunan dan tuangkan di atas kuali. Ratakan agar kulit apam sama tebal.
Masak menggunakan api perlahan sehingga kulit apam masak sekata. Kemudian sapukan sedikit marjerin di atasnya.
Kemudian taburkan sedikit gula diikuti dengan kacang tanah dan juga jagung krim.
Tutup permukaan kuali selama beberapa minit sehingga kulit apam kelihatan agak perang.
Angkat dan lipat apam tadi. Sedia dihidang.
Kata chef: Elakkan memasak menggunakan api yang besar kerana kulit apam akan hangus dan kurang enak.
2. KEK GULUNG MINI PELANGI
BAHAN-BAHAN:
Ads
200gm tepung gandum
170gm gula halus
60ml santan kotak
6 biji telur
1 sudu makan ovallete
1 sudu teh esen vanila
Sedikit garam
150 ml minyak jagung
Inti:
Jem Blueberi, strawberi atau buttercream secukupnya
CARA MEMASAK:
Sediakan periuk kukusan. Lengserkan loyang bersaiz 8″ x 8″ dengan sedikit marjerin dan alaskan dengan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul telur, ovallete dan gula dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan gebu. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan sederhana.
Masukkan minyak jagung dan santan sedikit demi sedikit. Kaub balikkan adunan dengan menggunakan spatula sehingga betul-betul sebati.
Bahagikan adunan kepada enam bahagian dan warnakan dengan warna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah.
Tuangkan adunan ungu ke dalam loyang dan ratakan. Kukus selama 10 minit.
Kemudian tuang pula adunan biru ke atas adunan ungu tadi dan ratakan. Kukus semula selama 10 minit.
Ulang langkah yang sama untuk adunan selebihnya. Untuk warna yang terakhir, kukus kek selama 15 minit.
Setelah masak, keluarkan kek dan terbalikkan. Potong nipis kek semasa masih panas dan paipkan sedikit inti di tengahnya.
Gulungkan kek dengan kemas dan sedia untuk dinikmati.
Kata chef: Pastikan kek dipotong nipis. Jika tebal, kek akan patah semasa proses menggulung.
3. PUDING CRACKERS
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar
240ml air
2 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu makan susu pekat manis
6 keping biskut crackers
1/2 sudu teh esen vanila
Perwarna hijau, kuning, merah secukupnya
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar, air dan gula menggunakan api sederhana sehingga larut.
Seterusnya kisar biskut, telur, susu cair dan susu pekat manis hingga halus. Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk agar-agar tadi dan kacau hingga sebati.
Masukkan esen vanila. Masak seketika.
Bahagikan adunan yang dimasak tadi dan warnakan mengikut warna pilihan.
Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
Kata chef: Pastikan biskut dikisar dengan halus bagi mendapatkan tekstur agar-agar yang licin.
Ads
4. TAUFU FA SEGERA
BAHAN-BAHAN:
1 liter air soya
1 sudu makan serbuk agar-agar
180ml air
2 sudu teh esen vanila
Bahan Air Gula Melaka:
200gm gula kabung / gula melaka
100gm gula
800ml air
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar bersama air sehingga larut.
Kemudian masukkan air soya. Didihkan seketika dan pastikan adunan dikacau sentiasa.
Tuang adunan agar-agar ke dalam bekas dan sejukkan.
Untuk air gula melaka, masak semua bahan sehingga sebati. Sejukkan.
Untuk menghidang, sudukan Taufu Fa ke dalam mangkuk dan tuangkan air gula melaka dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.
Kata chef: Jika mahukan tekstur taufu fa yang lebih lembut, lebihkan penggunaan air.
Ads
5. PUTU MAYAM BIHUN
BAHAN-BAHAN:
3 keping bihun yang halus
100gm kelapa parut
Gula perang secukupnya
CARA MEMASAK:
Rendam bihun seketika letakkan di dalam periuk kukusan yang telah dialas dengan kain jarang.
Setelah naik wap, kukus bihun sehingga lembut.
Keluarkan dan susun di dalam pinggan hidangan
Nikmatinya bersama kelapa parut dan gula perang.
Kata Chef: Jika mahukan putu mayam yang berwarna warni, tambahkan pewarna semasa proses merendam bihun dan kukus seperti biasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pencuci mulut ini lebih kurang sahaja cara masakannya seperti bubur kacang yang lain. Kelainan bubur kacang merah ini perlu dimasak lama sedikit kerana saiz kacangnya yang lebih besar berbanding kacang hijau. Cara yang terbaik adalah merendam dahulu sehingga kembang sebelum dimasak untuk menjimatkan masa di dapur. Boleh di hidangkan sejuk ataupun panas sesuai citarasa sendiri. Sangat sedap di makan Bersama roti mahupun biskut.
RESEPI BUBUR KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 cawan kacang merah ~ rendam dan toskan – beli online di sini
air secukupnya untuk merebus kacang
1/2 cawan sagu ~ cuci dan toskan ( jika suka boleh kurangkan kalau tak nak pekat ) – beli online di sini
1 buku gula Melaka – beli online di sini
1 cawan gula pasir ~ ikut citarasa – beli online di sini
1 cawan santan – beli online di sini
1 helai daun pandan di simpul
secubit garam BAHAN PATI SANTAN:
1 cawan santan pekat
secubit garam
CARA MEMASAK:
Kacang di rendam hingga kembang paling kurang 4 jam
Cuci bersih dan rebus bersama air secukupnya hingga ia kembang dan kacang pecah
Kemudian masukkan sagoo dan masak lagi hingga sagu masah dan jernih
Dalam periuk lain masak gula Melaka bersama sedikit air hingga gula larut
Kemudian tapis
Tuangkan gula Melaka kedalam periuk rebusan kacang
Masukkan daun pandan dan gula pasir
Masak lagi hingga gula hancur
Tambahkan santan dan perasakan dengan garam agar terbit rasa lenak manisnya
Satu ketika dulu cup cake atau kek cawan begitu viral dan menjadi kegilaan umum kerana comel dan cantik hiasannya. Sebab tu rambang mata bila melihat kreativiti hiasan topping dan pelbagai jenis bentuk dan warna. Sungguh menggoda selera dan memang sesuai sebagai pemanis mulut atau dijadikan sebagai buah tangan bila ziarah sanak saudara mahupun handai taulan.
KEK CAWAN MENTEGA BERKRIM OREN
BAHAN-BAHAN:
6 biji kuning telur
4 biji putih telur
250gm mentega
225 gram gula kastor
BAHAN DIAYAK SEKALI:
250gm tepung naik sendiri
1sudu teh serbuk penaik
Secubit serbuk kulit kayu manis
Secubit garam halus
BAHAN KRIM MENTEGA OREN
250gm shortening
125gm krim Well
125gm gula aising
1 sudu teh perasa oren
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 160 selama 15 minit sebelum membakar kek
Putar mentega sehingga gebu. Masukkan esen vanilla dan gula. Putar lagi sehingga halus.
Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan sebati pada setiap kali telur dimasukkan.
Tuangkan adunan ke dalam bekas kek cawan dan ratakan.
Bakar di dalam ketuhar selama 20 – 35 minit.
Sementara itu sediakan krim mentega oren.
Pukul shortening dan krimwell hingga putih dan kembang
Masukkan gula aising ke dalam adunan dan perasa oren. Pukul sehingga kembang dan putih
Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda. Paip dengan cantik di atas kek cawan tadi
KEK CAWAN VANILLA COKLAT GANACHE
BAHAN-BAHAN:
320gm tepung naik sendiri
17gm soda bikarbonat
3gm garam
120gm mentega
4biji telur putih
305gm susu penuh
11gm mentega
280gm gula halus
1sudu teh esen vanilla
Buah ceri untuk hiasan
BAHAN KRIM MENTEGA:
250gm shortening
125gram krimwell
125 gm gula aising
BAHAN CHOCOLATE GANACHE
20gm krim segar
200gm coklat masak | dipotong dadu kecil
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 15 minit sebelum membakar kek.
Dengan menggunakan mixer atau whisk, pukul mentega bersama gula sehingga warna menjadi kuning pucat.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti vanila esen dan pukul lagi sehingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit, diselang-selikan dengan susu dan kacau hingga adunan sebati.
Sudukan adunan ke dalam cawan kertas anggaran separuh penuh.
Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 10-15 minit, atau sehingga kek kekuningan.
Sementara itu sediakan krim mentega.
Pukul shortening dan krimwell hingga putih dan kembang. Masukkan gula aising ke dalam adunan. Pukul sehingga kembang dan putih
Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda. Paip dengan cantik di atas kek cawan tadi.
Untuk chocolate ganache, Panaskan krim segar, bila kelihatan mahu mendidih tutup api.
Masukkan coklat dan kacau sehingga cair.
Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda.
Paip dengan cantik di atas krim atas kek cawan tadi, kemudian hias di atasnya dengan buah ceri.
Kek cawan sedia dihidangkan.
KEK CAWAN PISANG WALNUT BERKRIM KEJU
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
4 biji putih telur
50gm gula perang
BAHAN B:
4 biji kuning telur
250gm mentega
250gm gula perang
2 cawan krim keju
2 cawan tepung kek
1 cawan walnut | cincang halus
1/2 cawan susu segar
4 sudu besar koko
1 sudu teh pes coklat
1 sudu teh esen vanilla
BAHAN KRIM KEJU
500gm krim keju
250gm mentega
1 3/4 gula aising
1/2 cawan krim putar | dipukul berasingan
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 15 minit sebelum membakar kek.
Putar mentega dengan gula dan esen vanilla hingga kembang dan gebu.
Sambil terus memutar, Masukkan telur satu per satu diikuti dengan susu segar.
Kemudian masukkan koko, pes coklat dan keju. Putar sehingga sebati.
Sambil memutar dengan kelajuan rendah, Masukkan tepung kek sedikit demi sedikit. Kemudian putar dengan kelajuan sederhana hingga adunan sebati.
Masukkan bahan A dan gaul sebati.
Masukkan walnut dan gaul rata.
Tuang adunan ke dalam bekas kek cawan dan ratakan.
Bakar ke dalam ketuhar selama 20 – 30 minit.
Sementara itu sediakan krim keju. Masukkan krim keju bersama mentega di dalam mangkuk pengadun. Putar hingga gebu.
Masukkan gula aising dan adun sehingga gula telah sebati.
Tambahkan krim putar dan adun sehingga sebati.
Masukkan krim keju ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan.
Paipkan di sekeliling permukaan kek cawan dan paipkan karemel di tengah-tengahnya.
Kek cawan sedia dihidangkan.
KEK CAWAN COKLAT MOIST
BAHAN BAHAN:
375gm tepung naik sendiri
150gm serbuk koko
10gmm soda
462ml minyak
350ml air panas
1 tin susu cair
3gm garam
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
BAHAN COKLAT GANACHE
200gm krim segar
200gm coklat masak | potong kecil
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 15 minit sebelum membakar kek.
Dengan menggunakan mixer atau whisk, adunkan tepung, koko gula berserta soda yang telah diayak bersama tadi.
Masukkan minyak ke dalam adunan dan diikuti dengan air panas dan garam.
Masukkan susu cair dan telur satu persatu.
Masukkan esen vanilla.
Sudukan adunan ke dalam cawan kertas anggaran separuh penuh.
Bakar di dalam kretuhar pada suhu 160C selama 10-15 minit, atau sehingga kek kekuningan.
Sementara itu, sediakan coklat
Panaskan krim segar, apabila nampak hampir mendidih tutup api.
Masukkan coklat dan kacau sehingga cair.
Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle.
Paip dengan cantik di atas kek cawan tadi dan taburkan atasnya butiran manik.
KEK CAWAN COKLAT BELGIUM BERKRIM KEJU KAREMEL
BAHAN-BAHAN:
120gm mentega
200gm gula
150gm gula perang
2 biji telur
250gm tepung naik sendiri
60gm serbuk koko
6gm soda bikarbonat
200gm air panas
110gm susu segar
BAHAN KRIM KEJU
500gm krim keju
250gm mentega
1 3/4 gula aising
1/2cawan krim putar | dipukul berasingan
BAHAN SALTED CARAMEL
1 cawan gula
90gm mentega
1/2 cawan krim
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C selama 15 minit sebelum membakar kek.
Ayak dua kali campuran tepung , serbuk koko dan soda bikarbonat.
Putarkan mentega gula dan gula perang sehingga gebu.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan tepung, dan putar lagi.
Apabila sebati, masukkan air panas dan susu segar.
Tuang adunan ke dalam bekas kek cawan dan ratakan
Bakar ke dalam ketuhar selama 20 – 30 minit.
Sementara itu sediakan krim keju. Masukkan krim keju bersama mentega di dalam mangkuk pengadun. Putar hingga gebu.
Masukkan gula aising dan adun lagi hingga sebati.
Tambahkan krim putar dan adun sehingga sebati.
Masukkan krim keju ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan.
Seterusnya sediakan salted caramel.
Panaskan gula sehingga bertukar menjadi warna keperang perangan.
Tambahkan krim dan garam.
Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzel.
Paipkan krim keju di atas kek cawan, kemudian hias dengan biji coklat di atasnya.
Akhir sekali paipkan di atasnya dengan salted caramel.
Sedia dihidangkan.
KEK CAWAN KEJU BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A
2 biji putih telur
25gm gula kastor
BAHAN B
2 biji kuning telur
250gm keju krim
75gm gula kastor
3 sudu tepung kastard
1/2 cawan mayones
150gm coklat hitam | cairkan
1 sudu teh esen vanilla
BAHAN C (LAPISAN BAWAH)
200gm biskut coklat | hancurkan
20gm gula castor
75gm mentega cair
BAHAN CREAM CHEESE FROSTING
500gm krim keju
250gm mentega
1 3/4 gula aising
1/2 cawan krim putar | dipukul berasingan
CARA MEMASAK:
Putar bahan A hingga gebu dan bertanduk. Ketepikan.
Masukkan bahan C di dalam bekas kek cawan. Tekan supaya padat dan rata. Ketepikan bila siap.
Putar keju dengan gula dan mayones hingga gebu. Masukkan telur satu persatu sambal terus memutar.
Diikuti dengan esen vanilla, coklat hitam dan tepung kastard. Putar hingga sebati
Masukkan bahan A dan gaul sebati.
Tuang adunan ke atas biskut di dalam bekas kek cawan tadi. Ratakan
Letakkan bekas berisi adunan di dalam ketuhar. Bakar pada suhu 200 C selama 20 – 30minit.
Sementara itu sediakan krim keju. Kemudian masukkan krim keju bersama mentega di dalam mangkuk pengadun. Putar hingga gebu.
Masukkan gula aising dan adun sehingga gula telah sebati.
Tambahkan krim putar dan adun sehingga sebati.
Masukkan krim keju ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle.
Paip dengan cantik di atas kek cawan dan sedia dihidangkan.
KEK CAWAN PISANG KELAPA SARI
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
200gm mentega
200gm gula perang
300gm tepung gandum
3 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
20gm kelapa parut | sanggai hingga kuning
300gm pisang masak ranum
50ml susu segar
1sudu teh serbuk kulit kayu manis
BAHAN KRIM MENTEGA:
250gram shortening
125gram krimwell
125 gram gula aising
Pewarna merah jambu
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 15 minit sebelum membakar kek.
Ayak tepung dua kali bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat. Ketepikan.
Lecek pisang hingga hancur dan campurkan dengan susu. Kemudian gaul sebati dan ketepikan.
Putar mentega dengan gula hingga gebu. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dengan adunan pisang bermula dengan tepung dan diakhiri dengan tepung. Gaul sebati.
Masukkan kelapa dan serbuk kulit kayu manis dan gaul sebati.
Tuang adunan ke dalam bekas kek cawandan ratakan.
Bakar di dalam ketuhar selama 20- 30 minit.
Sementara itu sediakan krim mentega.
Pukul shortening dan krim hingga putih dan kembang. Masukkan gula aising dan apewarna merah jambu ke dalam adunan. Pukul sehingga kembang dan putih
Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle
. Paip dengan cantik di atas kek cawan tadi dan hidangkan
KEK CAWAN KELAPA HARUM MANIS
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
2 biji kuning telur
250gm mentega
250gm gula kastor halus
150gm tepung naik sendiri
1 sudu teh serbuk penaik
150gmm kelapa parut | sanggai hingga kuning
1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/2 sudu teh serbuk buah pala
BAHAN KRIM MENTEGA
250gram shortening
125gram krimwell
125 gram gula aising
Sedikit perasa strawberi
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C selama 15 minit sebelum membakar kek.
Ayak tepung naik sendiri bersama serbuk penaik dua kali. Ketepikan.
Putar mentega hingga lembut. Masukkan gula.
Putar sehingga gebu dan Masukkan telur satu persatu.
Apabila sebati, Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan kelapa. Gaul rata.
Masukkan serbuk kulit kayu manis dan serbuk pala. Gaul sebati.
Tuang adunan ke dalam bekas kek cawan.
Bakar di dalam ketuhar selama 20 – 35 minit.
Sementara itu sediakan krim mentega.
Pukul shortening dan krimwell hingga putih dan kembang.
Masukkan gula aising dan perasa strawberi ke dalam adunan.
Putar sehingga kembang dan gebu.
Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle.
Paip dengan cantik di atas kek cawan tadi.
Sedia dihidangkan.
KEK CAWAN MENTEGA BERKRIM OREO
BAHAN-BAHAN:
6 biji kuning telur
4 biji putih telur
250gm mentega
225 gram gula kastor
BAHAN DIAYAK SEKALI:
250gm tepung naik sendiri
1sudu the serbuk penaik
Secubit serbuk kulit kayu manis
Secubit garam halus
BAHAN KRIM MENTEGA OREO
250gram shortening
125gram krimwell
125 gram gula aising
1 paket biskut oreng | lima keping dihancurkan, selebihnya untuk hiasan,
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 160 selama 15 minit sebelum membakar kek.
Putar mentega sehingga gebu. Masukkan esen vanilla dan gula. Putar lagi sehingga halus.
Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan sebati pada setiap kali telur dimasukkan.
Tuangkan adunan ke dalam bekas kek cawan dan ratakan.
Bakar di dalam ketuhar selama 20 – 35 minit.
Sementara itu sediakan krim mentega oren.
Pukul shortening dan krimwell hingga putih dan kembang gebu.
Masukkan gula aising ke dalam adunan. Pukul sehingga kembang dan masukkan oreo yang dihancurkan tadi. Gaul rata
Masukkan ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan anda.
Paip dengan cantik di atas kek cawan tadi dan hias di atasnya dengan kepingan oreo.
KEK CAWAN COKLAT BELGIUM BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
120gm mentega
200gm gula
150gm gula perang
2 biji telur
250gm tepung naik sendiri
60gm serbuk koko
6gm soda bikarbonat
200gm air panas
110gm susu segar
BAHAN KRIM MENTEGA
250gm shortening
125gm krimwell
125gm gula aising
Pewarna hijau, kuning, biru dan merah jambu
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180C selama 15 minit sebelum membakar kek.
Ayak dua kali campuran tepung , serbuk koko dan soda bikarbonat.
Putarkan mentega gula dan gula perang sehingga gebu.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan tepung, dan putar lagi.
Apabila sebati, masukkan air panas dan susu segar.
7.Tuang adunan ke dalam bekas kek cawan dan ratakan.
Bakar ke dalam ketuhar selama 20 – 30 minit.
Sementara itu sediakan krim keju.
10.Masukkan krim keju bersama mentega di dalam mangkuk pengadun. Putar hingga gebu.
Masukkan gula aising dan adun sehingga gula telah sebati.
Tambahkan krim putar dan adun sehingga sebati.
Warnakan krim kepada warna biru, hijau, merah jambu dan kuning
Masukkan krim keju ke dalam piping bag yang telah dipasang nozzle mengikut kesukaan.
Kuih muih tradisi menjadi kesukaan dan puas jika dapat nikmatinya. Kuih ulat bulu mempunyai persamaan dengan buah melaka. Bezanya cuma pada inti dan bentuk. Jika buah Melaka berintikan gula Melaka atau gula merah tetapi kuih ulat bulu diletakkan kacang merah di dalamnya. Warnanya juga pelbagai terpulang pada individu mengikut citarasa.
Kuih Ulat Bulu
Bahan-bahan: 3 cawan tepung pulut -BELI ONLINE DI SINI 2 sudu besar tepung gandum BELI ONLINE DI SINI 1 cawan air Sedikit air kapur Secubit garam Kelapa parut Pewarna ikut suka Inti kacang hijau
Bahan inti. Sedikit kacang hijau Gula melaka Gula Garam Daun pandan Sedikit santan
Cara buat inti
1.Rebus kacang hijau bersama daun pandan.Rebus hingga empuk. 2.Bila sudah kering air, masukkan sedikit santan, gula, gula melaka dan garam. 3.Rasakan manis masinnya ikut selera sendiri. 4.Bila dah hampir kering bolehlah diangkat. keluarkan semua daun pandan dan kisar kacang hijau tadi sehingga hampir hancur 5.Sejukkan dahulu.
Cara membuat ulat bulu: 1.Satukan tepung pulut, tepung gandum, garam dan air kapur.. gaul semua sehingga sebati 2.Jika inginkan yang warna warni buat asing-asing dan letakkan sedikit pewarna. 3.Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Agak-agak ye tak lembik dan tak keras..sama lebih kurang doh untuk buat buah melaka. 4.Ambil sedikit doh dan leperkan atas tapak tangan dan letak inti kacang hijau 5.Kemudian tutup doh dan gentel bujur -ulang semua sampai habis. 6.Panaskan air sampai mendidih kemudian masukkan doh ulat bulu dan biarkan sampai ianya timbul 7.Apabila sudah timbul angkat toskan air skjp masukkan dalam kelapa parut yang telah dicampur dengan sedikit garam..Golek-golekkan biar kelapa tu melekat rata 8.Siap untuk dimakan
*jika suka boleh goreng sedikit beras pulut taburkan atas kuih ulat bulu masa hidang
selamat mencuba 😊
kredit : Faezan Afza & Ida Hanie
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.