Isi Kandungan

Dah masak lauk untuk makan tengahari? Bila masuk waktu begini, pasti ada yang pening fikir nak masak menu apa. Andai dibeli, rasanya kadang kala tak menepati selera. Jom cuba resipi orang bujang yang dikongsi Mohd Nubli Kumkum Mohd Nor @ Uncle Nublikumz ini. Yang berkeluarga pun boleh ‘try’ kerana sngat mudah untuk dimasak. Rasanya pasti sedap! Jom lihat menu-menunya.

4 RESIPI LAUK PAUK TENGAHARI YANG MUDAH MASAK & SEDAP

KUPANG BERLADO

Koleksi Resipi Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Untuk Makan Tengahari

BAHAN-BAHAN:
Kupang

BAHAN KISAR:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili merah
Daun sup | dipotong-potong
Garam

CARA MEMASAK:
1. Cuci kupang dan toskan. Tumis bahan kisar hingga harum. Masak hingga terbit minyak.
2. Masukkan kupang. Kacau sekali sekala hingga masak.
3. Tambah garam secukup rasa. Tabur hirisan daun sup. Siap.

KARI IKAN TANPA SANTAN

Koleksi Resipi Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Untuk Makan Tengahari

Ads

BAHAN-BAHAN:
Ikan (apa-apa jenis pun boleh)
3 sudu besar rempah kari
3 biji bawang merah | dihiris – beli online di sini
2 ulas bawang putih | dihiris – beli online di sini
Halba campur
Air asam jawa
1 biji tomato | belah 4
4 biji bendi
2 biji lada hijau/merah – beli online di sini
Daun bawang
Garam
2 tangkai daun kari

BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris. Masukkan halba campur dan daun kari sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah kari yang dah ditambah air. Masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, tomato dan bendi. Perasakan dgn garam secukup rasa. Siap.
4. Sebelum dihidang, taburkan daun bawang serta hirisan lada merah/hijau.

 

IKAN BAKAR SAMBAL

Koleksi Resipi Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Untuk Makan Tengahari

BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
½ cm belacan
1 biji tomato

BAHAN-BAHAN:
Ikan (apa-apa ikan pun boleh)
Cili kisar
Daun pisang
3 biji atau lebih limau kasturi
Garam

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan cili kisar dan tumis sampai naik minyak. Masukkan garam dan perasa. Bila dah garing, angkat dan ketepikan.
2. Letak sedikit sambal atas daun pisang kemudian letak ikan. Tutup ikan dengan sambal sekali lagi dan balut ikan tu dengan daun pisang elok-elok.
3. Bakar ikan hingga masak. Perahkan limau sebelum dihidangkan.

RENDANG SOTONG

Koleksi Resipi Lauk Pauk Sedap Boleh Masak Untuk Makan Tengahari

BAHAN-BAHAN:
500gm sotong
Santan
2 sudu besar kerisik
Daun limau purut
Garam & gula secukupnya
Minyak masak

BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 cm lengkuas
3 cm halia
2 cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak.
2. Masukkan santan, kerisik, daun limau purut. Kacau sampai naik minyak.
3. Masukkan sotong. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
4. Masakkan sekejap. Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat. Siap.

 

Kredit resipi: Mohd Nubli Kumkum Mohd Nor @ Uncle Nublikumz

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Ads

Koleksi Resipi Berasaskan Daging Yang Mudah Dimasak 

2 Resipi Masak Sardin Cara Baru, Sesuai Jadi Lauk Musim Hujan

Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe, Sedap Makan Sejuk-Sejuk

Ads

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI