Kongsi Resepi Kuah Kacang Ikut Resipi Arwah Mak. Ramai Yang Memuji Sedap

Share

Kuah kacang biasanya enak dinikmati bersama nasi impit. Tidak semestinya menunggu raya baru boleh buat kuah kacang. Ada tetamu nak datang hujung minggu ni, boleh jamu mereka dengan kuah kacang air tangan anda.

Boleh cuba resepi perkongsian Ruziati Amat Sarbini  ini katanya diperoleh dari arwah ibu. Bahkan, rakan-rakan turut mengakui akan keenakannya sehinggakan ada yang memintanya menjual kuah kacang.

 

KUAH KACANG

Bahan-bahan:

1 kg kacang tanah (goreng)-beli online di sini

600 gm gula

2 1/2 sudu garam

3 biji bawang besar

4 ulas bawang putih-beli online di sini

Segenggam asam jawa (bancuh pekat)-beli online di sini

4 batang serai

Seinci lengkuas

Minyak masak

Air

Udang kering (ikut selera)-beli online di sini

Rm3 cili kering (kalau rasa nak lebih pedas boleh tambah cili)-beli online di sini

Dapatkan CUOCO STAINLESS STEEL HONEYCOMB 38CM IH NON-STICK WOK dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

Cara memasak:

1.Tumis bahan blender. Masukkan semua bahan.Tambah air.

2.Biarkan mendidih sehingga agak pekat (sambil tu kacau selalu untuk elak hangus bahagian bawah)Kecilkan api.

3.Renehkan kuah sehingga naik minyak sambil kacau sesekali.

Kredit: Ruziati Amat Sarbini

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri