Koleksi Resipi Lauk Pauk Kukus Sedap & Mudah Masak

Share

Bagi anda yang gemarkan sajian makanan yang sihat serta kurang minyak , makanan kukus semestinya antara sajian yang menjadi pilihan. Malah, masakan yang dikukus juga mempunyai rasa serta khasiat yang tinggi. Biasanya periuk kukusan ni banyak digunakan untuk memasak ikan stim sahaja tetapi ada banyak lagi sebenarnya hidangan yang boleh disajikan. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.

 

 

1.CILANTRO LIME CHICKEN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ayam | potong kecil
  • 4 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu makan empingan cili
  • 2 biji limau nipis | ambil jus sahaja
  • 1 biji tomato | hiris
  • 1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu
  • 1/2 cawan daun ketumbar/cilantro | cincang halus
  • 4 ulas bawang putih | titik
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1.Untuk bahan perapan, masukkan ayam, daun ketumbar, bawang putih, cili benggala, bawnag putih, hirsan tomato. Gaul rata.
2. Tambah pula dengan minyak zaitun, jus limau nipis empingan cili, serbuk lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
3. Panaskan kukusan sehingga keluar wap.
4. Ambil aluminium foil dan masukkan ayam yang diperap tadi. Bungkus dengan kemas.
5. Taburkan di atasnya dengan sedikit empingan cili .
6. Kukus lebih kurang 25-30 minit. Angkat dan hidangkan.

 

2. CHAI KUE

BAHAN KULIT:

  • 300gm tepung beras
  • 100gm tepung ubi
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 3 sudu teh minyak masak
  • 600ml air panas

BAHAN INTI:

  • 150gm isi ayam | dihiris halus
  • 1 batang lobak merah | dihiris halus
  • 2 biji cili merah | dihiris halus
  • Sedikit lada sulah
  • 10 helai daun sawi

BAHAN SOS KICAP CAIR:

  • 50ml kicap cair
  • 10gm gula
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 20gm kicap pekat
  • 30ml air panas

CARA MEMASAK:
1.Untuk menyediakan kulitnya, campurkan tepung beras, tepung ubi, garam dan gula. Gaulkan sehingga ia menjadi sebati.


2.Sementara itu, panaskan periuk dan tuang sedikit aduan. Ratakan dan kukus selama dua minit. Ulang sehingga adunan habis. Ketepikan.
3.Untuk menyediakan inti pula, campurkan isi ayam yang telah diracik halus dan dikukus bersama lobak merah yang telah dihiris, cili merah dan lada sulah. Masukkan ke dalam kulit dan gulung. Kukus lagi selama lima minit.
4.Untuk menyediakan sos kicap cair pula, campurkan kicap cair bersama gula, sos tiram, kicap pekat dan bolehlah dihidangkan.

 

3. SIAKAP STIM NYONYA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap | dibersihkan
  • 2 biji terung | dipotong
  • 5 biji bendi | dipotong
  • 3 tangkai kacang panjang | dipotong
  • 1 biji tomato | dipotong
  • 2 biji cili merah | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 1 kuntum bunga kantan | dihiris
  • 1 batang serai | diketuk
  • 1 sudu makan jus limau nipis
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • Gula dan garam secukupnya
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:
1.Kukus ikan sehingga masak. Ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili merah, serai, bunga kantan, jus limau nipis, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan seketika.
3.Dalam kuali lain goreng bendi, kacang panjang, terung, tomato, cili dan bawang dengan sedikit minyak. Masuk ke dalam kuali berisi tumisan cili merah tadi. Gaul rata.
4.Akhir sekali tuang sos nyonya tadi ke atas ikan yang telah dikukus.
5.Sedia untuk dinikmati.

Info Chef : Selain siakap, boleh juga menggunakan ikan kerapu.

 

4. TENGGIRI KUKUS HALIA

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm isi ikan tenggiri
  • 1 1/2 inci halia | potong tipis
  • 1 biji tomato | potong baji
  • 3 ulas bawang putih | dihiris nipis
  • 1/2 batang lobak merah | dihiris nipis
  • 3 ulas bawang merah | dihiris nipis
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam serbuk
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Lumurkan ikan serbuk lada hitam dan garam. Perap seketika.
2. Letakkan ikan di dalam bekas tahan panas dan tabur halia, tomato, bawang putih, lobak merah dan bawang merah.
3. Masukkan ikan ke dalam periuk kukusan dan masak selama 10-12 minit atau sehingga masak.
4. Sedia untuk dihidangkan.

 

5. BAWAL EMAS KUKUS KURMA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan bawal emas | dipotong dua
  • 1 cm halia | dihiris
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 2 ulas bawang merah | dihiris
  • 1 biji tomato | dipotong baji
  • Sedikit lobak merah | dihiris
  • 3 biji buah kurma | dibuang biji dan dihiris
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, halia, bawang merah, bawang putih dan kurma. Didihkan.
2. Masukkan ikan dan lobak merah. Tutup periuk seketika. Biar hingga ikan masak.
3. Tambahkan tomato dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.

 

6. SIAKAP STIM HALIA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2.5cm halia
  • 3 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 3 batang serai | ditumbuk
  • 5 ulas bawang merah | ditumbuk
  • ½ sudu makan serbuk lada hitam | ditumbuk
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 2 biji limau nipis diperah air
  • 2 biji cili merah | dihiris
  • 1 biji buah tomato | dipotong dadu
  • 1 tangkai daun sup
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Bahan yang dikisar tadi digaul pada ikan bersama garam serbuk lada hitam, dan sos tiram. Perap kira-kira 15 minit.
2 Cili merah, tomato dan daun sup ditabur di atas ikan. Gunakan tomato untuk sedikit rasa masam supaya seimbang dengan rasa sos tiram.
3 Stim / kukus ikan siakap 20 minit. Kira-kira 5 minit sebelum angkat, perah air perahan limau nipis.

 

7. SOLOK LADA

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ekor ikan kembung | dikukus dan ambil isinya
  • 400gm kelapa parut
  • 6 ulas bawang merah | dikisar
  • 2 cm halia | dikisar
  • 1/2 sudu makan ladan hitam | dikisar
  • 100ml santan pekat
  • 1 biji telur
  • 10 biji cili | dihiris tengahnya dan dibuang bijinya
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1.Gaul isi ikan bersama dengan kelapa parut, santan, lada hitam, halia, bawang merah dan telur.
2.Kemudian perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Gaul rata.
3.Sumbatkan bahan ini ke dalam cili yang telah dihiris tengahnya dan dibuang bijinya.
4.Susun di dalam periuk dan kukus hingga masak. Hidangkan.

 

8. SZECHUAN MAPO TOFU POT

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket tauhu Jepun
  • 100gm isi ayam cincang
  • 10gm Hong Kong Starch
  • 10gm cili benggala hijau
  • 10gm cili benggala kuning
  • 10gm cili benggala merah
  • 50gm pes cili
  • 30gm cuka
  • 50gm gula
  • 10gm serbuk ikan
  • 20gm kanji kentang Hong Kong
  • 10gm pes cili
  • 10gm sos tiram
  • 5gm kicap

CARA MEMASAK:
1.Potong dadu tauhu tauhu Jepun dan perasakan dengan kicap cair.
2.Kemudian kukus lebih kurang lima minit. Masukkan dalam mangkuk dan ketepikan.
3. Dalam kuali lain. Panaskan minyak kemudian tumiskan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
4.Masukkan daging cincang dan semua jenis cili benggala cincang hingga wangi.
5.Seterusnya masukkan cuka, sos tiram, gula, garam dan perasa ikan secukup rasa.
6.Akhir sekali masukkan tepung kanji kentang untuk memekatkan kuah.
7.Tutup api, kemudian tuangkan di dalam mangkuk yang berisi tauhu Jepun yang telah dikukus tadi.
8.Taburkan hirisan daun bawang dan hidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Jika suka boleh tambahkan hirisan cendawan hitam dan cendawan Bai Ling.

 

9. HORMHOK

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm isi ikan tenggiri
  • 1 sudu makan pes kari merah
  • 150gm santan
  • 2 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh gula
  • 1 biji telur
  • 3 helai daun limau purut | dihiris nipis
  • 50gm kubis bulat | hiris halus
  • 15 helai daun selasih Thai
  • 1 biji cili merah
  • Daun pisang untuk membuat mangkuk

CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi ikan tenggiri, telur, pes kari merah, sos ikan, gula dan santan ke dalam bekas. Kacau rata.
2. Seterusnya masukkan hirisan kubis, daun selasih dan sedikit daun limau purut di dasar mangkuk daun pisang.
3. Masukkan isi ikan yang telah digaul sebati sehingga memnuhi 3/4 mangkuk.
4. Kukus selama 10-15 minit.
5. Sebelum dihidangkan, letak sedikit baki santan dipermukaan Hormhok dan hiaskan dengan daun limau purut dan cili merah diatasnya.

 

10.PAK CHOI SOS TIRAM

BAHAN-BAHAN:

  • 4 pokok sayur pak choi
  • 5 sudu makan sos tiram
  • 3 ulas bawang putih | dihiris
  • 1cm halia | dicincang
  • Serbuk perasa dan gula secukupnya
  • Sedikit tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
  • Air secukupnya | untuk mencelur
  • Minyak masak secukupnya             

CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan celur sayur pak choi seketika. Toskan air dan susun di atas pinggan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga kekuninggan.
3. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Tambah sedikit gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.
4. Tambahkan bancuhan tepung jagung dan biarkan memekat seketika.
5. Siram sos diatas sayur. Sedia untuk dinikmati.
 
Info Chef:  Tabur bawang goreng diatas sayur untuk rasa yang lebih enak serta manis.

 

Published by
Nur