Bagi orang-orang Pahang, ini ada tiga kuih tradisional yang yang masih dicari dan diingati  kerana keenakannya dan cukup sinonim setiap kali Ramadan  zaman dulu-dulu. Kuih-kuihnya  adalah, Dodol Kukus, Badak Kubang dn Kuih  Telipok. Tiga kuih ini sangat sennang, hanya menggunakan tiga bahan utama, tepung pulut,santan dan gula. Bagaikan terasa-rasa lemak manisnya di lidah.

 Korang Wajib Cuba 3 Kuih tradisional Pahang Ni,  Sedap Sangat ! 

DODOL KUKUS

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm tepung pulut hitam
  • 250gm tepung pulut putih
  •  200gm gula halus
  • Tahi minyak secukupnya
  • 5ml minyak masak
  • Daun pisang | sebagai alas
  •  Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Campurkan tepung pulut putih dan hitam dalam mangkuk adunan rata.
  2. Kemudian masukkan gula dan santan, kacau rata.
  3. Tambahkan garam secukup rasa dan kacau rata lagi.
  4. Sediakan loyang dan sapukan minyak.
  5. Letakkan daun pisang, masukkan adunan tadi ke dalam loyang.
  6. Kukus sehingga masak.
  7. Setelah masak, taburkan tahi minyak dan hidang.

 Korang Wajib Cuba 3 Kuih tradisional Pahang Ni,  Sedap Sangat ! 

KUIH BADAK KUBANG

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung pulut putih
  • 2 cawan tepung pulut hitam
  • Gula Melaka | potong dadu kecil
  • Sedikit air
  • Daun pisang secukupnya

BAHAN KUAH PUTIH:

  • 1 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung kedua-dua jenis tepung pulut dan  campurkan dengan sedikit air.

2. Adun menjadi doh seperti kuih Melaka.

3. Bulat-bulatkan dan letakkan gula Melaka di tengahnya.

4. Susun dalam loyang yang di alas dengan daun pisang yang telah disapu minyak masak.

5. Kukus lebih kurang 10 minit.

Ads

6. Keluarkan dan tuangkan bahan kuah putih yang sudah dicampur dan dikacau rata

7. Kukus lagi selama 10 minit. Angkat dan sejukkan seketika sebelum sedia dihidangkan.

 Korang Wajib Cuba 3 Kuih tradisional Pahang Ni,  Sedap Sangat ! 

 KUIH TELIPOK

Ads

BAHAN-BAHAN:

BUNGA TELIPUK:

  • 300gm tepung pulut
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak
  • Daun pisang

BAHAN KUAH HIJAU:

  • 50 gm tepung gandum
  • 10 sudu makan gula pasir
  • 750ml santan
  • 8 helai daun pandan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK:

  1. Untuk bunga telipok putih: Bancuh tepung dengan air sehingga bancuhan tidak lekat ditangan.
  2. Kemudian bentuk bulat dan empat segi bunga telipot dan lubang di tengah.
  3. Susun dalam loyang beralaskan daun pisang
  4. Untuk kuah hijau, satukan semua bahan dan kacau rata.
  5. Kemudian tapiskannya.
  6. Tuangkan dalam loyang yang disusun dengan tepung pulut yang dibentuk seperti bunga telipok.
  7. Kukus lebih kurang 20 minit.
  8. Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan panas-panas atau sejuk.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI