Kuah Merah Menyala Tapi Kurang Sangat. Ini Petua Masak Asam Pedas Ayam Berempah Yang Sedap.

Share

Menu Asam Pedas Ayam Berempah ni nampak sangat menyelerakan. Ada lauk ni tak perlu dah menu utama yang lain. Cukup sekadar nasi panas, sambal belacan berserta ulam-ulaman. Oh ya, renjis sedikit kicap. Memang terangkat!

Menurut saudari Rosni Musa, resipi ni sangat mudah dan sedap. Kuah merah menyala tetapi rasa tidak terlalu pedas. Kena dengan selera anak-anak. Petuanya ialah, campur cili kering pedas dan cili kering yang tidak pedas (BACA: PETUA KURANGKAN PEDAS CILI KERING ). Seimbangkan jumlahnya supaya kena dengan selera anda. Barulah masakan anda ada rasa yang sempurna. Nak cuba masak? Jom lihat bahan-bahannya.

RESIPI ASAM PEDAS AYAM BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam – potong kecil

  • 1/2 sudu teh halba – beli online DISINI
  • 1/2 sudu teh kerisik – beli online DISINI
  • 4-5 sudu makan cili kisar ( beli CILI KERING KELANTAN tidak pedas DISINI)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit – beli online DISINI
  • 2 batang serai dititik – beli online DISINI
  • Air asam jawa secukupnya – beli online DISINI
  • Daun kesum – beli online DISINI
  • Daun limau purut – beli online DISINI
  • Bendi – beli online DISINI
  • Tomato – beli online DISINI

BAHAN KISAR HALUS:

  • 2 biji bawang besar – beli online DISINI
  • 2 ulas bawang putih – beli online DISINI
  • 1 inci halia – beli online DISINI
  • Seketul kecil belacan – beli online DISINI
  • 1 sudu teh lada hitam – beli online DISINI
  • 1 sudu teh ketumbar – beli online DISINI
  • 1 sudu teh jintan manis – beli online DISINI
  • 1 sudu teh jintan putih – beli online DISINI

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak. Masukkan halba dan tumis seketika.

2. Masukkan bahan yang telah dikisar halus dan juga serai. Tumis hingga naik bau.

3. Masukkan cili kisar. Jumlahnya ikut tahap kepedasan yang dikehendaki. Tumis lagi sehingga pecah minyak dan bahan-bahan menjadi pekat.

4. Bila bahan tumis sudah pekat dan pecah minyak, masukkan ayam. Kacau rata.

5. Tuangkan air ikut jumlah yang dikehendaki. Jika mahu kuah yang cair, lebihkan air dan sebaliknya jika mahu kuah yang pekat.

6. Masukkan air asam jawa. Jumlahnya pula kena agak-agak. Jangan tuang terlalu banyak bagi elak kuah menjadi terlalu masam.

7. Perasakan dengan garam, cukup rasa dan gula untuk seimbangkan rasa. Kacau rata dan rasa kuah supaya kena dengan cita rasa masing-masing.

8. Seterusnya masukkan kerisik. Kacau sebati. Renihkan sehingga ayam masak.

9. Bila ayam sudah masak, masukkan daun kesum dan daun limau purut. Kacau sebentar.

10. Akhir sekali masukkan bendi dan juga tomato. Kacau dan biarkan sayuran masak.

11. Asam Pedas Ayam berempah sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Rosni Musa

 

Tengah cari BLENDER baru? Dapatkan secara online DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-sushi-wanpaku-sandwic-yang-sedap-dan-padat-isi-kenyang-sampai-ke-tengah-hari/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur