Menu yang cepat siap dan mudah memang digemari oleh kaum ibu. Lauk pauk berasaskan kicap contohnya, adalah antara hidangan yang cepat dimasak. Ringkas, sedap & boleh dipelbagaikan rasanya. Anak-anak pun suka. Nak cuba? Jom lihat aneka resipi menggunakan kicap yang boleh dijadikan hidangan hari ini.

 

1. AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI

Koleksi Resipi Lauk Pauk Berkicap Yang Paling Mudah, Sedap & Ringkas.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
  • 3 batang serai | titik
  • 12 biji cili padi | hiris memanjang
  • 2 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam,gula dan perasa secukupnya
  • 4 sudu makan minyak masak

 

CARA MEMASAK:

  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
  • Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
  • Biarkan  isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
  • Seterusnya masukkan kicap  manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  • Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
  • Ayam sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Jika suka anda juga boleh masukkan hirisan daun limau purut.

 

2. AYAM MASAK KICAP LADA HITAM

Koleksi Resipi Lauk Pauk Berkicap Yang Paling Mudah, Sedap & Ringkas.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam 
  • 2 biji ubi kentang 

(Goreng dan asingkan)

Ads

BAHAN TUMIS:

  • 5 ulas bawang merah – hiris halus
  • 3 ulas bawang putih – hiris halus
  • 2 inci halia -hiris halus

BAHAN SOS:

  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu lada hitam
  • Sedikit air asam
  • 1 sudu air bancuhan tepung gandum atau tepung jagung.

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bahan hiris hingga garing.
  2. Masukkan semua bahan sos, ayam & ubi kentang
  3. Masukkan garam dan perasa sambil kacau rata

Kredit resipi & foto: maria aiman2801

 

3. TULANG RUSUK BAKAR KICAP

Koleksi Resipi Lauk Pauk Berkicap Yang Paling Mudah, Sedap & Ringkas.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tulang rusuk lembu | potong 7cm
  • 10 sudu makan kicap
  • 500ml santan
  • 1 sudu makan gula perang
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu makan air asam Jawa
  • 1000ml air
  • Garam secukupnya
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 6 tangkai cili kering
  • 3 biji buah keras
  • 2cm lengkuas
  • 5ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan tulang yang sudah dicuci bersih dengan bahan kisar dan perap selama 20 minit.
  2. Panaska minyak, tumiskan tulang yang telah diperap sehingga berubah warna.
  3. Masukkan air, gula perang, air asam dan garam secukupnya. Masak hingga mendidih.
  4. Setelah mendidih masukkan kicap dan santan.
  5. Kacau rata dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat.
  6. Tutup api, biarkan tulang sejuk seketika.
  7. Seterus sediakan pemanggang.
  8. Sementara pemanggang panas, sampukan lebihan kuah rebusan pada tulang dan bakar hingga wangi.

 

4. TEMPE GORENG KICAP

Koleksi Resipi Lauk Pauk Berkicap Yang Paling Mudah, Sedap & Ringkas.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping  tempe | hiris menyerong
  • 1 biji bawang besar  | belah dua dan hiris bulat
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 8 biji cili padi | hiris
  • Sedikit cili benggala merah dan hijau | dadu  
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh  air asam jawa
  • 1 sudu makan kicap pekat panis
  • Garam, gula secukup rasa
  • Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis.

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, goreng tempe hingga  sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  3. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan hirisan cili padi. Kacau rata hingga layu.
  4. Masukkan tempe, sos tiram, kicap dan air asam. Kacau rata
  5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Sebelum angkat masukkan hirisan cili benggala. Kacau lagi seketika.
  7. Tutup api dan hidangkan tempe panas-panas bersama nasi putih

 

5. DAGING KICAP PEDAS

Koleksi Resipi Lauk Pauk Berkicap Yang Paling Mudah, Sedap & Ringkas.

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm hirisan daging nipis
  • Minyak untuk menumis secukupnya

BAHAN PERAPAN DAGING:

  • 3 biji bawang merah | kisar
  • 2 biji bawang putih | kisar
  • 2.5cm halia | kisar
  • Sedikit jintan manis tumbuk
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan pes sambal/cili kering
  • 1 biji bawang merah | potong bulat
  • 1 biji cili hijau | hiris
  • Garam dan gula secukupnya
  • Sedikit daun ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Daging diperap dengan bahan yang telah dikisar, jintan manis dan kicap manis selama 15 minit. Ketepikan.
  2. Panaskan kuali dan masukkan daging perapan, Setelah air perapan kering meresap ke dalam daging barulah dimasukkan minyak untuk menumis.
  3. Tumis pes sambal bersama daging perapan tadi. Setelah agak naik bau, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
  4. Setelah sambal pecah minyak, masukkan hirisan bawang besar dan cili hijau. Kecilkan api dan biar seketika.
  5. Angkat, tabur sedikit daun ketumbar dan sedia untuk dihidangkan

 

6. SOSEJ MASAK KICAP MANIS

Koleksi Resipi Lauk Pauk Berkicap Yang Paling Mudah, Sedap & Ringkas.

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 10 ketul sosej
  • 1 biji cili merah | hiris
  • 3 biji bawang merah | mayang
  • 2 ulas bawang putih | mayang
  • 2 sudu teh serbuk kari
  • 4 sudu makan kicap
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Daun sup secukupnya | untuk hiasan

CARAMEMASAK:

  1. 1.Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang
  2. putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan cili merah
  3. dan kacau.
  4. Masukkan serbuk kari dan kacau rata.
  5. Tuangkan kicap manis dan sedikit air jika ingin berkuah.
  6. Masukkan sosej seketika dan angkat. Hias dengan daun sup.

 

7. AYAM KICAP BEREMPAH 

Koleksi Resipi Lauk Pauk Berkicap Yang Paling Mudah, Sedap & Ringkas.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam | dipotong kecil
  • 1 biji bawang besar | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 cm halia | dikisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 5 biji cili padi
  • 1 paket kecil rempah kari
  • 1/2 paket kecil rempah kurma
  • 1/2  paket kecil serbuk cili
  • Kicap pekat secukupnya
  • Sos cili secukupnya
  • Sos tiram secukupnya
  • Cuka secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat, toskan dan asingkan.
  3. Kemudian panaskan lebihan minyak tadi dan tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang sehingga naik bau.
  4. Seterusnya masukkan rempah kari, rempah kurma dan serbuk cili secukup rasa. Tumis sehingga garing dan naik bau.
  5. Setelah itu masukkan kicap pekat, sos cili, sos tomato, sos tiram dan cuka. Kacau rata.
  6. Akhir sekali masukkan ayam goreng dan cili padi. Perasakan dengan secukupnya.
  7. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

 

8. SARDIN GORENG KICAP BERKENTANG

Koleksi Resipi Lauk Pauk Berkicap Yang Paling Mudah, Sedap & Ringkas.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin sederhana Ikan sardin
  • 2 susu makan kicap manis
  • 1 biji kentang
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 3 sudu pes cili kering
  • 5 biji cili padi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan kentang kacau hingga kentang separuh masak.
  3. Seterusnya masukkan sardin, kacau rata.
  4. Masukkan kicap, hirisan cili dan daun bawang.
  5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Akhir sekali masukkan bawang Holland, kacau hingga bawang layu.
  7. Angkat dan hidangkan.

 

9. SOTONG GORENG KICAP

Koleksi Resipi Lauk Pauk Berkicap Yang Paling Mudah, Sedap & Ringkas.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm sotong |  bersihkan dan sumbatkan sesunggutnya dalam badan
  • 1 biji bawang besar Holland | hiris
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 2cm halia | hiris memanjang
  • 1 batang serai | hiris bulat
  • Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
  • Sedikit air asam jawa
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • Garam dan gula secukupnya
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1.  Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
  2.  Masukkan sotong, kacau rata sehingga sotong kecut.
  3.  Masukkan air asam, kicap pekat manis, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
  4.   Akhir sekali masukkan hirisan cili benggala, kacau 1-2 minit lagi.
  5.  Tutup api dan sedia dihidangkan.

 

10. KEMBUNG BAKAR BERKICAP 

Koleksi Resipi Lauk Pauk Berkicap Yang Paling Mudah, Sedap & Ringkas.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan kembung besar| dibersihkan
  • 2 batang serai | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 3 ulas bawang merah | dikisar
  • 10 tangkai cili kering | dikisar
  • 2.5 cm belacan | dikisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

BAHAN SAMBAL KICAP:

  • 5 biji cili padi |ditumbuk halus
  • 1 biji bawang merah | dihiris
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1-2 biji limau kasturi | diambil jus
  • Kicap manis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kelar ikan dan gaulkan dengan bahan-bahan yang dikisar.
  2. Kemudian masukkan serbuk kunyit, gula dan garam. Gaul sebati.
  3. Bakar ikan sehingga masak. Angkat dan ketepikan seketika.
  4. Untuk menyediakan sambal kicap, campur kesemua bahan dan gaul rata. Sedia untuk dinikmati bersama ikan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI