Harum semerbak bila membakar korean garlic bread ni. Ada lebihan roti yang tak habis, boleh cuba guna roti gardenia ikut resepi ni. Tak sangka lagi sedap rupanya. Tapi kalau yang suka pakai roti bun pun boleh, buat dua sekali.Tambah serbuk badam di atas lagi rasa crunchy.
KOREAN GARLIC BREAD ALMOND
Bahan-bahan:
Roti gardenia/roti bun
Serbuk badam@badam cincang
Bahan A
1 ketul butter
1 biji telur
3-5 ulas bawang putih
1sudu madu@gula
Parsley
Bahan B
250gm Cream cheese
Ads
2 sudu susu pekat
3 sudu susu cair/susu segar
Cara membuat:
Ads
1.Sebatikan A dengan cara cairkan butter,kemudian masukkan bawang putih biarkan sejuk seketika,kemudian masukkan sebiji telur yang dah dikocak ke dalam butter tadi bersama madu, parsley kering dan kacau sebati.
2.Untuk bahan B masukkan cream cheese ke dalam mangkuk.Aduk bersama susu pekat dan susu cair sehingga sebati dan ketepikan.
Ads
3.Kemudian ambil sekeping roti buang bahagian tepinya,letakkan cream cheese tadi dan lipat 2.Kelim pada bahagian tepi dengan garfu supaya tidak terbuka ketika membakar.
4.Salut roti ke dalam bahan A tadi susun atas dulang pembakar,dan bakar pada suhu 160°c selama 10 minit atau sehingga masak dan garing.Siap dihidangkan.
Kalau pergi ke negeri Johor terutamanya di Johor Bahru, jangan sampai terlupa untuk makan kacang pool. Memang sedap sungguh dan sangat mengenyangkan. RASA kongsikan resipinya yang mudah untuk dibuat.
KACANG POOL
BAHAN TUMIS
3 sudu besar minyak sapi
1 labu bawang merah | cencang halus
2 ulas bawang putih | ditumbuk
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar ketumbar | ditumbuk halus
25 gram serbuk kari daging
BAHAN KUAH KACANG POOL
400 gram daging kisar
1 tin kacang parang
1 tin kacang merah
1 tin kacang bakar
Air secukupnya
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak sapi. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan serbuk lada hitam dan ketumbar. Kemudian masukkan serbuk kari daging. Biarkan sehingga naik harum baunya.
2. Masukkan daging kisar. Kacau seketika.
3. Masukkan kacang parang, kacang merah dan kacang bakar. Biarkan semuanya sebati dan masak.
4. Masukkan air. Biarkan seketika.
5. Masukkan gula dan garam. Kacau dan biar seketika sebelum matikan api.
CARA PENYEDIAAN
1. Sapu roti dengan sedikit mentega. Bakar sekejap.
2. Masukkan kuah kacang dalam mangkuk.
3. Goreng telur mata kerbau. Letakkan di atas kuah.
4. Tabur hirisan cili besar dan bawang goreng. Jangan lupa sebiji limau kasturi.
5. Sedia dinikmati.
Cantik pula cream puff ni bila dibeli, letak pula dalam kotak bersusun begini. Nak beli sekotak memang harga pun boleh tahan mahalnya. Kalau anda penggemar cream puff ni, boleh jer buat sendiri.
Mula-mula buat untuk keluarga makan, bila dah pandai nanti boleh ambil order. Tambah juga pendapatan anda. Boleh ikut resepi yang dikongsikan ini.
CREAM PUFF
Bahan-bahan Puff:
110g butter
1 cawan air
1/2 sudu teh garam
2g gula
1 cawan tepung gandum
4 biji telur
Cara membuat:
1.Masukkan air,butter,gula,garam kacau sebati hingga mendidih.
2.Perlahankan api masukkan tepung kacau sehingga tidak melekat. Tutup api.
3.Kacau sehingga adunan suam kemudian masukkan telur 1 persatu hingga habis.
4.Pipekan guna nozel 1M, bakar dengan kepanasan suhu 180, 30 minit (bergantung pada oven masing-masing)
Hidangan yang menggabungkan roti canai segera bersama inti daging keema serta keju di dalamnya. Dalam setiap gigitan akan terasa keenakan rempah dari daging keema dan rasa keju yang enak. Paling penting, gunakan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk mendapatkan regangan yang sempurna dan meningkatkan rasa dalam masakan. Keju ini memiliki tekstur yang lembut, kenyal dan berkrim dengan kandungan tenusu asli berkualiti tinggi dari Australia. Bila tarik tu, memang meregang cantik. Jom cuba.
PRATA GULUNG INTI DAGING KEEMA BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4 keping roti prata segera
250gram Perfect Italiano Mozzarella
BAHAN-BAHAN B (INTI):
250gram daging kisar
80gram Anchor Unsalted Butter
1 sudu makan garam masala
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk cili
1 helai daun salam kering (bay leaf)
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
½ batang kulit kayu manis
1 biji bawang holland – cincang halus
4 ulas bawang putih – kisar
1 biji cili hijau – buang biji & cincang
150gram puri tomato
Garam & lada sulah secukupnya
Cincangan daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Panaskan/cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali.
Tumis buah pelaga, cengkih, kulit kayu manis dan daun salam hingga harum.
Masukkan bawang holland cincang dan bawang putih kisar lalu tumis lagi hingga layu.
Masukkan daging kisar, tomato puri, serbuk kunyit, serbuk cili, garam masala dan cili hijau cincang lalu tumis hingga semua bahan sempurna.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Biarkan mendidih lagi hingga daging benar-benar masak. Tabur cincangan daun ketumbar. Tutup api. Sejukkan seketika.
Ambil sekeping prata segera, sendukkan sesudu makan inti keema ke dalam prata. Tabur Keju Perfect Italiano Mozzarella secukupnya lalu gulung kemas.
Letakkan gulungan prata ke dalam kuali leper lalu panaskan hingga prata keperang-perangan dan keju mula cair. Hidangkan panas.