Kadangkala pening kepala memikirkan apa lauk pauk untuk disajikan kepada ahli keluarga untuk sahur. Apa kata anda cuba pelbagai jenis resipi nasi goreng yang RASA kongsikan ini. Lebih mudah kerana menu ni tidak perlukan lauk pauk sampingan lain. Masa dan tenaga juga boleh dijimatkan. Selamat mencuba!

 

1. NASI GORENG BIASA

Koleksi Resipi Nasi Goreng Mudah Yang Sesuai Untuk Sahur

BAHAN-BAHAN:

  • 175gm nasi putih
  • 2 ulas bawang putih – ketuk
  • 3 sudu makan cili boh
  • 1 biji telur
  • 100gm isi ayam – potong nipis
  • 100gm udang – bersihkan
  • 100gm sotong – hiris
  • 100gm sawi – potong
  • 100gm kubis cina – potong
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau.
  2. Pecahkan dan masukkan telur, garam , isi ayam, sotong, udang, hirisan sawi dan kubis cina. Gaul seketika.
  3. Setelah itu masukkan nasi gaul hingga rata.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

2. NASI GORENG CINA  

Koleksi Resipi Nasi Goreng Mudah Yang Sesuai Untuk Sahur

BAHAN-BAHAN:

  • 175gm nasi putih
  • 2 ulas  bawang putih – ketuk
  • 1 biji telur
  • 100gm isi ayam – potong nipis
  • 100gm isi udang – bersihkan
  • 100gm isi sotong – hiris nipis
  • 50gm sayur campur
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk.
  2. Masukkan telur, garam , isi ayam, udang dan sotong serta sayur campur.
  3. Setelah itu masukkan nasi gaul hingga rata.
  4. Sedia dihidangkan panas-panas.

 

Ads

3. NASI GORENG SRI BAGAN

Koleksi Resipi Nasi Goreng Mudah Yang Sesuai Untuk Sahur

BAHAN BAHAN:

  • 175gm nasi putih
  • 2 ulas bawang putih – diketuk
  • 4 biji cili padi ( bahan A )
  • 1 sudu rempah sup ( bahan A )
  • 1 sudu rempah kurma ( bahan A )
  • 1 biji telur
  • 100gm isi ayam – potong nipis
  • 100gm udang – bersihkan
  • 100gm sotong – hiris
  • 100gm kacang hijau  
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

 

CARA MEMASAK :-

  1. Kisar bahan A hingga halus. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih yang telah diketuk dan Bahan A yang telah dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan telur, garam , isi ayam, udang dan sotong serta kacang hijau.
  4. Masukkan nasi gaul hingga rata.
  5. Sedia dihidangkan.

 

4. NASI GORENG AYAM  

Koleksi Resipi Nasi Goreng Mudah Yang Sesuai Untuk Sahur

BAHAN-BAHAN:

  • 175gm nasi putih
  • 2 ulas  bawang putih – ketuk
  • 3 sudu cili boh
  • 1 biji telur
  • 100gm sawi – potong
  • 100gm kubis cina – potong
  • garam secukupnya
  • 1 ketul ayam ( paha / dada )
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

 

CARA MEMASAK

  1. Untuk memasak nasi goreng; Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau.
  2. Masukkan telur, garam, sawi dan kubis cina.
  3. Masukkan nasi gaul hingga rata. Angkat dan ketepikan.
  4. Untuk memasak ayam, panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi goreng.

 

5. NASI GORENG KAMPUNG

Koleksi Resipi Nasi Goreng Mudah Yang Sesuai Untuk Sahur

BAHAN-BAHAN:

  • 175gm nasi putih
  • 2 ulas bawang putih – ketuk
  • 4 biji cili padi
  • 1 sudu makan sambal belacan
  • 1 biji telur
  • 100gm isi ayam – potong nipis
  • 100gm udang – bersihkan
  • 100gm sotong – hiris
  • 50gm kangkung – potong
  • 50gm  ikan bilis
  • 1 biji cili merah – potong
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

 

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili padi, dan sambal belacan.
  2. Masukkan telur, garam, perencah , kangkung, cili merah dan ikan bilis.
  3. Masukkan nasi gaul hingga rata.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

6. NASI GORENG IKAN MASIN

Koleksi Resipi Nasi Goreng Mudah Yang Sesuai Untuk Sahur

BAHAN-BAHAN:

  • 175gm nasi putih
  • 2 ulas bawang putih – ketuk
  • 4 biji cili padi
  • 1 sudu ikan masin – ditumbuk halus  
  • 1 biji telur
  • 100gm isi ayam – potong nipis
  • 100gm  udang  – bersihkan
  • 100gm sotong – hiris nipis
  • 50gm kailan – potong
  • 1 biji cili merah – potong
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili padi, dan ikan masin.
  2. Masukkan telur, garam, isi ayam, sotong, udang, kalian dan cili merah.
  3. Masukkan nasi gaul hingga rata.
  4. Sedia dihidangkan bersama salad dan timun berserta sup.

 

7. NASI GORENG PAPRIK

Koleksi Resipi Nasi Goreng Mudah Yang Sesuai Untuk Sahur

Ads

BAHAN-BAHAN:

BAHAN NASI:

  • 175gm nasi putih
  • 2 ulas bawang putih – ketuk
  • 3 sudu makan cili boh
  • 1 biji telur
  • 50gm sawi – potong
  • 50gm kubis cina – potong
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

 

BAHAN LAUK:

  • 100gm ayam – potong dadu
  • 100gm daging – Hiris nipis
  • 100gm udang – bersihkan
  • 100gm sotong – hiris nipis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 50gm kacang panjang – potong
  • 50gm lobak merah – potong
  • 50gm bunga kubis – potong
  • 50gm kubis cina – potong
  • 50gm anak jagung  – potong
  • Daun limau purut secukupnya – racik

 

CARA MEMASAK :-

  1. Untuk memasak nasi: Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau.
  2. Masukkan telur, garam , ayam, sotong, udang, sawi dan kubis cina.
  3. Masukkan nasi gaul hingga rata. Ketepikan.
  4. Untuk membuat paprik; Panaskan minyak , tumis bawang putih yang telah diketuk hingga naik bau.
  5. Masukkan ayam, sos tiram, cili sos dan tomato sos.
  6. Tunggu sehingga ayam masak  dan masukkan daun limau purut, kubis bunga, hirisan lobak merah , kacang panjang, bunga kubis dan anak jagung yang telah dihiris. Kacau sekata.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

8. NASI GORENG TOMYAM

Koleksi Resipi Nasi Goreng Mudah Yang Sesuai Untuk Sahur

BAHAN-BAHAN:

  • 175gm nasi putih
  • 2 ulas bawang putih – ketuk
  • 50gm kacang panjang – hiris halus
  • 50gm daun limau – hiris halus  
  • 50gm anak jagung – hiris haus
  • 1 batang serai – hiris halus  
  • 1 sudu makan pes tomyam
  • 1 biji telur
  • 100gm isi ayam – potong
  • 100gm  udang – bersihkan
  • 100gm  sotong – potong nipis
  • 1 biji cili merah – potong
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama bahan yang telah dihiris. Masukkan telur, garam, sotong, ayam, udang, dan pes tomyam. Kacau sekata.
  2. Masukkan pula nasi dan gaul hingga sebati dan taburkan sedikit daun limau purut dan cili merah sebagai hiasan.
  3. Sedia dihidangkan dengan salad dan timun berserta sup kosong.

 

Ads

9. NASI GORENG KERABU

Koleksi Resipi Nasi Goreng Mudah Yang Sesuai Untuk Sahur

BAHAN-BAHAN:

  • 175gm nasi putih
  • 2 ulas bawang putih – ketuk
  • 50gm kacang panjang – hiris halus
  • 50gm daun limau – hiris halus
  • 50gm anak jagung – hiris halus  
  • 1 batang serai – hiris halus
  • 1 batang bunga kantan – hiris halus  
  • 50gm kubis – hiris halus  
  • 50gm lobak merah  – hiris halus  
  • 1 biji telur
  • 100gm isi ayam – potong
  • 100gm udang – bersihkan
  • 100gm sotong – potong nipis
  • 50gm taugeh
  • 1 biji cili merah – potong  
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama bahan yang telah dihiris.
  2. Masukkan telur, garam , taugeh, isi ayam, sotong dan udang.
  3. Masukkan pula nasi dan gaul hingga rata serta taburkan sedikit hirisan serai dan cili merah sebagai hiasan.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

10. NASI GORENG CILI API

Koleksi Resipi Nasi Goreng Mudah Yang Sesuai Untuk Sahur

BAHAN-BAHAN:

  • 175gm nasi putih
  • 2 biji bawang putih – ketuk
  • 4 biji cili padi – ketuk
  • 1 biji telur
  • 100gm isi ayam – hiris nipis
  • 100gm udang – bersihkan
  •  100gm sotong – hiris nipis
  • 50gm sawi – hiris
  • 50gm kubis panjang – potong
  • 1 biji cili merah – potong
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

 

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili api
  2. Masukkan telur, garam , sawi, kubis panjang, isi ayam, udang dan sotong.
  3. Masukkan nasi, gaul hingga rata dan taburkan sedikit serai dan cili merah sebagai hiasan.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan dengan salad dan timun berserta sup kosong.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI