Kuih bakar memang sedap dan sesuai dihidangkan ketika minum petang.  Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut memang puas hati kan? Tapi agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri? Mudah je..Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak..Selamat mencuba!

KUIH BAKAR PANDAN

Korang Suka Makan Kuih Bakar? Haa Kali Ini Kita Variasikan Lagi Menu Kuih Bakar..

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula kaster
  • 1 cawan air pandan (6 helai daun pandan kisar dengan air)
  • 2 cawan santan
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sebagai hiasan- sedikit bijan

CARA PENYEDIAAN

Ads
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati. Whisk pun boleh.
  2. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi ke dalamnya.
  3. Taburkan bijan setelah dibakar dalam 10-15 minit.
  4. Bakar 40 minit pada suhu 180C hingga masak atau boleh tambah masa membakar dalam 20 minit lagi untuk mendapatkan permukaan yang berkerak/garing. Resipi ini dibakar hampir 1 jam setengah.
  5. Bila dah sejuk, baru dipotong.

Kredit resipi & foto: Azie Kitchen

KUIH BAKAR JAGUNG

Korang Suka Makan Kuih Bakar? Haa Kali Ini Kita Variasikan Lagi Menu Kuih Bakar..

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan (200ml) tepung
  • 1/2 cawan gula (kalau nak kurang manis kurangkan sikit lagi)
  • 1 butir telur
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 1/2 cawan santan
  • 1/2 cawan jagung kernel dalam tin (yang berbutir atau boleh juga letak jagung parut)
  • Sedikit garam
  • Pewarna kuning

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar sampai halus.
  2. Panaskan oven 180C dan masukkan sebentar acuan yang telah dilumur mentega atau majerin.
  3. Bila acuan telah panas dan majerin telah cair, tuang adunan ke dalamnya.
  4. Bakar selama 1 jam.

Kredit resipi & foto: Cik Siti Abu Sujak

KUIH BAKAR LABU

Korang Suka Makan Kuih Bakar? Haa Kali Ini Kita Variasikan Lagi Menu Kuih Bakar..

Ads

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cwn santan (1 santan kotak + 1/2 cawan air)
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 cwn labu yg telah direbus dan dilecek
  • Sedikit bijan untuk tabur

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar.
  2. Satukan bahan-bahan diatas kecuali labu yang di lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata. Tuang dalam loyang yang telah disiapkan tadi.
  4. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  5. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.

Kredit resipi & foto: Azie Kitchen

KUIH BAKAR KACANG MERAH

Ads

Korang Suka Makan Kuih Bakar? Haa Kali Ini Kita Variasikan Lagi Menu Kuih Bakar..

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan (resipi ini menggunakan sepeket santan serbuk + secawan air)
  • 1 cawan susu sejat
  • 3/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 tin jagung manis ala krim (tukar ke kacang merah)
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit bijan jika suka

CARA PENYEDIAAN

  1. Kisar semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan.
  2. Masukkan jagung dan kisar sebentar.
  3. Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam.

Kredit resipi & foto: Nazratul Akhtar Jainudin

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI