Hidangan pencicah air asam ni memang sedap. Hanya menggunakan bahan yang ‘basic’, tapi hasilnya memang membuka selera. Pedas dan masam. Fuhhh… Kalau makan dengan ikan, daging bakar atau terung bakar memang sedap. Malah kalau cicah dengan aneka lauk pauk rebus pun sesuai.  Terasa nak makan air asam? Ha… Jom kita tengok resipi-resipi yang mudah ni. Memang sedap.

 

1. AIR ASAM PUSAKA 

Koleksi Resipi Pencicah Air Asam Paling Sedap & Mudah Buat.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 ulas bawang putih – dibakar
  • 6 biji bawang merah saiz bola pingpong – dibakar
  • 1 1/2 inci belacan – dibakar
  • Beberapa biji cili padi
  • 2 biji limau nipis saiz besar
  • 3/4 sudu makan gula
  • 3/4 sudu teh garam
  • 3/4 sudu makan perencah Hilal – abaikan jika tiada
  • 1/2 cawan air

CARA MEMBUAT:

1. Untuk menyediakan air asam, kupas bahan-bahan bakar dan tumbuk bersama cili padi hingga lumat.

Koleksi Resipi Pencicah Air Asam Paling Sedap & Mudah Buat.

2. Kemudian perasakan dengan garam, gula serta perencah. Gaul rata. Kuantiti bergantung pada citarasa. Kurangkan jika terlalu berperisa.

Koleksi Resipi Pencicah Air Asam Paling Sedap & Mudah Buat.

3. Perah jus limau nipis dan gaul sekali lagi hingga sebati. Guna tapis bagi mengelakkan biji masuk ke dalam air asam.

Koleksi Resipi Pencicah Air Asam Paling Sedap & Mudah Buat.

Ads

4. Tambahkan air masak. Gaul sekali lagi.

Koleksi Resipi Pencicah Air Asam Paling Sedap & Mudah Buat.

5. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar.

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

 

2. AIR ASAM SEMPOI

Koleksi Resipi Pencicah Air Asam Paling Sedap & Mudah Buat.

BAHAN A:

  • Bawang besar
  • Tomato
  • Cili padi hijau
  • Cili merah

BAHAN B:

  • Bawang besar
  • Tomato
  • Cili padi hijau
  • Cili merah
  • Belacan
  • Air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa

BAHAN C:

  • Kerisik secukupnya
  • Limau nipis |jumlah bergantung tahap kemasaman yang disukai

CARA MEMASAK:

1. Hiris bahan A. Masukkan ke dalam bekas.

Koleksi Resipi Pencicah Air Asam Paling Sedap & Mudah Buat.

2. Masukkan bahan B ke dalam blender. Tambah belacan, garam, gula dan air asam jawa secukupnya. Kisar.

Koleksi Resipi Pencicah Air Asam Paling Sedap & Mudah Buat.

3. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi bahan hiris. Gaul rata.

4. Masukkan bahan C dengan secukupnya. Gaul lagi dan bolehlah dinikmati.

Kredit resipi & foto: Animas Nurjana Abdul Halim

 

3. AIR ASAM PERUT KITAB

Koleksi Resipi Pencicah Air Asam Paling Sedap & Mudah Buat.

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg perut kitab – direbus sampai lembut
  • 1 biji tomato – hiris kasar
  • 1 tangkai daun kesum – hiris kasar
  • Garam, ajinomoto dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR KASAR:

  • 4 biji cili/ cabai- jika nak pedas, lebihkan.
  • Jus limau nipis/asam jawa – nak masam, lebihkan.
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar

CARA MEMASAK:

  1. Hiris perut menjadi kepingan kecil.
  2. Satukan perut, bahan kisar, bahan hiris dan perasakan secukupnya.
  3. Gaul rata. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Norhasmiza Mohd Nor

 

4. DAGING AIR ASAM

Koleksi Resipi Pencicah Air Asam Paling Sedap & Mudah Buat.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 2 biji tomato – dihiris
  • 2 biji limau kasturi
  • 8-10 biji cili padi – dihiris
  • 1cm belacan – boleh lebihkan. Lagi sedap
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan daging dan rebus hingga empuk.
  2. Satukan semua bahan hiris, belacan dan garam secukup rasa ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  3. Perahkan jus limau kasturi. Pastikan biji dibuang terlebih dahulu.
  4. Bila daging dah empuk, hiris nipis kemudian masukkan ke dalam mangkuk beriis bahan-bahan yang dihiris tadi.
  5. Tambahkan air rebusan daging secukupnya bergantung pada jumlah daging.
  6. Rasa dan tambah perasa jika kurang. Jika suka rasa yang masam, tambahkan jus limau kasturi atau limau nipis ikut citarasa.
  7. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zurini Ismail

Ads

 

5. TERUNG BAKAQ AYAQ ASAM

Koleksi Resipi Pencicah Air Asam Paling Sedap & Mudah Buat.

BAHAN-BAHAN:

  • Terung (bakar)
  • 2 biji cili padi
  • 2 biji cili besar 
  • Belacan (tumbuk kasar)
  • Santan 
  • Perahan limau
  • Garam gula
  • Bawang besar-di mayang
  • Cili padi-potong

CARA MEMASAK:

  1. Bakar terung (terbakar hitam itu yang buat lagi sedap)
  2. Cili padi, cili merah dan belacan ditumbuk kasar.
  3. Masukkan bahan tumbuk dalam mangkuk kecil.
  4. Selepas itu masukkan terung, santan, bawang besar, cili padi potong dan perahan limau. Gaul hingga sebati.
  5. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula.
  6. Bila rasa sudah sedap boleh makan dengan nasi panas.

Kredit resipi & foto:Arieza Riez

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI