Hari ni RASA nak share satu menu ringkas, sedap, sihat dan senang membuatnya. Menunya ialah Ketam Kukus. Jika ke pasar pagi ni bolehlah beli ketam dan cuba buat menu Ketam Kukus. Takdalah nak masak sambal je ketam tu…
Jom ubah selera yang lebih sihat….
Ads
KETAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
Ads
5 ekor ketam | bersihkan
500gm isi ayam
2 biji telur
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu sos tomato
1 biji cili benggala merah
1 biji cili benggala hijau
Daun sup dan daun bawang secukupnya
Lada sulah secukupnya
Garam dan bahan perasa secukupnya
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
Ketam direbus bersama air dan sedikit garam selama 10 minit. Kemudian, dipisahkan isi dan kulit cengkerang dicuci bersih. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, daun sup, daun bawang, cili bengala merah dan hijau dicincang halus.
Seterusnya, semua bahan yang dicincang halus digaul bersama isi ketam dan ayam. Kemudian ditambah dengan telur dan digaul kesemuanya sebati.
Letak bahan yang telah digaul ke dalam kulit cengkerang kemudian dikukus selama 10 – 15 minit.
Angkat dan sedia dihidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menjelang nak berpuasa nanti, menu sambal wajib ada sebagai pembuka selera. Kalau rajin bolehlah buat sendiri sambal garing. Selain ditabur di atas nasi. makan dengan bubur pun sedap.Bahan-bahan membuatnya juga mudah didapati.
SAMBAL GARING
Bahan-bahan:
Cili kering yang pedas(cuci tos dan goreng dengan minyak,jangan lama sebab cepat garing) dan blend kering dengan sedikit garam, (guna garam halus)
Ikan bilis (goreng garing)
Bawang merah (goreng garing)
Bawang putih (goreng garing)
Cara membuat:
1.Panaskan sedikit minyak (2-3 sudu makan) guna api kecil.
2.Masukkan semua bahan kacau biar sebati,tunggu sejuk boleh simpan dalam bekas.
Kalau korang nak menu daging yang sempoi, cepat dan mudah disediakan. Korang boleh cuba menu Daging Tumis Bawang Putih Sos Tiram, tak rugi cuba kerana menu ini sungguh mudah dibuat.
Pendek kata sekali cuba mesti teringin nak masak lagi. Yang pasti cepat dimasak senang dimasak, tak nak lah duduk di dapur lama-lama masa PKP ni.
DAGING TUMIS BAWANG PUTIH SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
250gm daging batang pinang | hiris nipis
5 ulas bawang putih | cincang kasar
1 biji bawang Holland | dadu kasar
Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
1 1/2 sudu makan gula Melaka | hancurkan
1 sudu makan sos tiram
Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAPAN DAGING:
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan tepung
1 sudu makan kicap cair
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
CARA MEMASAK:
Gaulkan hirisan daging dengan bahan perapan lebih kurang 30 minit.
Panaskan minyak. goreng daging yang telah diperap hingga separuh masak.
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak, tumis pula bawang putih hingga wangi dan kekuningan.
Masukkan daging yang telah digoreng separuh masak tadi dan kacau rata seketika.
Masukkan gula Melaka dan garam cukup rasa, kacau rata.
Kecilkan api, masukkan bawang Holland, kacau rata hingga bawang layu.
Akhir sekali masukkan hirisan cili benggala dan sos tiram sebagai perasa.
Kacau rata lebih kurang. Kemudian tutup api dan daging sedia dihidangkan.
Serai yang dikisar memberi rasa lebih enak dan aroma harum pada ayam. Santan memberi rasa berlemak pada kuah dan menyedapkan kan lagi hidangan. Sesuai untuk hidangan malam untuk anak-anak dan keluarga.
AYAM SERAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
Ayam 1.5kg dipotong kecil
1 biji santan
7-8 batang serai* (wajib ada untuk rasa serai)
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
10-15 biji cili kering direndam (jika hendak guna cili hidup pun boleh)*
3 inci halia*
2 batang serai diketuk (pilihan)
1 keping asam keping
Gula secukupnya
Garam
*Jika ingin lebih rasa pedas boleh tambalean cili padi merah.
CARA-CARA:
Panaskan minyak dan gorengkan ayam. Angkat dan ketepikan.
Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan batang serai.
Masukkan gula (saya letak dalam 5-6 sudu) dan garam. Kacau rata dan seimbangkan rasa manis masinnya.
Bila agak kering baru masukkan ayam. Kacau dan biarkan seketika.
Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan seketika. Siap!
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.