Ada kuih cara yang berintikan daging. Ada juga kuih cara manis. Tapi pernah tengok tak kuih cara dengan corak tembikai?
Menerusi perkongsian resipi oleh Nor Al Fatihah ni, memang comel je kuih cara tapi dengan rupa buah tembikai. Sangat kreatif!
KUIH CARA MANIS TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum – beli online di sini 2 cawan santan sederhana pekat – beli online di sini 1 ½ cawan air daun pandan (kisar 4 helai daun pandan saiz besar + 1 ½ cawan air & tapis) 1 biji telur A @ B 1 sudu teh garam halus – beli online di sini Pewarna merah, putih & hijau Gula secukupnya untuk inti – beli online di sini 1-2 helai daun pandan | disiat & diikat hujungnya Bijan hitam – beli online di sini Sedikit minyak (untuk oles pada acuan)
1. Satukan tepung, garam, telur, santan dan air daun pandan. Kacau sebati dan tapiskan. 2. Bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan merah paling banyak. Adunan putih dan hijau sama banyak. Masukkan ke dalam acuan atau cawan muncung supaya senang untuk tuang ke dalam acuan.
3. Panaskan acuan kuih cara. Saya guna acuan bahulu cermai saja. Oles acuan dengan minyak menggunakan daun pandan yang diikat hujungnya. Kemudian, tabur dalam 10-15 biji bijan hitam sebagai biji tembikai. 4. Tuang adunan merah hingga setengah acuan. Biar 5 saat, kemudian tuang adunan putih di atasnya dan tuang gula di tengah-tengah sebagai inti. Saya letak ½ sudu kfc saja.
5. Biar beberapa saat. Tuang adunan hijau. Tutup dengan penutup periuk dan biarkan selama 5 minit. Cungkil dengan belakang sudu dan angkat. 6. Ulang langkah yang sama hingga habis. Setiap kali nak tuang adunan baru, sila sapu minyak pada acuan. Sedia dihidangkan panas-panas atau sejuk.
Udon adalah sejenis mi dari Jepun yang selalu digunakan dalam masakan. Ia juga sudah semakin diterima masyarakat di negara ini yang sememangnya suka mencuba pelbagai makanan.
Jika selalu makan mi sup, bihun sup atau kuetiau sup, tapi kalau mahukan kelainan boleh juga gunakan udon ini. Rasa supnya ringan, tiada rasa rempah tapi sedap. Cara membuatnya dikongsi oleh Anna Lee.
Resipi sup mi udon
Bahan-bahan
Udon
Bawang putih – cincang
Bawang merah – cincang
Mushroom seasoning
Seaweed
Ikan bilis
Garam
Daun bawang
Lobak putih -dipotong(pilihan)
Japanese dumpling (boleh perisa udang)
Steamboat mix
Fucuk ikan
Sawi Jepun atau pak choy
Cara membuat
1. Bawang merah dan putih goreng hingga kekuningan dan ketepikan.
2. Asingkan sedikit minyak goreng bawang. Masukkan air dalam periuk, letak sikit bawang yang digoreng, sedikot mushroom seasoning, bilis, garam, kemudian rebus.
3. Masukkan juga lobak putih, selepas menggelegak masukkan dumpling dan mix, steamboat dan fucuk ikan. Bila semua bahan sudah masak, masukkan udon.
4. Taburkan seaweed dan bawang goreng dan bolehlah dimakan. Boleh juga ditambah dengan cili potong.
Selain diguna untuk masakan dan dibuat halwa, satu lagi cara mengolah belimbing buluh adalah dengan menjadikannya belimbing buluh asam boi.
Kalau dah banyak sangat buah ini di rumah sesuai sangat dibuat jeruk ini. Belimbing buluh asam boi ini boleh disimpan lama, lagi lama diperam lagi sedap. Boleh dikunyah begitu saja.
Cara buat belimbing buluh asam boi
Bahan-bahan
1/2 kg belimbing buluh -bersihkan
5 sudu besar garam
1 liter air suam
7 sudu gula
5 tangkai cili padi
5 sudu besar cuka
10 biji asam/ asam masin
Cara membuat
1. Masukkan belimbing buluh dalam bekas dan campur garam dua sudu besar dan tuangkan setengah liter air suam. Biarkan seharian untuk buang getah dan kurangkan rasa masam belimbing.
2. Selepas seharian buang air garam dan masukkan gula, cili padi merah, lima sudu besar cuka, tiga sudu besar garam dan asam boi putih.
3. Kacau rata dan tuang lagi setengah liter air suam.
4. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk selama dua hari supaya rasa asam boi meresap ke dalam belimbing buluh.
5. Selepas dua hari bolehlah dimakan. Boleh juga disimpan lebih lama, lagi sedap.
Bila dah datang mood rajin buat biskut, tak payah tunggu raya. Biasanya biskut yang menjadi kesukaan ramai ialah biskut yang ada taburan coklat.PKP pun tak habis lagi, jadi untuk meredakan kebosanan jomlah kita buat biskut.
ALMOND CHOCOLATE CRUNCHIES Bahan-bahan: 400gm salted butter (simpan kertas bungkusan) 350gm kastor sugar 525gm tepung naik sendiri 60gm serbuk koko 80gm coklat masakan (dicairkan guna double boiler) 2 biji telur 1 sudu makan esen vanila 1 sudu teh paras bicarbonate of soda 150gm badam cincang (almond nibs – dibakar suhu 100C selama sejam)
Cara membuat: 1.Masukkan mentega bersama gula kastor ke dalam mangkuk dan pukul sehingga sebati.
2. Kemudian masukkan soda bicarbonate dan pukul sehingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul sebati.
3. Masukkan coklat yang sudah dicairkan. Pukul rata. Kemudian masukkan serbuk koko dan gaul dengan kelajuan perlahan sehingga sebati. Selepas itu masukkan tepung naik sendiri dan gaul sebati. Pukul pada kelajuan tinggi selama beberapa saat.
4. Akhir sekali masukkan badam yang telah dibakar dan disejukkan. Gaul sebati sehingga menjadi doh lembut. Simpan doh sebentar ke dalam peti sejuk selama sejam. Sediakan kertas mentega dan plastik untuk membungkus.
5. Keluarkan doh yang telah disejukkan dan ambil anggaran satu senduk nasi kemudian bentukkan selinder berdiameter ukuran duit 50 sen atau 20 sen mengikut pilihan. Bungkus dengan kertas mentega atau plastik yang telah disediakan kemudian simpan ke dalam freezer. 6. Buat sehingga habis adunan. Bekukan selama 5 jam atau semalaman ke dalam freezer. Selinder adunan boleh disimpan sehingga 1 minggu di dalam freezer.
7. Sediakan dulang pembakar beralas baking paper yang digris kemudian keluarkan satu selinder doh yang telah dibekukan. Panaskan oven pada suhu 165C sekurang-kurangnya 20 minit sebelum dimasukkan hirisan biskut untuk dibakar. 8. Hiris doh setebal 3-5 mm dengan menggunakan pisau tajam dengan cara menekan. Susun ke dalam dulang yang disediakan berjarak 1.5 – 2 inci supaya dapat mengembang.
9. Masukkan ke dalam oven yang sedang dipanaskan dan bakar selama 20 – 25 minit (mengikut oven masing-masing)
10. Kemudian keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara. SELAMAT MENCUBA Kredit: Zahirah Ahmad
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!