Setiap hari pasti kaum ibu asyik berfikir apakah juadah yang hendak disajikan buat keluarga. Pening…jangan kata memasak ni mudah. Kadang-kala bila terasa nak masak satu-satu lauk, fikir balik anak-anak dengan suami suka ke tak pula. Hari ni RASA kongsikan EMPAT resipi yang boleh dimasak menggunakan kicap manis. Moga-moga boleh membantu anda buat pilihan.

Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Yang Boleh Masak Guna Kicap Manis.

1. DAGING GORENG KICAP BERCILI

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm daging |hiris nipis
  • 30ml kicap manis
  • 10gm sos tiram
  • 8 biji cili padi |ditumbuk kasar
  • 4 ulas bawang putih|dicincang
  • 3cm halia |dihiris nipis
  • 1 labu bawang besar |potong bulat
  • 1 tangkai daun bawang |dipotong seinci
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Tabur sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit ke atas daging. Goreng garing dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
  3. Masukkan cili padi, bawang besar, kicap dan sos tiram.
  4. Masukkan daging yang telah digoreng bersama daun bawang, garam dan lada sulah secukup rasa.

Info Chef: Pilih kacang bendi yang masih muda untuk memastikan ia rangup ketika digoreng.

Ads

Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Yang Boleh Masak Guna Kicap Manis.

2. IKAN TONGKOL KICAP BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ketul ikan tongkol
  • 45ml kicap manis
  • 20gm serbuk ketumbar
  • 20gm serbuk jintan manis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 ulas bawang putih|cincang halus
  • 1 labu bawang besar|dibelah empat
  • 1 biji cili merah |dipotong serong
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Lumur ikan tongkol dengan sedikit garam dan digoreng sehingga garing.  Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.  Tumis bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kicap.  Didihkan seminit.
  4. Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng bersama bawang dan cili merah.
  5. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.

Info Chef: Ikan tongkol amat enak dimakan apabila ia digoreng bersama rempah

 

Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Yang Boleh Masak Guna Kicap Manis.

3. SOTONG MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 10 ekor sotong |bersihkan
  • 1 batang lobak merah|potong baji
  • 30ml kicap manis
  • 4 ulas bawang putih|cincang
  • 1 labu bawang besar|potong bulat
  • 1 biji cili merah|potong serong
  • 4cm halia muda|dihiris nipis
  • 5gm serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.  Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan sotong, lobak merah dan kicap.  Didihkan sehingga sotong menjadi lembut.
  3. Tambah bawang besar, cili merah dan serbuk lada hitam.
  4. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.

Info Chef:Pastikan sotong dibasuh bersih bagi mengelakkan ia tidak tahan lama

 

Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Yang Boleh Masak Guna Kicap Manis.

Ads

4. UDANG KICAP BERHALIA

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ekor udang besar
  • 45ml kicap manis
  • 1 labu bawang besar |dipotong bulat
  • 1 biji cili merah |dipotong serong
  • 1 biji cili hijau |dipotong serong
  • 4cm halia muda |dihiris nipis
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Lumurkan udang dengan sedikit garam dan lada sulah.  Goreng sehingga masak dan susun di dalam pinggan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan halia.
  3. Masukkan cili merah,cili hijau dan kicap.
  4. Tambah garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
  5. Tuang bahan tumisan kicap ke atas udang goreng dan siap untuk dihidangkan.

Info Chef:Pemilihan udang galah atau udang harimau saiz besar amat sesuai untuk menu ini sebagai pelengkap rasa kicap yang masin dan udang yang enak

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI