Kuah Lontong Pekat, Lemak Dan Sedap. Udang Kering Rahsianya

Share

Kuah lontong pekat, lemak dan sedap pasti mernjadi kesukaan ramai.  

Tentu ramai peminat lontong. Kuah yang sedap sangat memainkan peranan utama. Kalau cukup rasa lemak dan pekatnya, barulah ngam! Jom lah buat kuah lontong guna resipi daripada puan Fatimah Saari ini.

Gerenti sedap. Antara rahsia nak bagi kuah lontong sedap adalah udang kering. Ia menambah aroma dan rasa pada kuah lontong nanti.

Kuah Lontong

Bahan-bahan:

Bahan A (kisar):

7 biji bawang merah – boleh beli online di sini

2 batang serai – boleh beli online di sini

Lengkuas (hiris nipis) – boleh beli online di sini

Halia (hiris nipis) – boleh beli online di sini

2 sudu besar udang kering – boleh beli online di sini

Segenggam ikan bilis

1 biji buah keras

Kunyit hidup sebesar ibu jari – boleh beli online di sini

Bahan B:

Udang segar

Kubis (potong)

Kacang panjang (potong)

Lobak merah (potong)

Ubi kentang (potong)

Suhun (rendam dulu dalam air)

Fucuk (rendam dulu dalam air) boleh beli online di sini

Santan kotak – boleh beli online di sini

Sedikit bahan perasa

Garam dan gula

Air

Bahan Sambal bilis:      

2 genggam ikan bilis

Dua labu bawang besar (kisar) – boleh beli online di sini

1 labu bawang besar (dimayang)

3 senduk nasi cili kering kisar – boleh beli online di sini

Daun pandan

Air asam jawa – boleh beli online di sini

Garam dan gula

Bahan lain:

Nasi impit

Telur rebus

Cara Memasak Kuah Lontong:

Kisar hancur bahan A. Kemudian satukan dalam periuk bersama santan dan air.

Didihkan dan masuk sayuran yang keras dahulu seperti kentang dan lobak merah.

Perasakan dan masukkan baki sayuran yang lain bersama udang. Dah agak lembut sayur tu, boleh tutup api.

Untuk memasak sambal bilis, panaskan minyak dan tumis bawang yang dah siap kisar dan mayang bersama daun pandan.Bila warna agak kekuningan, masukkan cili kisar, gula dan air asam jawa secukup rasa.

Tumis sampai bertukar warna. Masukkan ikan bilis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Untuk menghidang, masukkan nasi impit ke dalam mangkuk, tuang kuah lontong, bubuh sambal bilis dan letakkan telur rebus. Siap untuk dimakan.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

Published by
Nurul Azwa