Koleksi Resipi Masakan Ikan Berkuah Yang Sedap & Mudah Dimasak.

Share

Ikan segar memang enak dimasak dengan pelbagai cara. Lembut, manis dan lemak! Kalau goreng je ada kalanya dah biasa dan jemu. Jadi apa kata anda cuba masak aneka menu berkuah pula. Memang sedap dan lagi terasa segar ikan tu. Jom cuba!

 

1. IKAN TAUHU MASAK KUKUS TAUCU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan tauhu saiz sederhana
  • 1 labu bawang Holland }mayang
  • 5 ulas bawang putih
  • 5cm halia
  • 1 batang lobak merah }racik halus
  • 5-8 biji cili padi ]ketuk
  • 1 biji cili hijau ] belah empat
  • Aluminium foil secukupnya
  • Daun pisang secukupnya

BAHAN UNTUK SOS TAUCU:

  • 15gm taucu
  • 50ml air
  • 15gm minyak masak
  • 15gm sos tiram
  • 10gm kicap cair
  • 10gm gula
  • 10gm jus limau

CARA MEMASAK:

  1. Sediakan dan panaskan periuk pengukus. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan sos dan gaul sebati. Ketepikan.
  3. Ambil sekeping aluminium foil, lapik dengan daun pisang. Masukkan ikan di tengah-tengahnya.
  4. Siram sos ke atas ikan siakap.
  5. Masukkan hirisan bawang Holland, bawang putih, halia, hirisan lobak merah, cili padi dan cili hijau.
  6. Bungkus ikan dan kukus selama 20-25 minit.
  7. Angkat dan sedia dinikmati.

 

2. PARI ASAM PEDAS DAUN KESUM

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm ikan pari ]bersihkan
  • 10 biji bendi ]bersihkan dan buang bahagian bawahnya
  • 1 biji tomato ] belah empat
  • 5 tangkai daun kesum
  • 100ml air asam jawa
  • 700ml air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam/serbuk perasa secukupnya

BAHAN (KISAR):

  • 20 biji cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2.5cm belacan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumis bahan kisar hingga terbit wangi.
  2. Masukkan air dan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan pula kacang bendi, daun kesum, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan sekitar tiga minit.
  4. Masukkan pula ikan pari dan biar ia masak dan kuah mereneh.
  5. Tutup api dan masukkan buah tomato.
  6. Angkat dan sedia dinikmati

 

3. PATIN TEMPOYAK BUNGA KANTAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan patin saiz sederhana ] cuci dan potong tiga atau empat
  • 50gm tempoyak
  • 1 keping asam gelugur
  • 350ml air
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1 batang bunga katan ]belah empat
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 5 biji cili padi
  • 2.5cm kunyit hidup
  • 2 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan kisar dengan tempoyak. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Dalam sebuah periuk, masukkan air dan masukkan bahan kisar dan tempoyak yang telah disatukan tadi. Biar ia masak.
  3. Apabila mendidih, masukkan daun kesum, asam gelugur, bunga kantan, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  4. Kemudian masukkan ikan patin tadi. Biarkan ia mereneh selama lebih kurang 10 minit.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef:  Berhati-hati memilih tempoyak kerana boleh mempengaruhi rasa masakan jika tempoyak itu sudah lama.

 

4. KERISI MASAK PINDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan kerisi merah ]bersihkan
  • 1 batang serai ]ketuk
  • ½ labu bawang besar ]mayang halus
  • 2 ulas bawang putih ]mayang
  • 2.5cm halia ]hiris  bulat kasar
  • 2-3 biji cili padi ]ketuk
  • 1 batang bunga kantan ]belah empat
  • 2 keping asam gelugur
  • 500ml air
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Didihkan air dan masukkan semua bahan kecuali ikan.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
  3. Biarkan seketika. Tutup api dan masukkan tomato.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Boleh tambah sedikit kunyit hidup untuk mencantikkan warna masakan.

 

5. KARI IKAN TUNA MARUNGAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan tuna saiz sederhana ] potong tiga
  • Setangkai daun kari
  • 350gm santan
  • 2 batang kacang marungai ] potong
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:

  • 20gm rempah kari
  • 15gm bawang merah
  • 10gm bawang putih
  • 5 tangkai cili kering

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan kesemua bahan kisar sehingga garing dan terbit wangi.
  2. Masukkan santan, daun kari dan kacang marungai. Kacau sekata dan biarkan hingga mendidih.
  3. Masukkan pula ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan biar ia mereneh.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Marungai juga dikenali sebagai kacang kelo

 

6. KARI IKAN TALANG DENGAN TERUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm tulang ikan masin talang
  • 200gm isi ikan masin talang
  • Daun kari secukupnya
  • 350ml santan
  • 2 biji terung panjang ]belah dua

BAHAN KISAR:

  • 1 paket rempah kari
  • 1 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering
  • 125ml air

CARA MEMASAK:

  1. Ikan masin dibersihkan dan rendam di dalam air sekitar 10-15 minit untuk mengurangkan rasa masin. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk. Apabila minyak panas, tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan garing.
  3. Masukkan daun kari dan terung. Gaul sekata.
  4. Apabila terung empuk, masukkan ikan masin dan biarkan sekitar lima minit.
  5. Masukkan pula santan. Kacau supaya sebati.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Info chef: Tak perlu tambah garam kerana masakan sudah masin.

 

7. ASAM REBUS KEMBUNG BELIMBING BULUH

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan kembung  ]bersihkan
  • 10 biji belimbing buluh
  • 1 biji cili hijau ] belah empat
  • 5 biji cili padi ]ketuk
  • 2cm kunyit hidup ]tumbuk
  • 2 ulas bawang merah ]tumbuk
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 batang serai ]ketuk
  • 1 helai daun kunyit ]carik-carik
  • 1 biji tomato  ]belah enam
  • Garam secukupnya
  • 500ml air

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air ke dalam periuk. Masukkan bahan kisar, asam keping, daun kunyit, serai, asam gelugur dan bahan lain. Kacau dan biarkan ia mendidih.
  2. Masukkan ikan dan biar seketika hingga ikan betul-betul masak. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  3. Kemudian masukkan tomato.
  4. Angkat dan sedia dimakan bersama nasi putih panas.

Info chef: jika hendak lebih masam, boleh tambah asam gelugur lebih.

 

8. RENDANG IKAN TENGGIRI

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping isi ikan tenggiri
  • 1 batang serai ]ketuk
  • 50ml santan pekat
  • 1 helai daun kunyit ]racik halus
  • 15gm kerisik
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 10gm jintan manis
  • 10gm jintan putih
  • 10gm ketumbar
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 15gm bawang putih
  • 10gm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak panas, tumis semua bahan yang telah dikisar hingga terbit wangi.
  2. Biarkan sehingga agak pekat barulah masukkan santan, kerisik, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
  3. Masukkan daun kunyit, serai dan ikan tenggiri.
  4. Biar seketika sekitar 10 minit.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

9. BOTOK IKAN TENGGIRI

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping ikan tenggiri
  • 15 gula Melaka
  • 15gm asam jawa ]ambil air
  • 10gm air perahan limau kasturi
  • Garam secukupnya
  • Daun pisang ]dilayur
  • Pencungkil gigi
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 5 tangkai cili kering
  • 50gm kelapa parut
  • 9 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2.5cm kunyit hidup
  • 2.5cm lengkuas
  • 4 batang serai
  • 5 biji cili padi
  • 1 sudu teh serbuk kari

BAHAN HIRISAN:

  • Daun kunyit, daun kesum, daun kaduk, ulam raja, pucuk mengkudu dan daun selasih secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bahan kisar hingga terbit bau wangi.
  2. Masukkan gula Melaka, air asam jawa dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan masak hingga ia pekat. Ketepikan.
  3. Ambil daun pisang, lapiskan dengan aneka daun yang telah dihiris tadi seperti daun kunyit, daun kesum, daun kaduk, ulam raja, pucuk mengkudu dan daun selasih.
  4. Setelah itu masukkan isi ikan di atasnya.
  5. Tuang bahan yang siap ditumis tadi ke atas ikan dengan rata.
  6. Tuang jus limau di atasnya. Balut rapi dan sematkan dengan pencungkil gigi. Ulangi proses hingga habis.
  7. Masukkan ke dalam periuk pengukus yang terlebih dahulu sudah disediakan.
  8. Kukus sekitar 10-15 minit.
  9. Angkat dan sedia dinikmati.

Info chef:  Hirisan daun yang pelbagai jenis itu menambah aroma dan kesedapan hidangan ini.

 

10. SUP IKAN MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping isi ikan merah ]bersihkan
  • 5cm halia ]hiris nipis
  • 1 ulas bawang putih ]mayang
  • 2 ulas bawang merah  ]mayang
  • 350gm labu air ]dadu besar
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji lada putih ]hancurkan
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 biji bunga lawang
  • 400ml air
  • Sedikit daun sup dan daun bawang ]hiris
  • Sedikit bawang goreng
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan lada putih hingga terbit wangi.
  2. Masukkan labu air bersama air, sos ikan, hirisan halia dan kiub pati bilis. Biarkan ia mendidih. Kacau perlahan-lahan.
  3. Masukkan isi ikan dan biarkan ia mereneh sekitar lima minit. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tutup api.
  4. Taburkan daun sup dan daun bawang yang dihiris serta bawang goreng.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Boleh tambah cili padi yang diketuk jika mahu rasa lebih pedas.

 

11. IKAN TONGSAN MASAK LEMAK PUTIH KELEDEK

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping isi ikan tongsan ] potong empat
  • 2 biji keledek ] buang kulit, potong
  • 2 ulas bawang merah  ]mayang
  • 350ml santan
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan rebus keledek yang telah dipotong hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  2. Di dalam periuk lain, masukkan kesemua bahan dan masak menggunakan api kecil. Kacau perlahan sehingga ia mendidih. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  3. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Info Chef: Boleh masukkan cili padi sebiji-sebiji bagi yang suka pedas.

 

12. SUP IKAN DORY BERSAMA TOMATO ROMA

BAHAN-BAHAN:

  • 750gm isi ikan dory
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1 ulas bawang merah | dipotong dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih | dihiris halus
  • 1 batang leek | dipotong halus
  • 2 sudu makan puri tomato
  • 4 biji tomato roma
  • 1 liter air
  • 1 sudu teh hirisan daun parsli
  • 1 sudu teh hirisan daun selasih
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk lada hitam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Basuh ikan dan potong dadu. Panaskan air satu liter dan letakkan sedikit garam. Masak ikan tadi selama 10 minit. Ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk dan tumis bawang merah, bawang putih dan leek sehingga lembut.
  3. Kemudian masukkan puri tomato dan air rebusan ikan. Biarkan mendidih.
  4. Kupas kulit tomato, buang bijinya dan potong dadu. Masukkan ke dalam sup tomato tadi dan biarkan mendidih selama 10 minit.
  5. Masukkan isi ikan dory, garam, gula dan serbuk lada hitam dengan secukup rasa.
  6. Sedia untuk dinikmati.

Info chef: Elakkan mengacau sup dengan kerap bagi memastikan isi ikan tidak hancur

Published by
Nur