Bila tiba raya, Biskut Batang Buruk antara kudapan raya yang wajib ada. Rupanya mudah sahaja untuk membuat kudapan ini. Saudari Nama Saya Siti Aisyah ada kongsikan resipi yang diambil dari ibunya. Menurut beliau ibunya sudah 30 tahun meniaga biskut Batang Buruk ini. Istimewanya doh kulit dihasilkan sendiri dan tidak menggunakan kulit popia. Jom cuba buat. Anda pasti suka.
RESIPI BISKUT BATANG BURUK ORIGINAL
BAHAN-BAHAN KULIT:
CARA MEMASAK:
1.Kacau sebati santan, kerisik, garam, dan telur. Kacau manja sahaja.
2.Masukkan campuran santan ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh.
3.Bila doh sudah sempurna, canai doh tadi sampai nipis. Nak lebih mudah boleh guna mesin yang buat mee. Pusing sahaja guna bahagian yang licin. Ketebalannya sedang sahaja. Tidak tebal sangat dan tidak nipis sangat.
4.Potong kecil doh tadi. Ibu empunya resipi potong lebar dia besar sikit dari pembaris, panjang dalam 2 inci.
5.Bila doh sudah dipotong kecil, boleh gulung sama ada dililit pada jari atau chopstick. Lakukan hingga habis.
6. Bila sudah siap, bolehlah digoreng, angkat dan toskan.
BAHAN-BAHAN INTI:
CARA MEMASAK:
1.Sangai kacang hijau dalam kuali tanpa menggunakan minyak. Bila kacang nampak ringan dan masak, letak dalam talam dan sejukkan seketika. Masa disangai, kacang harus sentiasa dikacau untuk elak dari hangit.
2.Bila kacang telah sejuk, kisar guna blender kering hingga halus.
3.Untuk pastikan kacang benar-benar halus, selepas kisar, ayak kisaran tadi. Kisar lagi ketulan kacang yang kasar sampai jadi serbuk halus dan putih.
4.Gula pun perlu dikisar halus.
5.Campurkan kisaran gula dan kacang. Gaul sampai sebati.
6.Bila sudah sebati, boleh mulakan proses menggaul batang buruk dalam inti.
7.Tekan-tekan inti ke dalam kulit batang buruk dan pastikan padat. Barulah sedap dimakan.
Kredit resipi & foto: Nama Saya Siti Aisyah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official