Lauk pauk kampung ni memang ada kelompok peminatnya yang tersendiri. Walaupun kelihatan ringkas, tetapi rasanya memang enak! Bahkan sesetengah dari menu tersebut jarang boleh dinikmati jika bukan di majlis rewang kenduri kendara. Khas buat anda yang rindukan nostalgia lama, RASA tampilkan seleksi resipi lauk pauk kampung yang semestinya memecah selera. Selamat mencuba!

 

1. ASAM REBUS KELADI IKAN BILIS

Koleksi Resipi Lauk Kampung Mudah, Sedap & Jimat Belanja.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm batang keladi
  • 2 keping asam gelugur
  • 5 ulas bawang merah | dikisar halus
  • 2 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 2 biji cili padi | dikisar halus
  • 2sm belacan | dikisar halus
  • 2sm kunyit hidup | dikisar halus
  • 30gm ikan bilis | dikisar halus
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan | dihiris
  • 3 keping asam gelugur
  • 800ml air
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kupas kulit batang keladi dan potong anggaran 4cm, cuci hingga bersih.
  2. Celur batang keladi bersama dua keping asam hingga empuk. Angkat dan tos. Ketepikan.
  3. Di dalam periuk berasingan, reneh bahan yang telah dikisar bersama cili kisar sehingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan keladi yang telah dicelur, daun kesum,bunga kantan dan asam gelugur.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, biarkan didih.
  6. Hidangkan bersama nasi putih dan sedia dinikmati.

Info chef: Cuci batang keladi dengan bersih bagi mengelakkan rasa gatal

 

2. GULAI LEMAK PISANG IKAN BILIS

Koleksi Resipi Lauk Kampung Mudah, Sedap & Jimat Belanja.

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 8 biji pisang muda | dibuang kulit dan dihiris
  • 1 biji kelapa | diambil santannya
  • 40gm ikan bilis
  • 3Sm kunyit hidup | dikisar
  • 10 biji cili padi | dikisar
  • 1 batang serai | diketuk
  • 3 helai daun kunyit
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam larutan santan pekat.
  2. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan pisang muda dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. Angkat dan hidangkan.

Info chef: Pastikan pisang muda dibuang kulitnya sehingga serat-serat yang melekat pada kulit dibuang kemas.

 

3.  GULAI TETEL KENTANG

Koleksi Resipi Lauk Kampung Mudah, Sedap & Jimat Belanja.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tetel lembu
  • 300gm ubi kentang | dibelah empat
  • 3 batang serai | dititik
  • 3 sudu makan serbuk kari
  • 500ml air
  • 500ml santan
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu makan serbuk perasa
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 5gm halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai dan daun kari sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan serbuk kari dan tumis sehingga garing.
  3. Seterusnya masukkan sedikit air ke dalam tumisan tadi.
  4. Masukkan pula tetel lembu bersama ubi kentang dan santan. Kacau sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan air asam jawa dan perasakan secukupnya. Renihkan bahan-bahan tadi sehingga mendidih.
  6. Sedia dihidangkan.

Info chef: Pastikan rempah ditumis sehingga pecah minyak bagi mendapatkan rasa kari yang enak.

 

4. SAMBAL IKAN KEMBUNG REBUS GORENG CILI PADI & TERUNG PIPIT

Koleksi Resipi Lauk Kampung Mudah, Sedap & Jimat Belanja.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan kembung | direbus
  • 30gm terung pipit
  • 1 biji bawang besar | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 10 biji cili padi | dikisar
  • 1 keping asam keping
  • Garam, gula dan serbuk perasa
  • Minyak secukupnya | untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan kembung rebus hingga separuh garing. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyaknya.
  3. Masukkan ikan bersama terung pipit, asam keping dan gaulkan rata. Letakkan sedikit air jika suka.
  4. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  5. Angkat dan hidangkan.

Info chef: Pastikan bahan kisar dibiarkan masak sehingga pecah minyaknya kemudian barulah dimasukkan ikan bersama sedikit air.

 

5. UDANG PETAI TEMPOYAK BERCILI

Koleksi Resipi Lauk Kampung Mudah, Sedap & Jimat Belanja.

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm petai | dibuang kulit
  • 300gm udang | dibuang kulit
  • 2 sudu makan tempoyak
  • 2 helai daun kunyit | dihiris halus
  • 1 keping asam gelugur
  • 125ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2sm kunyit
  • 15 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan tempoyak, asam gelugur dan juga air. Gaul hingga sebati dan biarkan mendidih.
3. Seterusnya masukkan petai, udang dan daun kunyit yang telah dimayang halus. Masak sehingga pekat.
4. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
5. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Kurangkan jumlah cili untuk mengurangkan rasa pedas.

 

6. GULAI IKAN KERING DENGAN BETIK

Koleksi Resipi Lauk Kampung Mudah, Sedap & Jimat Belanja.

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1 biji betik mengkal
  • 8 ekor ikan masin cencaru| dipotong empat
  • 8 ulas bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 3 sudu makan rempah kari ikan
  • 1kg santan
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Kupas kulit betik dan potong mengikut saiz bersesuaian. Celur sebentar dan toskan airnya.
2. Menggunakan periuk berasingan, satukan santan bersama bahan kisar serta rempah kari ikan. Kacau sebati.
3. Masukkan betik dan ikan masin. Biarkan sehingga mendidih.
4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Info chef: Rasa kuah terlebih dahulu sebelum memasukkan garam kerana ikan masin telah memberikan rasa pada masakan.

 

7. KULIT TEMBIKAI TUMIS AIR

Koleksi Resipi Lauk Kampung Mudah, Sedap & Jimat Belanja.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji buah tembikai | diambil kulit putihnya
  • 2 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
  • 1 biji bawang besar kuning | dimayang
  • 2 biji cili merah | dihiris
  • 100gm udang segar
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 10gm suhun
  • 500ml air
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama serbuk lada hitam hingga garing.
  2. Masukkan udang dan kacau sehingga setengah masak.
  3. Kemudian masukkan air diikuti kulit tembikai. Biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan suhun,, cili merah dan hirisan bawang besar. Perasakan secukupnya.
  5. Apabila kulit tembikai telah lembut, padamkan api dan sedia untuk dinikmati.

Info chef: Enak dinikmati bersama ikan masin goreng dan nasi panas.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI