Aktif berkongsi masakan di media sosial menjadikan Puan Lina Saidin Thomas atau lebih dikenali sebagai Lina Thomas tidak asing lagi di kalangan pengumpul resipi-resipi masakan.

Kongsi Resipi Masakan Di Laman Sosial Buat Diri Rasa Lebih Dekat Dengan Tanah Air – Lina Thomas

Sentiasa memuat naik pelbagai resipi mudah dan enak disamping gambar-gambar masakan yang cantik menjadi ramai yang tertarik untuk mendekati wanita manis ini.

Bagi yang baru mengenali, Puan Lina Thomas merupakan salah seorang Instafamous Malaysia popular yang menetap di Atlanta, Georgia Amerika Syarikat.

Beliau sememangnya well-known dikalangan pelayar laman sosial dan merupakan pengasas grup masakan Sejuta Rasa Official by Lina Thomas. Tidak lokek ilmu yang dimiliki malah mudah mesra, menjadikan wanita kelahiran Pulau Pinang ini begitu disenangi ramai.

Kongsi Resipi Masakan Di Laman Sosial Buat Diri Rasa Lebih Dekat Dengan Tanah Air – Lina Thomas

15 tahun di negara orang lebih-lebih lagi di kejiranan yang tidak mempunyai ramai orang Malaysia pastinya membuahkan rasa rindu pada keluarga di tanah air. Oleh yang demikian beliau gemar memasak sajian Malaysia dan memuat naik di laman sosial.

Dari situ wujudnya perbualan serta pertanyaan dari para followers. Ibarat bersembang dengan sahabat-sahabat. Ilmu yang ada dikongsi bersama dan bila mereka cuba dan menjadi, ia memberi satu kepuasan.

IKLAN

“Kak Lina melepaskan rindu pada tanah air menerusi masakan Malaysia. Memang setiap hari Kak Lina rindu, dalam seminggu tu 3 hingga 4 hari masak masakan Malaysia.

Orang Malaysia tak ramai dekat Atlanta ni. Jadi dengan adanya media sosial dan kebanyakan followers Kak Lina dari tanah air, so lepas juga rasa rindu ni especially tahun ni memang plan nak balik Malaysia lagi. Tapi disebabkan pandemik Covid 19 yang sedang melanda, perancangan untuk pulang jumpa keluarga Kak Lina terpaksa tangguhkan dahulu,” ujar suri hati kepada Phil Thomas ini.

Tatkala ditanya mengenai sajian kegemaran, hidangan Rendang Daging, Nasi Lemak dan sate adalah antara sajian Malaysia kegemaran beliau dan keluarga. Anak serta suami memang suka sangat.

Malah menurut ibu kepada Shermaine Thomas lagi, untuk rasa lebih dekat dengan tanah air, beliau juga selalu buat ‘makan-makan’ dengan menjemput kenalan-kenalan dari Malaysia yang datang untuk bekerja, berkahwin dan juga para pelajar. Memang seronok.

Kongsi Resipi Masakan Di Laman Sosial Buat Diri Rasa Lebih Dekat Dengan Tanah Air – Lina Thomas

Minat pada sajian tradisi, tapi jangan tak tahu, Puan Lina Thomas ni pun handal dalam memasak masakan barat dan manisan moden tau. Malah sangat kreatif orangnya.

Tengoklah resipi-resipi yang beliau kongsikan ni. Nampak sedap dan menyelerakan. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

IKLAN

 

JALUR GEMILANG MIXED FRUIT PASTRY CAKE

Kongsi Resipi Masakan Di Laman Sosial Buat Diri Rasa Lebih Dekat Dengan Tanah Air – Lina Thomas

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 100gm mentega – suhu bilik
  • 150gm gula
  • 2 sudu makan sour cream / yogurt
  • 3 biji telur gred A – dipukul perlahan
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan jus lemon
  • Zest (parutan kulit) dari 1 biji lemon
  • 210gm tepung gandum – diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
  • Sedikit buah-buahan – strawberi, pic & blueberi atau buah-buah lain yang jadi pilihan.

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180C (350 ° F) dan letakkan rak di tengah-tengah.
  2. Oles/sapu tepi dan bahagian bawah loyang springfoam (guna loyang cheesecake 9” atau 9×3 atau pun loyang bulat biasa) dengan mentega atau semburan minyak masak. Alaskan dengan kertas minyak. Sekali lagi griskan/oles mentega atau minyak pada kertas minyak juga.
  3. Pukul mentega, sour cream dan gula hingga ringan dan lembut.
  4. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga sebati.
  5. Seterusnya masukkan esen vanilla, jus serta zest ( parutan kulit) lemon. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Adun hingga sekata.
  7. Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan dan susun buah-buahan mengikut kreativiti anda.
  8. Jangan tekan kepingan buah-buah tadi. Hanya susun dan letak begitu sahaja diatas adunan kek.
  9. Bakar kek selama 1 jam. Dalam 15 minit terakhir, tutup permukaan atas kek dengan aluminium foil bagi mengelakkan permukaan kek terlalu keperangan.
  10. Setelah kek masak, biarkan sejuk dalam loyang selama 5-10 minit. Kemudian barulah dikeluarkan dari loyang dan disejukkan diatas redai/rak dawai.
  11. Tabur sedikit gula aising atau snow dust diatas kek.
  12. Siap dan sedia untuk dinikmati.

 

HOMEMADE MERDEKA PIE

Kongsi Resipi Masakan Di Laman Sosial Buat Diri Rasa Lebih Dekat Dengan Tanah Air – Lina Thomas

BAHAN PASTRI:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan mentega sejuk dan potong dadu
  • 1/4-1/2 cawan air ais

BAHAN INTI:

  • 4 cawan strawberi – dicuci, dikupas dan dihiris nipis
  • 2 cawan blackberry – dibasuh
  • 1/2 cawan gula
  • 5 sudu makan tepung jagung
  • 3 sudu teh jus lemon
  • 3/4 ​​sudu teh garam
  • 1 biji telur gred C
  • 1 sudu makan heavy whipping cream

CARA MEMASAK:

  1. Satukan tepung, gula aising dan garam, kacau rata.
  2. Masukkan mentega sejuk. Gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat tekstur seperti serbuk roti.
  3. Masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
  4. Bulatkan doh dan bungkus dengan plastik. Simpan dalam peti sejuk 30 minit.
  5. Panaskan ketuhar hingga 180C. Sediakan acuan sesuai (saiz 6”).
  6. Dalam mangkuk kecil, satukan blackberry, 1/4 cawan gula, 2 sudu makan tepung jagung, 1 sudu teh jus lemon dan 1/4 sudu teh garam. Ketepikan.
  7. Dalam mangkuk besar, satukan strawberry, 1/4 cawan gula, 3 sudu makan tepung jagung, 2 sudu teh jus lemon dan 1/2 sudu teh garam. Ketepikan.
  8. Keluarkan doh dari peti sejuk, kerat 2 dan ambik 1/2 bahagian dan simpan 1/2 bahagian doh dalam peti sejuk.
  9. Tabur tepung atas meja kerja, canai doh kurang lebih 0.3 cm, kemudian alaskan pada acuan tadi. Kemaskan dan cucuk permukaannya dengan garpu.
  10. Bahagikan pai kepada dua bahagian. Sudukan inti blackberry di bahagian kecil manakala inti strawberi di bahagian pai yang lebih besar.
  11. Ambil doh pastry kedua yang disimpan tadi. Potong doh bagi membentuk jalur, bulan dan bintang menggunakan pisau atau acuan biskut. Susun pastry diatas pai.
  12. Pukul whipping cream dan telur hingga sebati. Sapukan ke atas doh pai (keliling pai, jalur, bulan dan bintang). Taburkan dengan gula jika mahu.
  13. Bakar pai selama 40-45minit atau sehingga warna keemasan. Masukkan ke dalam ketuhar di rak paling bawah dan bakar guna api bawah sahaja hingga pai kelihatan perang keemasan.
  14. 10 minit sebelum tamat tempoh membakar, bakar pai guna api atas dan bawah supaya permukaan pai perang.
  15. Bila sudah masak sepenuhnya, keluarkan dan biar pai sejuk. Tanggalkan pai dari acuan dan boleh hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI