Kuah Kena Kaw-kaw, Barulah Sedap Mi Rebusnya.

Share

Mi rebus ni ada macam-macam versi resipinya. Ada yang gunakan daging, ayam dan juga makanan laut seperti udang.

Tapi persamaanya adalah pada penggunaan ubi keledek sebagai antara ramuan utamanya. Resipi yang min kongsikan ini menggunakan udang kering dan juga udang hidup. Memang manis dan sedap kuahnya. Bolehlah cuba nanti.

MI REBUS

BAHAN-BAHAN :
1 paket mee kuning – celur

Bahan sayuran :


50 sen Taugeh – celur
Sedikit daun sup – hiris nipis
Sedikit daun bawang – hiris nipis
Bawang goreng
4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
5 biji Cili hijau – dihiris nipis
Limau nipis/limau kasturi – di belah dua
Telur rebus – belah dua

Bahan kuah :
Sedikit minyak untuk menumis
4 sudu cili kering yang di kisar
3 biji bawang merah – kisar
3 sudu lengkuas yang di kisar
4 batang serai dikisar halus
2 biji bawang putih – kisar
RM 3 udang kering – kisar – lagi banyak lagi sedap.
300gm udang hidup – direbus dan kisar halus


1 kg ubi keledek merah – direbus dan blender halus
3 sudu gula atau secukup rasa
Garam secukup rasa
4 sudu sos tomato
Air – agak-agaklah


Cara memasak:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga naik minyak dan berbau wangi.

2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji,sos tomato.
4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan


Selamat Mencuba !!

Kredit: Aneka Resepi Warisan Bonda

Published by
Faridah Talib