Serbuk dan daun karibiasanya banyak digunakan dalam masakan India. Selain kaya nilai khasiat, rempah ni bukan sahaja menyedapkan masakan malah boleh menaikkan selera. Bagi anda yang sukakan lauk pauk berempah yang kaya dengan bau wangi kari, menu-menu ni boleh dicuba.
1. UDANG GORENG KARALA
BAHAN-BAHAN:
200gm udang segar saiz XL | buang kepala
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah
4 sudu makan minyak masak
1 sudu teh mustard
1 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk cili
1 biji cili merah| cincang kasar
1 biji bawang besar| hiris bulat
1 biji limau nipis | ambil jus
Sedikit daun ketumbar | cincang
CARA MEMASAK:
Ads
Gaulkan udang bersama serbuk kunyit, serbuk lada sulah, garam dan sedikit air. Gaul rata.
Seterusnya panaskan kuali dan masukkan udang yang telah diperap tadi, kacau rata lebih kurang tiga minit. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali lain, masukkan daun kari, kemudian masukkan campuran serbuk kunyit, serbuk cili, garam dan lada sulah, kacau rata.
Masukkan udang, gaul rata lebih kurang tiga minit lagi, kemudian tutup api dan masukkan udang dalam pinggan.
Untuk hiasan, gunakan kuali yang sama, masukkan sedikit minyak, tumiskan bawang dan cili merah cincang.
Setelah layu,tutup api dan taburkannya di atas udang tadi, kemudian perahkan jus limau nipis dan taburkan hirisan daun ketumbar.
Sedia dihidangkan.
2. KETAM KARI CILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | bersih dan potong dua
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
1 biji bawang besar hiris
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan air asam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
2 biji buah keras
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ketam dengan garam dan serbuk kunyit, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ketam hingga kemerahan kulitnya. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan air asam, kacau rata.
Setelah pecah minyak, masukkan ketam yang telah digoreng, gaul rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, ketam sedia dihidang panas-panas
3. KARI MAMAK IKAN JENAHAK
Ads
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan Jenahak
4 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan halba campur
1/2cawan air asam Jawa
250ml santan kotak
8 ulas bawang merah | hiris
5 ulas bawang putih | hiris
3cm halia muda | hiris memanjang
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN ISIAN:
5 biji bendi
2 biji terung panjang
2 biji tomato
2 biji cili hijau
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
Tumiskan bahan hirisan bersama halba campur dan daun hingga wangi.
Seterusnya masukkan pula campuran rempah dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Setelah mereneh, masukkan ikan, diikuti dengan santan yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan kari terus menereh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah timbul minyak, masukkan bahan isian. Biarkan 2-3 minit.
Tutup api dan kari sedia dihidangkan.
4. ACAR NANAS BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1 biji nanas | buang mata dan hiris kecil
2 biji cili merah | hiris memanjang
2 biji cili merah | hiris memanjang
10 ulas merah kecil | belah dua
5 ulas bawang putih| hiris
2cm halia muda | hiris memanjang
1 sudu besar udang kering
1 sudu teh biji sawi
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur nanas seketika, Angkat dan tos.
Seterusnya panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi.
Kemudian tambahkan udang kering, diikuti dengan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk kunyit.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan biji sawi, hirisan cili merah, cili hijau dan nanas.
Gaul rata, dan perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa dan masak, tutup api.
Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Lauk pauk tradisional memang memukau selera. Bila sebut Asam Pedas, pasti Melaka adalah tempat untuk mencari rasa asli hidangan ini. Begitu juga dengan sajian ikan patin yang menjadi identiti negeri Pahang. Anda suka yang mana? Nanti bolehlah cuba masak lauk-lauk ni untuk keluarga.
1. PARI KUAH ASAM PEDAS MELAKA
BAHAN-BAHAN:
700gm ikan pari
5gm halba
1 tangkai daun kari
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
50gm bawang merah
50gm bawang putih
30gm halia
30gm kunyit hidup
10gm belacan
100gm cili kering
BAHAN B: (GORENG TANPA MINYAK DAN TUMBUK HALUS)
5gm jintan kasar
5gm jintan halus
5gm lada hitam
BAHAN C:
70gm terung bulat ] belah 4
50gm tomato ] belah 4
30gm serai ] ketuk
30gm bunga kantan ] belah 2
20gm daun kesum
20gm pes asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Ikan pari dipotong, perap dengan jus limau nipis selama 15 minit. Kemudian cuci, toskan. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga harum. Masak hingga naik minyak. Gunakan api yang kecil dan kacau selalu.
Masukkan bahan B yang telah ditumbuk halus dan tambah pes asam jawa. Kacau rata. Tuang air secukupnya. Biar mendidih.
Tambah ikan, daun kesum dan bunga kantan. Kemuadian masukkan terung. Masak hingga terung lembut.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali, masukkan tomato dan biar seketika.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Agak berbeza dengan asam pedas biasa kerana ada rasa rempah.
2. IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
800gm ikan patin
200gm tempoyak
30gm bawang merah
10 biji cili padi
2cm halia
2cm kunyit hidup
2 batang serai ]titik
1helai daun kunyit ] carikkan
Garam secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar bawang merah, cili padi, halia dan kunyit hidup. Ketepikan.
Masukkan air di dalam periuk, diikuti dengan bahan kisar, tempoyak, serai dan daun kunyit. Kacau sebati.
Masukkan pula ikan patin yang telah dibersihkan. Kacau perlahan dan biar kuah mereneh.
Perasakan dengan garam secukup rasa. Masak sehingga semua bahan masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Gunakan tempoyak baru agar rasa manis tempoyak lebih terserlah.
Bekas isteri polis Puan Hajah Zainab berkongsi resipi yang disimpannya selama 33 tahun selama dia berjiran dengan orang Kelantan. Masakan ikan percik ini memang popular disajikan lebih-lebih lagi ketika bulan puasa. Resipi lama jadi igauan selamat mencuba!
Resipi ni saya simpan dah hampir 33 tahun yang lalu ..semasa saya menjadi isteri Polis berjiran dengan orang Kelantan ..Masa tu dok suka sangat ..Hari-hari buat ..tapi dulu saya suka pakai ikan sungai .(ikan Talapia)- Puan Hajah Zainab
RESIPI IKAN PERCIK KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kembung(bersihkan,kelar dan bakar)
Kalau pakai ikan Sungai ( ikan Talapia lagi sedap , itupun klu yg mkn ikan sungai lah kan .)
*10 tangkai cili kering rendam bagi lembut
*1 biji bwng besar
*1 inci halia
*sedikit belacan (tak yah letak pun tak apa )
1/2 inchi kunyit hidup @ serbok kunyit pun boleh
2 batang serai ( titikan saja )
Santan dr sebiji kelapa
2 keping asam keping
Garam n perasa
1@2 sudu gula Pasir
Sedikit tepong beras untuk memekat kan kuah
CARA-CARA:
Kisar bahan bertanda *
Masukkan santan dalam periuk
Masukkan bahan kisar tadi
Masukkan serai dan asam keping
Masukkan garam, perasa dan gula
Didihkan atas dapur hingga pekat masukan sediki tepung beras yang dibancuh dengan air terlebih dahulu untuk memekatkan lagi kuah tersebut
Bila siap, curahkan atas ikan yg dah siap bakar. Kemudian nak bakar semula pun boleh, ikutlah cara masing masing .
Masukan dalam periuk tu sekali pun boleh supaya ikan tu mesra bersama kuah .
Resipi Kari ikan tongkol sedapnya sama juga dengan kari-kari ikan yang lain. Buat pekat-pekat letak segala macam sayuran memang ngam nak makan dengan nasi ataupun cicah sahaja dengan roti. Memang terangkat habis, makan macam ni membuka selera. Tambah ulam timun dan sambal belacan, lengkap hidangan nak makan malam atau jadi lauk tengah hari.
RESIPI KARI IKAN TONGKOL
Bahan-bahanya :
1 ekor ikan tongkol – bersihkan dan dipotong-potong
5 biji bendi – dipotong pangkal dan hujung
1 bji terung bulat – potong baji
1 biji tomato – potong baji
2 biji bawang merah – tumbuk
1 ulas bawang putih – tumbuk
1 cm halia – tumbuk
2 sudu makan cili giling
1 pkt kecil serbuk kari
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan air
2 cawan santan pekat
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit daun kari
Cara memasaknya :
Tumiskan bahan tumbuk. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan air asam jawa. Masukkan serbuk kari sekali. Tumis bahan2 sampai garing.
Masukkan 1 cawan air dan 1 cawan santan. Masukkan juga terung dan bendi serta ikan tongkol. Masak sampai mendidih.
Masukkan 1 cawan santan lagi. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tomato sekejap.Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.