Menu berbuka selera kampung semestinya menjadi pilihan ramai. Maklumlah bukan selalu dapat menikmati sajian-sajian begini. Andai berkunjung ke bazar Ramadan di negeri Pantai Timur misalnya, pasti kagum melihat aneka lauk pauk berbuka yang enak dan menggiurkan. Mungkin sesetengah darinya ada yang anda tak pernah cuba. Keenakannya pula, hmmm… sukar diungkapkan dengan kata-kata. Situasi pandemik membataskan perjalanan balik kampung untuk berbuka bersama keluarga. Jadi apa kata cuba resipi-resipi ini untuk ubati kerinduan anda.

 

ANEKA RESIPI LAUK BERBUKA SELERA KAMPUNG INSPIRASI BAZAR RAMADAN

1. DAGING GULAI KICAP

Koleksi Resipi Lauk Berbuka Selera Kampung Paling Popular Di Bazar Ramadan

BAHAN-BAHAN:

  • 2kg daging
  • 2 biji bawang besar | dihiris
  • 20 sudu makan kicap lemak manis
  • 4 gelas air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 24 biji bawang merah
  • 12 ulas bawang putih
  • 8cm halia
  • 30 tangkai cili kering

BAHAN TUMIS:

  • 2 batang kulit kayu manis
  • 6 kuntum bunga lawing
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 8 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan masak bahan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar. Biar hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan daging. Gaul sebati.
  4. Bila daging hampir 1/2 masak, masukkan kicap manis. Biar selama 5-10 minit supaya daging menyerap rasa kicap.
  5. Masukkan air. Jika perlu, tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biar daging empuk.
  6. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang dan gaul sekata hingga semua bahan sebati.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan dikala berbuka.

INFO CHEF: Untuk memendekkan waktu memasak, guna daging batang pinang.

 

2. ACAR TIMUN MASAK

Koleksi Resipi Lauk Berbuka Selera Kampung Paling Popular Di Bazar Ramadan

BAHAN-BAHAN:

  • 6-7 batang timun saiz besar
  • 800ml air
  • 12 sudu makan cuka
  • 3 biji bawang Holland | belah 4
  • 8 biji cili merah | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 2 biji bawang besar
  • 12 ulas bawang putih
  • 10 sudu makan cili kisar
  • 2 inci halia

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan timun, belah 3 bahagian dan hiris memanjang. Buang bijinya. Rendam dalam air garam seketika.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
  3. Masukkan air dan cuka masak. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
  4. Seterusnya masukkan timun. Biar mendidih seketika.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Masukkan bawang serta cili potong. Biar masak seketika.
  7. Angkat dan hidangkan.

INFO CHEF: Timun perlu direndam air garam atau air kapur supaya tidak terlalu lembik dan rasa rangup ketika dimakan.

 

3. KERABU NANGKA BERSANTAN

Koleksi Resipi Lauk Berbuka Selera Kampung Paling Popular Di Bazar Ramadan

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm nangka muda | dicelur empuk dan disiat kasar
  • 4-5 ekor ikan kembung | direbus dan dibuang tulang
  • 4 cawan santan kelapa pekat
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 sudu makan lada hitam | ditumbuk
  • 8 biji cili padi merah| hiris nipis
  • 6-7 tangkai kacang panjang | hiris nipis
  • 1/2 biji kelapa parut | digoreng tanpa minyak hingga keperangan dan ditumbuk sedikit
  • 3 biji jus limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Goreng kelapa parut tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan tumbuk sedikit supaya halus.
  2. Satukan nangka, kelapa parut goreng, hirisan cili padi dan kacang panjang. Gaul rata.
  3. Tumbuk bawang merah, isi ikan dan lada hitam hingga lumat.
  4. Panaskan santan dan masukkan bahna-bahan tumbuk tadi.
  5. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
  6. Tuang santan ke dalam bekas berisi campuran nangka.
  7. Tambahkan jus limau nipis dan gaul hingga sebati.
  8. Sedia untuk dinikmati ketika berbuka puasa.

INFO CHEF: Santan perlu dimasak bagi mengelakkan kerabu cepat basi.

 

IKLAN

4. TERESEK JANTUNG PISANG

Koleksi Resipi Lauk Berbuka Selera Kampung Paling Popular Di Bazar Ramadan

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji jantung pisang
  • 500gm ayam (campuran isi, leher, kepak, hati dan pedal) | potong kecil
  • 4 cawan santan pekat
  • 4 sudu makan rempah kari daging
  • 4 sudu makan kerisik
  • 3 keping asam gelugur
  • 2 sudu makan ketumbar | tumbuk halus
  • Garam secukup rasa
  • Gula melaka / gula merah secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 6 biji bawang merah saiz besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 6 hiris lengkuas
  • 15 tangkai cili kering

CARA MEMASAK:

  1. Hiris nipis jantung pisang dan rendam dalam air garam.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga masak.
  3. Masukkan serbuk kari. Gaul rata. Tambah sedikit air supaya rempah tidak melekat di kuali. Kacau rempah hingga masak dan naik bau.
  4. Masukkan ayam. Gaul rata dan biar empuk.
  5. Seterusnya masukkan ketumbar, santan serta asam gelugur. Biar hingga santan masak.
  6. Kemudian masukkan hirisan jantung pisang yang telah diperah airnya. Gaul hingga mesra.
  7. Masukkan kerisik, garam serta gula. Gaul lagi hingga sebati dan cukup rasa.
  8. Angkat dan bolehlah dinikmati.

INFO CHEF: Jantung pisang perlu dihiris halus dna direndam air garam bagi membuang sisa getah serta menjadikan Teresek jadi lebih sedap.

 

5. DALCA DAGING SAYUR

Koleksi Resipi Lauk Berbuka Selera Kampung Paling Popular Di Bazar Ramadan

BAHAN-BAHAN:

  • 2 kg daging tetel
  • 12 sudu makan serbuk kari daging | banduh dengan sedikit air
  • 1 liter santan pekat
  • Air secukupnya
  • 15 biji bawang merah | kisar
  • 6 ulas bawang putih | kisar
  • 1 1/2 keping gula melaka
  • 4 sudu makan cili giling
  • Minyak masak secukupnya
  • 5 biji terung panjang | potong kecil
  • 4 batang lobak merah | dipotong kecil
  • 10 biji jagung mudah | dihiris serong
  • 15 tangkai kacang panjang | dipotong
  • 1 biji nanas muda | dipotong kecil
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis hingga masak.
  3. Tambahkan rempah kari yang telah dibancuh air. Biar hingga pecah minyak.
  4. Seterusnya masukkan daging. Masak sehingga empuk.
  5. Tambahkan santan dan air secukupnya ikut kepekatan yang disukai.
  6. Tambahkan hirisan nanas. Biar hingga mendidih.
  7. Masukkan juga gula melaka dan garam secukup rasa.
  8. Akhir sekali, tambahkan sayur-sayuran. Masak hingga lembut.
  9. Sedia untuk dinikmati.

INFO CHEF: Air jangan ditambah terlalu banyak kerana sayur dan nanas akan mengeluarkan airnya sendiri.

 

6. AYAM TAUCU PEDAS

Koleksi Resipi Lauk Berbuka Selera Kampung Paling Popular Di Bazar Ramadan

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2kg isi ayam | potong kecil
  • 800ml santan
  • Air secukupnya
  • 9 biji tomato hijau | hiris
  • 10 biji cili hijau | hiris
  • 3 biji bawang besar | hiris
  • 15 tangkai kacang panjang | hiris
  • 10 biji putik jagung | hiris
  • 3 keping asam gelugur
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 14 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 hiris lengkuas
  • 8 batang serai
  • 1 genggam cili padi | boleh ubah ikut kepedasan yang dikehendaki
  • 3cm belacan
  • 6 sudu makan taucu
  • 3 sudu teh udang kering

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam. Masak hingga kecut.
  3. Tambahkan santan, air secukupnya dan asam keping. Renih hingga kuah sedikit pekat.
  4. Perasakan kuah dengan garam serta gula secukupnya.
  5. Seterusnya masukkan kacang panjang, tomato, bawang dan cili hiris. Gaul rata.
  6. Setelah kacang layu, angkat dan hidangkan sewaktu berbuka.

 

7. PAJERI NANAS BIJI SAWI

Koleksi Resipi Lauk Berbuka Selera Kampung Paling Popular Di Bazar Ramadan

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji nanas separuh masak | buang kulit dan potong kecil
  • 6 biji bawang merah besar | hiris
  • 10 ulas bawang putih | hiris
  • 4 sudu makan biji sawi
  • 3 sudu makan serbuk kunyit
  • 6-7 sudu makan cuka | tambah jika kurang masam
  • 5 biji cili merah | hiris
  • 1 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang serta biji sawi hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan air, serbuk kunyit, cuka, garam dan gula secukupnya.
  3. Bila mendidih, masukkan kepingan nanas dan cili merah. Biar merenih dan mendidih seketika.
  4. Setelah buah nanas kelihatan sedikit lembut, rasa masam dan masinnya. Angkat.

INFO CHEF: Buah nanas akan mengeluarkan jus ketika dimasak jadi tidak perlu tambah air terlalu banyak.

 

8. GULAI LENGKUAS IKAN KERING

Koleksi Resipi Lauk Berbuka Selera Kampung Paling Popular Di Bazar Ramadan

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ikan cencaru kering | belah 2 dan rendam air bagi mengurangkan masin
  • 10 batang timun | dibelah dan dipotong. Buang bijinya
  • 10-15 biji cili hijau siam | belah 2
  • 1 biji nanas | dipotong kecil
  • 2 liter santan
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 3 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 14 tangkai cili kering
  • 2 biji cili merah
  • 6-7 biji cili padi
  • 8 inci kunyit hidup
  • 2cm lengkuas

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan santan ke dalam periuk bersama bahan kisar. Biarkan mendidih.
  2. Masukkan ikan kering, nanas, cili hijau dan timun. Masak hingga timun lembut.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Rasa dulu sebelum tambah garam bagi elak kuah terlalu masin.
  4. Biarkan gulai mendidih sekali lagi. Angkat dan hidangkan.

INFO CHEF: Pastikan santan sentiasa dikacau bagi mengelakkan kuah gulai berketul.

 

9. AYAM SAMBAL LADA BERSERAI

Koleksi Resipi Lauk Berbuka Selera Kampung Paling Popular Di Bazar Ramadan

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ayam | potong kecil
  • Garam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 1.5 kg bawang merah besar | dikisar
  • 20 biji cili merah | dikisar
  • 10 batang serai | dititik
  • 20 biji cili padi hijau
  • 5 biji bawang Holland | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Lumur ayam bersama garam serta serbuk kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan serai, cili padi, garam dan sedikit gula. Gaul hingga terbit bau wangi.
  4. Masukkan ayam dan juga hirisan bawang Holland. Gaul lagi hingga sebati dan bawang sedikit layu.
  5. Angkat dan hidangkan.

INFO CHEF: Lauk berbuka yang sangat ringkas dan sedap. Lebihkan bahan kisar jika nak menu yang lebih bersambal.

 

10. SOLOK PETOLA ULAR

Koleksi Resipi Lauk Berbuka Selera Kampung Paling Popular Di Bazar Ramadan
BAHAN-BAHAN:

  • 5 batang petola ular
  • Santan sederhana pekat dari 1 biji kelapa
  • 1 ikat daun ubi | dibersihkan

BAHAN TUMBUK:

  • 5 ekor ikan kembung mentah | ambil isinya
  • 10 biji bawang merah
  • 1 1/2 biji kelapa parut
  • 1 sudu makan lada hitam
  • Sedikit halia
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Potong petola sepanjang 6 cm dan buang isi.
  2. Tumbuk bahan-bahan inti dan sumbat ke dalam petola tadi. Pastikan cukup rasa masin, manis serta inti tidak berderai apabila dikepal.
  3. Ambil daun ubi dan alas didasar periuk. Kemudian susun petola ular tadi.
  4. Masukkan santan dan masak guna api perlahan hingga petola empuk.
  5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

INFO CHEF: Jika susah nak jumpa petola ular, boleh digantikan dengan cili hijau.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Cendawan Celup Tepung Rangup, Tak Sedar Sebalang Boleh Habis

Koleksi Menu Sahur Terbaik Untuk 30 Hari Ramadan

Resipi Step by Step Buat Puding Triffle Yang Sangat Sedap

20 Resipi Biskut Raya Popular Yang Mudah, Sedap & Sesuai Buat Niaga

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI