Koleksi Resipi Sedap Boleh Masak Guna Sardin Dalam Tin

Share

Sardin dalam tin tidak kurang enaknya kalau kreatif mengolah resipi. Selain sedap masak macam tu je, anda juga boleh cipta menu baru yang cepat, mudah dan sedap. Sangat sesuai buat ibu-ibu yang sentiasa sibuk atau buntu nak masak.

 

1. IKAN SARDIN PERCIK

BAHAN-BAHAN:

BAHAN KUAH PERCIK:

  • 500ml santan kotak
  • 1 batang serai | titik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1/2 helai daun kunyit | carik dan simpul
  • 5 tangkai cili kering | kisar
  • 4 ulas bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 2 cm halia | kisar
  • 2biji buah keras | kisar
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Bakar ikan sardin menggunakan ketuhar atau pemanggang.  Setelah garing angkat dan ketepikan.
  2. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan kisar bersama santan.
  3. Didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
  4. Setelah mendidih masukkan asam gelugor, serai dan daun kunyit.
  5. Kacau hingga  kuah pekat.
  6. Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah timbul minyak. Tutup api  dan hidangkan ikan sardin bakar tadi dengan sos percik.

INFO CHEF: Hidangkan sardin bakar dengan sos berasingan atau dituang terus di atas ikan.

 

2. TELUR BUNGKUS SARDIN 

BAHAN-BAHAN

  • 1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuah
  • Sedikit  cili benggala | dadu halus
  • 1 pokok daun bawang | hiris halus
  • 1/2 biji buah tomato | dadu halus
  • 1/2 biji bawang Holland | dadu halus
  • 1 biji bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak

BAHAN TELUR DADAR:

  • 2 – 3 biji telur
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk lada sulah

CARA MEMASAK:

  1. Hancurkan isi sardin dalam mangkuk, kemudian ketepikan.
  2. Panaskan  minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu.
  3. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
  4. Seterusnya masukkan  sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata.
  5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah kuah kering,  tutup api.
  7. Sediakan pula telur dadar,  pecahkan telur dalam mangkuk.
  8. Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.
  9. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak.
  10. Tuang telur dan dadarkan ikut saiz  sesuai dengan  isi sardin tadi.
  11. Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama.
  12. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Cara mudah untuk terbalikkan telur dadar, tekapkan telur dengan piring atau pinggan di atasnya kemudian terbalikkan kuali. Telur akan masuk dalam piring dengan cantik.

 

3. IKAN MACKEREL ASAM PEDAS  

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin besar ikan mackerel | asingkan isi ikan dari kuah
  • 4 biji bendi
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 1 kuntum bunga kantan | belah dua
  • 3 pucuk daun kesum
  • 1/2 cawan air asam Jawa
  • Air secukupnya
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2cm lengkuas

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula  air asam Jawa, biarkan mereneh seketika baru masukkan ikan.
  4. Seterusnya masukkan kacang bendi, bunga kantan dan daun kesum .
  5. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Biarkan mereneh  seketika sehingga  timbul minyak. Tutup api,
  7. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF:   Jangan kacau selalu untuk mengelakkan isi ikan hancur.

 

Published by
Nur