Daging Masak Merah merupakan menu lauk yang tidak asing lagi. Mudah, sedap dan ringkas sahaja cara memasaknya. Andai makan di kedai Thailand atau kedai tomyam, sajian Daging Masak Merah, tomyam dan telur bungkus semestinya antara kombinasi menu yang enak yang menjadi pilihan ramai. Anda masih belum ada idea nak masak menu apa hari ni? Jom cuba resipi Daging Masak Merah perkongsian dari saudari Aisyah Humaira ni. Kuah banyak, siap campur sayur. Rupanya sedap masak daging macam ni. Pasti anda sukakan rasanya.
RESEPI DAGING MASAK MERAH SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
Daging secukupnya
BAHAN TUMIS:
2 ulas bawang putih – dicincang – beli online disini
1 biji bawang besar – dihiris tebal
4 sudu makan ibu sambal @ cili boh / cili giling – beli online disini
4 sudu makan sos cili – beli online disini
2 sudu makan sos tomato – beli online disini
3 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu makan sos merah bawang (jika tiada boleh guna beberapa titik pewarna merah)
1 sudu makan (penuh) tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air – beli online disini
Garam, gula, secukup rasa dan serbuk perasa jika perlu
TAMBAHAN: Aneka sayur kegemaran (kubis/lobak merah dll)
CARA MEMASAK:
1.Cuci bersih daging dan rebus hingga empuk bersama sos bawang atau boleh juga guna pewarna merah. (Empunya resipi rebus 30-35 minit menggunakan api kecil) Kalau air kering, tambah lagi.
2. Bila daging sudah empuk, angkat, tos, sejukkan dan hiris nipis-nipis.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan daging.
4. Bila daging hampir garing, masukkan bawang besar dan semua jenis sos dan bahan-bahan lain satu persatu kecuali air tepung jagung dan sayur. Gaul sebati.
5. Setelah mendidih, masukkan air tepung jagung, sayur dan air mengikut banyak kuah yang diingini.
6. Kacau sebati dan Daging Masak Merah siap untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official