Kuah kacang menu wajib bila tiba hari raya. Dimakan dengan nasi impit, cucur udang, ketupat dan sate memang sedap. Tapi ramai yang akui kuah kacang yang dimasak cepat basi. Jadi macam mana nak masak kuah kacang yang tahan lama?
Kuah kacang antara masakan bersantan dan masakan jenis ini selalunya memang cepat basi. Namun kalau betul cara masaknya, boleh tahan lama dan lambat basi.
Ada pelbagai petua yang boleh anda cuba. Ini petua yang dikongsikan oleh Puan Rabiatun Adawyah.
Kuah kacang yang tahan lama
1) Kacang yang disangai perlu kena betul-betul masak.
2) Apabila tumis cili, pastikan cili ditumis betul-betul masak juga. Memang ambil masa. Hasilnya kuah kacang yang dihasilkan akan lebih tahan lama dan rasa yang sedap. Insya Allah.
3) Apabila dah masukkan santan, kena pastikan santan betul-betul masak juga. Baru boleh masukkan kacang supaya kacang tadi tak mendap dan terpisah.
4) Selepas masukkan kacang yang dikisar, kena selalu dikacau supaya kacang tadi tidak cepat hangus di bawahnya.
5) Dari segi rasa pula, kena cukup masin, manis dan masamnya. Insya-Allah kuah kacang korang akan lebih sedap apabila dipanaskan.
Ads
Kredit gambar & petua: Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din
Ramai suka makan sup kaki lembu tetapi kurang arif bab nak proses kaki lembu mentah untuk dijadikan sup. Agak leceh prosesnya tapi berbaloi dengan hasil sup yang bakal dinikmati nanti. Memang sedap! Jom lihat cara-cara nak bersihkan kaki lembu ni.
CARA-CARA BERSIHKAN KAKI LEMBU UNTUK DIBUAT SUP
Kaki lembu yang belum diproses. Menu paling sedap untuk masak bahagian ini adalah sup.
2. Mulakan dengan membakar kaki lembu hingga hangus bulunya dan ‘kasut’nya merekah. Berhati-hati jangan bakar sampai terlebih rentung pula. Cukup sekadar memudahkan proses membuang ‘kasut’ lembu.
Cara untuk tahu ‘kasut’ lembu ni sudah boleh diangkat atau tidak ialah dengan cara mencungkil menggunakan pisau atau mata parang. Jika ia senang terkopak, itu tandanya kaki lembu ini sudah boleh diangkat dari api.
3. Bersihkan kaki lembu yang telah dibakar tadi dengan mengikis bulu yang hangus serta membuang ‘kasut’ nya. Proses ini agak renyah namun berbaloi dengan hasilnya. Berhati-hati ketika membersihkan kaki lembu ini kerana ia masih panas.
4. Potong menjadi bahagian-bahagian kecil dan bolehlah dimasak sup mengikut resipi turun temurun masing-masing.
5. Ha…Tak ada lah susah mana nak bersihkan kaki lembu ni kan? Jadi, lepas ni puan-puan bolehlah cuba masak sup kaki lembu pula. Memang sedap! Selamat mencuba!
Bila nak masak agar-agar je, mesti keliru dengan jumlah air yang diperlukan. Kurang air, agak-agar keras melantun pula. Paling menyakitkan hati, jika jumpa resipi agar-agar yang nampak sedap tetapi bila baca jumlah airnya, empunya resipi tulis “ Air secukupnya”. Aduhai…Macam mana nak agak secukupnya tu? Jadi, jangan pening-pening dah sebab petua ini boleh membantu anda mengira sukatan air yang betul.
KIRAAN ASAS JUMLAH AIR VS BERAT AGAR-AGAR:
10gm agar-agar = 1 liter air
JIKA GUNA AGAR-AGAR SERBUK:
13gm serbuk agar-agar = 1.3 liter air
ANDAI GUNA AGAR-AGAR BERTALI:
25gm agar-agar = 2.5 liter air
30gm agar-agar = 3 liter air
Mudah kan? Ha..Lepas ni kalau jumpa resipi agar-agar yang suruh main agak je jumlah airnya, petua ini anda boleh guna sebagai panduan. Selamat mencuba!
Menu Sambal Garing Pedasni memang sangat sedap. Kalau makan dengan nasipanas begitu sahaja pun dah cukup untuk buat makan bertambah. Makan dengan bubur nasi atau roti pun cukup menyelerakan. Nampak sedap kan? Tidak hairanlah resipi ni dapat perkongsian hingga 35K ‘share’ di fb. Wow… Jom cuba resipi perkongsian saudari Siti Zubaidah Hassan ni. Anda boleh buat dan jadikan stok di rumah. Memang untung dan boleh tahan lama. Malah Sambal Garing Pedas ini juga sesuai dijadikan sebagai salah satu produk jualan. Mudah dikendalikan dan boleh dipos. Wow… Sangat berbaloi ni. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Cuci cili kering, tos dan goreng dengan minyak. Jangan lama sebab cili kering cepat garing. Ikan bilis, bawang merah dan juga bawang putih digoreng hingga garing secara berasingan.
2. Angkat cili kering dan kemudian kisar kering dengan sedikit garam halus.
3. Panaskan sedikit minyak masak anggaran 2-3 sudu makan menggunakan api kecil. 4. Masukkan semua bahan, kacau biar sebati dan bercampur rata.
5. Biarkan sambal sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara. 6. Sambal Garing Pedas homemade sedia untuk dinikmati. 7. Enak dimakan bersama bubur.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!