Kuah kacang menu wajib bila tiba hari raya. Dimakan dengan nasi impit, cucur udang, ketupat dan sate memang sedap. Tapi ramai yang akui kuah kacang yang dimasak cepat basi. Jadi macam mana nak masak kuah kacang yang tahan lama?
Kuah kacang antara masakan bersantan dan masakan jenis ini selalunya memang cepat basi. Namun kalau betul cara masaknya, boleh tahan lama dan lambat basi.
Ada pelbagai petua yang boleh anda cuba. Ini petua yang dikongsikan oleh Puan Rabiatun Adawyah.
1) Kacang yang disangai perlu kena betul-betul masak.
2) Apabila tumis cili, pastikan cili ditumis betul-betul masak juga. Memang ambil masa. Hasilnya kuah kacang yang dihasilkan akan lebih tahan lama dan rasa yang sedap. Insya Allah.
3) Apabila dah masukkan santan, kena pastikan santan betul-betul masak juga. Baru boleh masukkan kacang supaya kacang tadi tak mendap dan terpisah.
4) Selepas masukkan kacang yang dikisar, kena selalu dikacau supaya kacang tadi tidak cepat hangus di bawahnya.
5) Dari segi rasa pula, kena cukup masin, manis dan masamnya. Insya-Allah kuah kacang korang akan lebih sedap apabila dipanaskan.
Kredit gambar & petua: Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA: