Gyeran Mari or Korean Omelette Roll ~ Telur dadar gulung ala Korea. Bahan-bahan nak buat ni tak banyak, cara nak membuatnya agak tricky dan kena hati-hati supaya gulungan telur terbentuk elok dan tak pecah. Bahan-bahan dalam gulungan telur ni boleh letak apa saja yang dirasakan sesuai. Kalau nak cuba buat, resipinya di bawah.
GYERAN MARI @ KOREAN OMELETTE ROLL Bahan-bahan: 8 biji telur – gred A 1 pokok daun bawang – cincang halus 1 biji cili merah – buang biji & cincang kecil 1 labu bawang besar – cincang halus 1 sudu teh lada sulah Garam secukup rasa
Cara memasak: 1.Di dalam mangkuk, pukul telur dengan garfu. 2. Masukkan semua bahan-bahan lain dan kacau sebati. 3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (jika boleh guna kuali empat segi, saya guna magic pan). 4. Tuang sedikit bancuhan telur dan ratakan (nipis saja). Masak dengan api yang kecil (takut hangit) untuk seminit, gulung telur dadar dari bahagian hujung kuali, kemudian tarik ke depan dengan membiarkan sedikit dadar tidak bergulung. 5. Tambah bancuhan telur pada penghujung dadar yang tak bergulung tadi lalu masak setengah minit dan ulangi proses menggulung. 6. Lakukan proses yang sama berulang-kali hingga semua bahan habis dan bentukkan gulungan telur tadi menjadi persegi dan pastikan gulungan telur bergulung sempurna (guna 2 spatula untuk membentuk gulungan). 7. Angkat gulungan telur yang telah masak sempurna secara berhati-hati dan letakkan atas papan pemotong. Potong gulungan telur dengan pisau yang tajam mengikut ketebalan yang digemari. 8. Hidangkan panas. *Saya tambah cincangan bayam brazil dan parutan halus lobak merah dalam bancuhan telur. Kalau suka, boleh tambah parutan keju kegemaran, cincangan kecil sosej, salami atau apa saja yang difikirkan sesuai. Kredit : Sue M Arukin
Asam pedas adalah masakan Melayu yang cukup popular dengan gabungan rasa masam dan pedasnya. Ada pelbagai jenis asam pedas seperti Asam Pedas Johor, Asam Pedas Melaka, Asam Pedas Nyonya, Asam Pedas Utara dan banyak lagi. Bagi anda yang sukakan hidangan ini, bolehlah cuba.
1. IKAN TONGKOL ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol | potong kecil
2 batang serai | diketuk
1 sudu makan kicap manis
Sedikit belacan | dibakar
2 biji tomato | dibelah empat
2 biji bawang besar | dihiris bulat
4 sudu makan kacang tanah tumbuk
Air asam jawa secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering
6 biji cili padi
15 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
CARA MEMASAK: 1. Ikan dilumur dengan garam serta kunyit. Goreng hingga garing. 2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang-bawang yang dikisar sehingga kekuningan. 3. Masukkan belacan, cili padi dan cili kering kisar. Tumis sehingga pecah minyak. 4. Masukkan serai, kicap, air asam jawa, garam dan juga gula dengan secukup rasa. Biarkan mendidih. 5. Selepas itu, masukkan ikan, tomato, bawang besar dan kacang tanah. Kacau rata. 6. Biarkan mendidih seketika. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF:Pastikan cili betul-betul masak sebelum dimasukkan air asam jawa.
2. SOTONG MASAK ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg sotong sederhana besar | bersihkan dan potong kecil
20 tangkai cili kering | dikisar
10 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
2 biji bawang besar | dikisar
2 batang serai | dititik
200gm asam jawa | dicampur air dan ditapis
1 biji buah tomato | dicincang halus
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang yang dikisar sehingga kekuningan. 2. Masukkan cili kering dan serai. Tumis sehingga pecah minyak. 3. Masukkan air asam jawa, tomato, garam dan gula dengan secukup rasa. 4. Akhir sekali, masukkan sotong dan gaul hingga rata. Biar sehingga sotong masak. 5. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Cili kering boleh digantikan dengan cili boh.
3. ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg ayam
3 batang serai | dititik
1 pokok daun ketumbar | dihiris
1 cawan air asam jawa
4 helai daun limau purut
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis
1 biji terung | dipotong kecil
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5cm halia
2 biji buah keras
3 biji tomato
2cm belacan | disangai
1 sudu makan lada hitam
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing. 2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga isi ayam lembut dan cili kelihatan pecah minyak. 3. Kemudian masukkan serai, daun limau purut, air asam jawa. Biarkan seketika barulah dimasukkan air. 4. Sesuaikan rasa dengan menambah garam serta gula dengan secukupnya. Biarkan mendidih sehingga isi ayam benar-benar empuk. 5. Masukkan daun ketumbar dan terung. Biarkan mendidih seketika. 6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF:Jika kurang gemar aroma belacan, abaikan bahan tersebut.
4. ASAM PEDAS TUMIS TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan tenggiri
3 sudu makan cili kisar
5 biji bawang merah | dikisar halus
4 ulas bawang putih | dikisar halus
2cm halia | dikisar halus
2cm belacan | disangai
2 batang serai | dititik
3 tangkai daun kesum
2 kuntum bunga kantan | dibelah dua
2 biji tomato | dibelah empat
1 cawan air asam jawa
5 batang bendi
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar, belacan dan serai sehingga pecah minyak. 2. Tuang air asam jawa dan air. Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan. Gaul rata. 3. Setelah kuah mendidih, masukkan bendi dan tomato. Biarkan sehinga masak. 4. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Apabila kuah kelihatan pecah minyak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Tumis cili menggunakan api perlahan dapat menghasilkan rasa asam pedas yang enak kerana rempahnya masak dengan sekata.
5. ASAM REBUS IKAN SELAR
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan selar
4 keping asam gelugur
3 tangkai daun kesum
1/4 biji nanas | dipotong kecil
Sedikit kunyit hidup | ditumbuk
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
4 biji cili merah | ditumbuk halus
Sedikit belacan | ditumbuk halus
2 biji bawang merah | ditumbuk halus
1 ulas bawang putih | ditumbuk halus
Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ikan dan potong kecil. 2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga air mendidih. 3. Apabila ikan kelihatan masak, perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa. 4. Siap untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga menggunakan ikan kembung.
6. KEMBUNG MASAK REBUS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung | dibelah dua
4 sudu makan cili kering kisar
4 cm lengkuas | dikisar
3 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit belacan | dikisar
6 batang bendi
2 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
1 biji buah tomato | dibelah empat
4 cawan air
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air ke dalam periuk diikuti cili kisar dan bahan lain yang telah dikisar. Biarkan sehingga agak mendidih. 2. Kemudian masukkan ikan, asam gelugur, daun kesum diikuti garam serta gula dengan secukupnya. 3. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato. Biarkan sehingga sayuran menjadi lembut. 4. Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain dikisar, bawang merah, belacan, lengkuas dan bawang putih boleh juga ditumbuk kasar. Ia memberikan lebih rasa pada masakan.
7. UDANG MASAK ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
500gm udang
2 tangkai daun kesum
1 biji tomato | dibelah empat
Air secukupnya
1 cawan air asam jawa
2 batang serai | diketuk
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
5 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
2cm halia
2 biji buah keras
Sedikit belacan | dibakar
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sehingga garing dan wangi. 2. Kemudian masukkan udang dan biarkan sehingga pecah minyak. 3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika. Tambahkan air secukupnya. Biarkan mendidih. 4. Tambahkan daun kesum dan tomato. Biarkan masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak. 5. Perasakan dengan garam dengan secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Jika mahu lebih masam, lebihkan jumlah air asam jawa.
8. KERANG MASAK ASAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk isi kerang rebus
8 biji cili merah | dikisar
1 biji bawang besar | dipotong dadu
1 batang serai | dihiris
2 helai daun limau purut
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
Minyak untuk menumis
Air asam jawa secukupnya
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kuning. Kemudian masukkan kisaran cili merah. 2. Tambahkan sos tiram, sos cili, serai, daun limau purut, garam dan gula dengan secukup rasa. Tumis sehingga naik minyak. 3. Masukkan isi kerang dan air asam jawa dengan secukupnya. Gaul rata. 4. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Selain kerang, boleh juga menggunakan kepah.
Ikanbawal, siakap atau apa-apa sahaja ikan saiz besar, memang sedap kalau dimasak 3 rasa. Kombinasi rasa pedas, masam & manis menjadikan hidangan jadi lebih enak dan tidak muak. Kalau makan di kedai, memang mahal. Jadi meh cuba buat sendiri kuah Ikan 3 Rasa perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni. Tak perlu pun beli sos ‘ready-made’. Rasa lebih sedap & boleh jimat banyak.
RESIPI IKAN BAWAL 3 RASA YANG SEDAP & MUDAH MASAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal – boleh gantikan dengan ikan lain
Bulan puasa dah hampir tiba, mulalah menyenarai makanan yang enak-enak di kepala. Sambal wajib ada sebagai penambah rasa dalam hidangan. Dapat pula sambal yang kaw sedap seperti sambal getuk berapi. Makan dengan nasi panas-panas,telur mata dan kicap memang nikmat.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!