Teringin masakan Vietnam? Anda tidak perlulah ke restoran yang menyajikan masakan Vietnam atau sehingga berpeluang ke negara. Apa kata anda cuba masak sendiri di rumah  dan boleh sesuaikan dengan cita rasa keluarga anda. Berikut,  Rasa kongsikan beberapa resipi yang boleh anda cuba buat di rumah.

 

1. AYAM SERAI VIETNAM

Koleksi Resipi Masakan Vietnam Yang Sedap, Mudah & Kena Dengan Selera Melayu.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm isi dada ayam | potong kecil, cuci dan tos
  • 4 batang serai | titik atau hiris halus
  • 10 biji cili padi | hiris  memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • Garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya

BAHAN PERAPAN AYAM:

Ads
  • 4 sudu makan kicap ikan
  • 2 sudu makan minyak bijan
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit sebuk lada hitam

CARA MEMASAK:

  1. Gaualkan isi ayam dengan perapan. Perap lebih kurang 30 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Sementara menunggu minyak panas, gaulkan ayam tadi dalam tepung jagung, kemudian celup dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan sekali lagi dalam bekas tepung dan gireng/ Lakukan hingga isi ayam habis digoreng.
  4. Keluarkan minyak, tingga hanya minyak untuk menumis.
  5. Tumis bawag besar, bawang putih, serai dan cili. Kacau rata hingga wangi.
  6. Masukkan ayam, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Ayam sedia dihidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Selain ayam anda juga boleh gunakan udang atau sotong.

 

2. TUMIS BAWANG PUTIH KEPAH (NGHEU XAN TAI NHA)

Koleksi Resipi Masakan Vietnam Yang Sedap, Mudah & Kena Dengan Selera Melayu.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg kepah |cuci bersih dan tos
  • 5 ulas bawang putih | titik
  • 4cm halia muda | hiris memanjang
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 8 biji cili padi | hiris
  • 3 pokok daun bawang | hiris memanjang 3cm
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan halia hingga wangi.
  2. Masukkan kepah, kacau dan tambahkan cili padi.
  3. Kacau lagi, dan perasakan dengan sos tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.
  4. Akhir sekali masukkan daun bawang, tutup api dan kacau rata.
  5. Kepah sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Jika suka anda boleh tukar daun bawang dengan batang leeks.

 

3. MI DAGING VIETNAM

Koleksi Resipi Masakan Vietnam Yang Sedap, Mudah & Kena Dengan Selera Melayu.

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm Banh Pho/ bihun  vietnam | rendam, rebus dan tos
  • 500gm daging batang pinang | cuci bersih dan tos
  • 500gm tulang | cuci bersih dan tos
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 1 biji bawang besar | potong dadu kecil
  • 4 ulasa bawang putih | titik
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 2 sudu makan sos ikan
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN REMPAH RATUS:

  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga

BAHAN ISIAN:

  • Daun sup secukupnya
  • Tauge secukupnya
  • Limau nipis atau lemon | ikut suka
  • Sambal kicap / hirisan cili
  • Bawang goreng | jika suka

 CARA MEMASAK:

  1. Rebus tulang dan daging lebih kurang 15 minit, asingkan daging dan isi tulang.
  2. Tapiskan air rebusan tulang, ketepikan.
  3. Setelah daging sejuk hiris nipis. Ketepikan.
  4. Dalam periuk berasingkan , tumis bahan rempah ratus  bersama bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  5. Kemudiana masukkan air rebusan daging dan tulang tadi bersama serbuk lada sulah.
  6. Setelah mendidih, masukkan sos ikan, perahan jus limau nipis atau lemon, garam, gula dan perasa secukupnya.
  7. Setelah secukup rasa . tutup api.
  8. Sementara itu panaskan air dalam periuk, celur  mi vietnam hingga lembut. Angkat dan toskan.
  9. Masukkan dalam mangkuk, tuangkan kuah, kemudian hias di atasnya dengan tauge dan daun sup, bawang goreng jika suka.
  10. Hidangkan bersama sambal kicap atau cili potong.

INFO CHEF: Untuk mendapat air rebusan yang  bersih, anda  panaskan air,  kemudian masukkan tulang dan daging. Celur seketika keduanya lebih kurang dua minit. Tutup api buangkan air rebusan dan bersihkan daging dan tulang tadi. Kemudian baru rebus semula.

 

Ads

4. ASAM LAKSA VIETNAM

Koleksi Resipi Masakan Vietnam Yang Sedap, Mudah & Kena Dengan Selera Melayu.

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm mi telur | celur hingga lembut dan tos
  • 250gm daging | rebus dan hiris nipis
  • 250gm udang | buang kepala dan kulit kemudian rebus dan tos
  • 1500ml air rebusan daging
  • 6 ulas bawang merah | hiris
  • 4 ulas bawang putih | titik
  • 3cm lengkuas | ketuk
  • 6 helai daun limau purut | carik-carik
  • 2 sudu makan kicap ikan
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN HIASAN:

  • Daun ketumbar | hiris
  • Daun bawang | hiris
  • 4 biji telur rebus | belah dua

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, lengkuas, dan daun limau purut hingga wangi.  
  2. Tambahkan daging dan udang sambil kacau hingga berubah warna.
  3. Tuang air. Masukkan kecap ikan, kecap manis, jus limau nipis, gula, dan garam.
  4. Setelah cukup rasa dan masak. Tutup api dan masukkan daun bawang.
  5. Masukkan mi telur dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah dan hias di atasnya dengan bahan hirisan dan telur rebus.
  6. Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI