Kuah Lada Kelapa Bakar, Rasa Unik Luar Biasa Sedapnya

Share

Bagi yang menggemari asam pedas, pastinya akan turut menyukai Kuah Lada Kelapa Bakar ini. Masakannya hampir menyerupai seperti asam pedas Melaka, tetapi uniknya ada kelapa bakar. Aromanya memang menawan selera.

Bagi Durrani Damar yang sudi berkongsi resipi Kuah Lada Kelapa Bakar ini, menurutnya ini adalah kali pertama dia memasak menu ini. Katanya, orang Melaka panggil masakan ini Kuah Lada. Rasanya tidak sama seperti asam pedas biasa. Memang luar biasa sedap dan istimewanya kerana ada kelapa bakar. Jom kita cuba buat.

KUAH LADA KELAPA BAKAR

BAHAN-BAHAN:

Ikan (jenis yang disukai)

BAHAN-BAHAN KISAR:

Cili kering* – Boleh beli online di sini

Halia*

Kunyit hidup*

Bawang merah* – Boleh beli online di sini

Bawang putih*

1 sudu besar jintan manis* – Boleh beli online di sini

1 sudu besar jintan putih*

1 sudu besar lada hitam* – Boleh beli online di sini

1 sudu besar ketumbar *

BAHAN-BAHAN TUMBUK:

Bawang merah

Bawang putih

Halia

1 sudu besar halba (digaul sahaja) – Boleh beli online di sini

Kelapa bakar

Asam jawa – Boleh beli online di sini

Air secukupnya

Daun limau purut (kalau tiada, boleh guna daun kesum)

Sayuran (tomato, terung atau kacang bendi)

Garam & Ajinomoto secukup rasa

CARA MEMASAK:

Tumbuk bahan-bahan di bawah dahulu.

Halba digaul sahaja.

Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk dahulu.

Kemudian, masukkan bahan kisar sampai naik bau.

Masukkan kelapa bakar yang telah dihiris atau ditumbuk.

Masukkan ikan, air asam jawa dan air.

Biarkan mendidih.

Masukkan daun limau purut atau daun kesum.

Masukkan terung, bendi atau tomato.

Akhir sekali, masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.

Siap. Sedia untuk dinikmati.

Kredit: Durrani Damar

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Fazida