Koleksi Resipi Masakan Sotong Yang Sedap, Mudah & Cepat Siap

Share

Menu ringkas untuk masakan sotong yang sedap. Hanya guna bahan-bahan yang wajib ada di dapur. Ingat tau masak sotong ni kejap saja tau.

Kalau terlebih masak sotong ni boleh jadi liat pulak. Jadikan kekalkan rasa berjus dan lembutnya dengan memasukkan sotong kemudian dan dimasak sebentar.

 

SOTONG NESTUM

BAHAN-BAHAN:

½ kg sotong | dihiris kecil
5 biji cili padi | dihiris halus – beli online di sini
1 tangkai daun kari
3 sudu makan mentega – beli online di sini
2 sudu makan bijirin Nestum – beli online di sini
3 sudu makan oat

BAHAN PERAPAN:

2 sudu makan tepung jagung – beli online di sini
2 sudu makan tepung beras – beli online di sini
½ sudu teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula- beli online di sini

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMASAK:

1. Sangai oat bersama nestum hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Gaulkan sotong bersama tepung jagung, tepung beras, lada putih dan garam hingga rata. Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyak.


3. Cairkan mentega di dalam kuali dan masukkan cili padi dan daun kari.
4. Bila daun kari kelihatan sedikit garing, masukkan udang dan gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan nestum dan oat yang telah disangai. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidangkan.

Info chef: Guna minyak yang banyak semasa menggoreng sotong bagi memastikan ia masak secara sekata.

 

SOTONG BAKAR KICAP PEDAS

BAHAN-BAHAN:

500gm sotong | buang kepala dan kulit arinya
2 sudu makan kicap pekat manis – beli online di sini
1 sudu teh gula perang – beli online di sini
1 sudu teh perasa ayam
1 helai daun salam
Garam secukup rasa
2cm lengkuas | ketuk

BAHAN KISAR:

5 ulas bawang merah – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
5 tangkai cili merah – beli online di sini
2cm kunyit hidup –  beli online di sini
3 biji buah keras
1 sudu teh lada hitam

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MEMASAK:

1. Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
3. Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
4. Tutup api dan tambahkan kicap, gaul rata. Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
5. Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit. Angkat dan hidangkan panas-panas.

 

SOTONG MASAK NYONYA SIMPLE

BAHAN-BAHAN:

½ kilo sotong putih | cuci dan potong
3 biji limau kasturi | perah dan ambil jusnya – beli online di sini


4 sudu makan sos tomato
Minyak masak secukupnya – beli online di sini
Gula dan garam secukupnya

BAHAN KISAR:

5 biji cili merah
3 biji cili padi merah
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu teh belacan
Kunyit
Halia
3 helai daun limau purut
2 batang serai – beli online di sini

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan sotong dan jus limau kasturi. Masak selama 5 minit.
3. Masuk sos tomato, gula dan daun pudina. Perasakan dengan garam secukup rasa.


4. Sebelum menghidang, hiaskan dengan daun pudina. Sedia untuk dinikmati!

Kredit resipi: Hanan Humairah

 

KANGKUNG GORENG BELACAN RENCAH SOTONG

BAHAN-BAHAN:

1 ikat kangkung
2 ekor sotong sederhana

BAHAN TUMBUK

2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
4 biji cili api merah
Belacan sesedap rasa korang
Garam
Gula
1 sudu serbuk perasa

CARA MEMASAK:

1. Tumis bahan tumbuk. Tumis sampai agak garing, sampai naik bau. (anda rasa nak terbatuk tersedak, maksudnya sedaplah tu).
2. Masukkan sotong dalam 4 – 5 minit. Kalau lama sangat sotong akan liat. Rasakan dengan garam, gula dan cukup rasa.
3. Masukkan pula kangkung. Masa ini boleh kuatkan api, Kacau laju-laju sikit.

INFO: Boleh tukar cili merah ke cili padi bagi yang suka pedas.

Kredit resipi & gambar: Dapur Lazz

 

SOTONG MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN:

Sotong | dipotong 2 atau kecil bulat-bulat
1 inci halia | dihiris halus
3 ulas bawang merah | dihiris halus
3 ulas bawang putih | dihiris halus
1 biji bawang besar | dihiris besar dan tebal
1 tangkai cili merah | dipotong serong
Asam jawa sebesar ibu jari | dibuat air asam
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, halia, bawang putih.
2. Bila sudah wangi, boleh masukkan sotong. Goreng sotong hingga hampir garing,
3. Kemudian masukkn sedikit air perahan asam jawa, bawang besar, cili merah dan sedikit garam.
4. Tambah air jika suka berkuah. Kacau sebati hingga mendidih. Angkat dan sedia untuk dihidang.

*INFO: Jika suka pedas boleh tambahkan cili padi. Boleh juga masukkan daun limau purut untuk bau wangi.

Kredit resipi & gambar: Mona Din

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff