Kotor! Premis Sate Tulang Di Senawang Diarah Tutup 14 Hari

Share

Tular di media sosial mengenai sebuah premis memproses sate tulang tersohor di Jelebu yang didapati kotor dan tidak menjalankan teknik penghasilan makanan yang bersih.

Dari foto-foto yang tersebar itu menunjukkan pengusaha mengabaikan aspek kebersihan dimana bahan-bahan masak dibiarkan di atas lantai serta tidak bertutup. Malah persekitaran tempat penyediaan makanan juga sangat menjijikkan.

Berikutan dengan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban telah melakukan pemeriksaan dan mendapati secara keseluruhan premis menyediakan makanan itu didapati tidak bersih dan tidak menepati piawaian yang ditetapkan.

Menurut Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zainudin Mohd. Ali berkata, selain dari keadaan premis yang kotor, antara kesalahan lain yang dilakukan ialah pengendali makanan tidak mengambil suntikan tifoid, peralatan memasak kotor dan amalan pengendalian makanan tidak bersih.

Oleh yang demikian, premis tersebut diarahkan tutup selama 14 hari di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

 

FOTO: Gambar Dari Sosial

Published by
Nur