Ayam sering dikatakan sebagai salah satu punca berat badan naik dan ia sering dielak oleh mereka yang sedang berdiet. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa resipi masakan ayam yang seimbang dan sihat yang telah dikongsikan oleh Coach Yatie Nadzil di laman facebooknya.

 AYAM KUKUS HALIA BERGAJUS

Koleksi Resipi Masakan Ayam Khas Buat Anda Yang Ingin Diet Dan Kurus!

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam (bahagian dada yang telah dibuang kulit)
  • Bawang putih (dihiris halus)
  • Bawang merah (dihiris nipis)
  • Brokoli
  • Bunga kubis
  • Cendawan dan Kulat Hitam
  • Serai (dihiris halus)
  • Kacang Peas
  • Capsicum (dihiris)
  • Gajus
  • Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan lada sulah secukup rasa.
  2. Tabur halia, bawang putih, brokoli, kacang peas, bunga kubis, cendawan dan kulat , serai, capsicum, gajus dan bawang merah di atas ayam.
  3. Kukus 15-20 minit

 

KERABU AYAM TOMATO

Koleksi Resipi Masakan Ayam Khas Buat Anda Yang Ingin Diet Dan Kurus!

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam (direbus dan diracik halus)
  • Bawang besar (dihiris nipis)
  • Tomato (dihiris nipis)
  • Cili padi
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air perahan limau kasturi

Cara Penyediaan

  1. Gaul kesemua bahan.
  2. Perah limau kasturi.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

 

SUP AYAM 

Ads

Koleksi Resipi Masakan Ayam Khas Buat Anda Yang Ingin Diet Dan Kurus!

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam (dibasuh dan dibuang kulit)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • Lobak merah dan kentang (dipotong dadu)
  • Kulit kayu manis
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • Lada hitam
  • Daun ketumbar (hiasan)
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
  2. Rebus isi ayam.
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga ke dalam rebusan ayam.
  4. Biarkan beberapa minit, kemudian masukkan lobak merah, kentang dan bawang besar yang telah dihiris. Garam secukup rasa.
  5. Letakkan daun sup/ daun ketumbar untuk menaikkan aroma sup.

 

AYAM PANGGANG REMPAH KARI

Koleksi Resipi Masakan Ayam Khas Buat Anda Yang Ingin Diet Dan Kurus!

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam (dibasuh dan dibuang kulit)
  • Kunyit dan garam
  • Sedikit cili kering (dikisar)
  • Rempah kari
  • Daun kari
  • Halia

Cara Penyediaan

  1. Gaul isi ayam bersama kunyit dan sedikit garam.
  2. Masukkan satu sudu besar cili yang telah dikisar.
  3. Gaul bersama halia dan satu sudu besar rempah kari.
  4. Daun kari dan halia untuk naikkan aroma.
  5. Panggang dalam magic pan selama 7-10 minit.

 

AYAM KUKUS PANDAN BERKUNYIT

Koleksi Resipi Masakan Ayam Khas Buat Anda Yang Ingin Diet Dan Kurus!

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam (dibasuh dan dibuang kulit)
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kunyit
  • Jintan putih
  • Ketumbar
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Gaul isi ayam bersama bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus, kunyit, jintan putih, ketumbar dan garam secukup rasa.
  2. Balut ayam dengan daun pandan.
  3. Kukus sekama 7-10 minit.

 

TOMYAM PUTIH THAILAND

Koleksi Resipi Masakan Ayam Khas Buat Anda Yang Ingin Diet Dan Kurus!

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam (dibasuh dan dibuang kulit)
  • 2 batang serai (dipotong serong)
  • Seinci halia (dihiris nipis)
  • Sedikit lengkuas (dihiris nipis)
  • Daun limau purut
  • Lobak merah
  • Tomato
  • Bunga kubis
  • 2 biji bawang besar dibelah 4
  • Kulat/ Cendawan
  • Cili Padi
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Rebus isi ayam.
  2. Masukkan bawang besar, halia, lengkuas, serai.
  3. Kemudian masukkan daun limau purut, cili padi ( ikut selera ) dan lobak merah. Biarkan untuk beberapa minit.
  4. Akhir sekali, masukkan kulat atau cendawan, bunga kubis dan tomato.
  5. Garam secukup rasa.

 

ASAM PEDAS AYAM

Koleksi Resipi Masakan Ayam Khas Buat Anda Yang Ingin Diet Dan Kurus!

Ads

Bahan-Bahan

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Satu sudu cili kering (dikisar)
  • Cili padi
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Isi Ayam (dibasuh dan dibuang kulit)
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Kisar bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, cili padi dan cili kering yang telah dikisar.
  2. Renehkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama isi ayam (tambah air mengikut citarasa. kuah pekat atau kuah cair).
  3. Masukkan serai dan daun limau purut dan biarkan ianya masak selama beberapa minit.
  4. Masukkan garam secukup rasa.

 

TAUHU AYAM SUMBAT

Koleksi Resipi Masakan Ayam Khas Buat Anda Yang Ingin Diet Dan Kurus!

Bahan-Bahan

  • Isi Ayam (direbus dan ditumbuk lumat)
  • Taugeh
  • Lobak merah(dihiris halus)
  • Garam
  • Lada sulah
  • Tauhu
  • Daun bawang (dihiris halus)

Cara Penyediaan

  1. Gaulkan isi ayam, lobak merah, taugeh, daun bawang , lada sulah dan garam sehingga sebati.
  2. Potong tauhu menyerong dan sumbatkan bahan bahan yang telah digaul di bahagian tengah tauhu.
  3. Kukus selama 5-8 minit.

 

SAYUR PEAS KUKUS BERSAMA AYAM

Koleksi Resipi Masakan Ayam Khas Buat Anda Yang Ingin Diet Dan Kurus!

Bahan-Bahan

Ads
  • Isi Ayam (dibasuh dan dibuang kulit)
  • Kacang peas
  • Lobak merah
  • Putik jagung
  • Cili padi/cili besar
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Gaulkan isi ayam bersama kacang peas, lobak merah dan putik jagung yang telah dipotong.
  2. Potong cili padi untuk lebih pedas.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. Kukus 5-7 Minit.

Selamat Mencuba!

Sumber Facebook : Coach Yatie Nadzli 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI